1 Perkara Wajib Buat Selepas Tertengking Anak

0

Jujurnya, KakZue sendiri walaupun tak kerap tengking anak dan ada ketika KPI tengah mencanak naik, seminggu, dua minggu pun boleh ‘go’ without yelling.

 

tip-parenting

 

Tapi bila ombak tsunaminya tu datang, yet KakZue rasa hampir tak kenal dengan diri sendiri. Sampai tanya dalam hati, “Whats wrong with me?”

Pernah satu hari..

Ya, ia menjadi permulaan hari yang sangat baik untuk ummi dan Ayyash. Semuanya smooth je. Dan macam biasalah.. hari-hari baca mantera nak buat the best han yesterday.

Ayyash memang anak yang sangat mudah diurus.

Anak yang hepi, suka berkawan dan lembut hati.

Tapi .. sejak ada adik ni Ayyash macam tak berapa sangat dengan adik dia.

Kalau dengan orang lain, semua pun boleh. Kalau dengan adik dia, apapun tak boleh.

Namun ada masa tertentu dia betul-betul berperanan jadi abang. Protect adik dia dari kena buli dan sebagainya. Dan amazingly sebab benda tu dia tak tunjuk depan kita. *depan ummi bergaduh saja😂*

 

Balik pada cerita tadi..

 

Sampailah waktu miqdad pun bangun dan start dari situ semuanya macam tak kena. Ada je Ayyash buat something nak bagi adik dia nangis dan ianya betul-betul mencabar jiwa ummi yang rapuh ni…

Mula-mula masih low and steady lagi volume ummi.

Sebut baik-baik.

Cakap pun baik-baik.

Control anger bak kata orang putih.

Sambil dalam hati duk zikir dan cuba waraskan fikiran — ingat balik hadis Nabi,

“Jangan marah, bagimu syurga.”

Whooaaa.

Susahnya nak beramal dengan hadis yang satu ni. Baru berdepan dengan kerenah anak dah menggunung ujiannya. Ya Allah😭

Miqdad pulak jenis yang agresif dan melawan. Pantang mengalah. Mujur Ayyash tak membalas. Jenis menangis je tunggu ummi datang dan bela dia.

Honestly. Kadang-kadang memang buat ummi sakit kepala dan mudah je nak marah, dan sebab tulah ummi sangat-sangat tak lupa untuk ambil cukup keperluan vitamin B setiap hari.

Its really help me much untuk handle situasi gawat macam ni. Walaupun kadang terbabas juga rasanya.

Sampai satu masa, entah macam mana ummi betul-betul hilang sabar. Lost temper. Ummi yang memang ada sikap baran ni tewas juga.

Akhirnya…

Sekuat hati ummi jerkah, jerit dan tengking pada Ayyash untuk mengalah, kutip semula mainan yang direbutkan tadi dan simpan!

Sampaikan sambil Ayyash kutip tu menangis-nangis Ayyash sebab kena marah dengan ummi.

*ummi heartbroken tengok keadaan ni😭*

Allah.

Tiba-tiba hilang self control. Cepat-cepat ummi tekan butang pause, duduk dan cuba berfikir dengan waras semula.

“Kenapa nak marah teruk macam ni?”

Dan terus …

Ummi melutut.

Mengadap Ayyash. Eye contact.

Peluk Ayyash dan ..

“Ayyash.. ummi mintak maaf ye?”

Perlahan Ayyash angguk sambil lepaskan tangisan lagi kuat.

Berdarah rasa hati ni sebab dah calarkan emosi anak-anak.

“Ummi mintak maaf..ummi tak patut marah Ayyash macam tu. Maafkan ummi ye?”

Dan tahu tak…

Sikap anak kecil yang paling terkesan kat hati ni. Langsung takde dendam.

Ayyash cepat sangat back to normal.

Senyum. Gelak dan bergurau macam biasa. Dan paling best.. dia dah potpet as usual.

Mommies..

Normal kalau kita pernah ada rasa marah. Pernah marah. Dan normal kalau kita rasa semua ni… u’re not alone.

Namun jangan lupa untuk mengaku setiap kesalahan kita pada anak, dan minta maaf dari mereka.. they will remember it.

Anak-anak akan belajar dari kita..

Belajar meminta maaf.

Dan .. kita belajarlah dari anak, macam mana nak kawal emosi kita.

Sebab mereka juga akan follow cara kita. Apa yang kita zahirkan, itu yang mereka lihat dan nampak.

Tak terlewat untuk mulakan.

Damaikan hati.

Maafkan diri sendiri.

Mulakan hari baru yang lebih menyeronokkan.

Have fun in parenting!

 

Mak Belajar Bertatih,

UmmuAyyash | 018-3164133

[wysija_form id=”1″]

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge