10 Hormon Penting Yang Ada Dalam Badan Kita

0

Tubuh badan manusia terdiri dari berbagai jenis hormon yang memiliki fungsi masing-masing. Semua hormon perlu ada dalam keperluan yang seimbang agar tidak menimbulkan kesan buruk pada badan kita.

10 Hormon Penting Yang Ada Dalam Badan Kita

1. Melatonin

Hormon ini dihasilkan di kelenjar pineal dan berfungsi sebagai antioksidan dan mengawal tidur. Walaupun hormon ini dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita, tapi sekiranya ia terlebih atau terkurang, maka boleh beri kesan tidak baik kepada badan kita.

Hormon melatonin yang berlebih didalam badan boleh menyebabkan kita berasa lesu, gangguan pada hati, gangguan mata, keletihan, rasa mengantuk, sakit kepada dan gangguan pada pertuturan.

Manakala sekiranya hormon melatonin kurang dalam badan kita pula boleh mengakibatkan insomnia atau sukar untuk tidur, tidur yang tidak lena, pembesaran prostat, tekanan, pusingan haid tak teratur, sindrom PMS, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi dan gangguan pada degupan jantung.

2. Serotonin

Hormon serotonin pula dihasilkan di saluran pencernaan. Hormon serotonin ni tugas dia untuk kontrol mood atau suasana hati kita, nafsu makan dan juga tidur. Jika hormon ni terlebih dalam badan, boleh akibatkan kita ni rasa gelisah, peningkatan denyutan jantung, mudah berpeluh, sakit kepala, menggigil, mual, muntah, demam tinggi dan kekejangan.

Apa jadi bila hormon serotonin kurang dalam badan? Kita akan mudah rasa tertekan, fobia, pesimis, gelisah, mudah marah, gangguan tidur, sakit kepala dan PMS.

3. Tiroid

Hormon tiroid ni dihasilkan di kelenjar tiroid dan hormon ni berfungsi untuk peningkatan kadar metabolisme dan mempengaruhi sintesis protein. Bila hormon tiroid ni terlebih dalam badan kita, ia boleh menyebabkan sakit kepala, denyutan jantung tak teratur, menggigil, kejang perut, demam, sakit dada dan sukar untuk tidur.

Manakala, kurangnya hormon tiroid dalam badan akan akibatkan kita merasa lesu, sembelit, sakit sendi dan otot, kuku nipis dan rapuh, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, gangguan fokus dan ingatan. Bahkan boleh sebabkan tekanan melampau dan gangguan jiwa.

4. Adrenalin

Hormon adrenalin ni dihasilkan di medula adrenal dan berfungsi untuk tingkatkan kehadiran oksigen dan glukosa ke otak dan otot (dengan meningkatkan denyut jantung), meningkatkan katalisis dari glikogen dalam hati, serta menekan sistem kekebalan.

Kekurangan hormon adrenalin didalam badan akan menyebabkan pening, kelelahan dan penurunan berat badan, juga ada ketika boleh mengalami gangguan usus, peningkatan pigmentasi kulit, stress dan sakit sendi.

5. Dopamin

Hormon ini dihasilkan di buah pinggang dan hypothalamus. Hormon ini berfungsi untuk meningkatkan denyut jantung dan tekanan darah, menggalakkan pelepasan prolaktin.

Kesan terlebih dopamin dalam badan akan menyebabkan  mual, muntah, sakit kepaa, sakit dada, denyutan jantung yang tak teratur, sukar bernafas, perubahan kuantiti urin, perubahan warna kulit dan sakit di kaki dan tangan.

Manakala kekurangan hormon dopamin didalam badan boleh menyebabkan tertekan, motivasi rendah, sukar fokus dan memberi perhatian, lambat berfikir, rendah libido, mudah penat, berat badan cepat naik dan sering mengalami gangguan tidur.

6. Gastrin

Hormon gastrin dihasilkan di duodenum yang berfungsi untuk merembeskan asid perut. Sekiranya hormon ini terlebih didalam badan, boleh menyebabkan penyakit tumor benigna.

7. Hormon pertumbuhan (HGH)

Hormon ini dihasilkan di pituitari anterior dan ia berfungsi untuk merangsang pertumbuhan dan penghasilan sel, melepaskan faktor pertumbuhan 1 mirip insulin dari hati.

Terlebih hormon ini boleh menyebabkan tumor pituitari yang membesar secara perlahan. Ia juga boleh mengakibatkan sakit kepala, gangguan penglihatan, tekanan saraf optik, terlebih tulang rahang, jari tangan dan kaki, lemah otot dan rintangan insulin. Bahkan ia juga boleh mengakibatkan diabetes type 2.

Namun, kekurangan hormon pertumbuhan ini akan menyebabkan kegagalan tumbesaran dan bertubuh rendah.  Perkara ini jarang berlaku pada orang dewasa, namun ada sesetengah kes boleh menyebabkan obesiti, penurunan energi dan kualiti hidup.

8. Insulin

Hormon insulin dihasilkan di pankreas dan berfungsi untuk pengambilan glukosa, glikogenesis dan glikolisis di hati dan otot dari darah. Terlebihnya insulin ini dapat menyebabkan kadar gula darah sangat rendah, denyutan jantung yang tidak teratur, berpeluh, gementar, mual, lapar yang melampau dan rasa cemas. Kadang kala boleh menyebabkan hypoglikemia (gula darah rendah).

Manakala kurangnya hormon insulin boleh mengakibatkan hyperglisemia (peningkatan kadar gula dalam darah) yang boleh mengakibatkan diabetes type 2.

9. Testosteron

Hormon ini dihasilkan di testis dan berfungsi sebagai hormon seks bagi lelaki. Hormon ini akan merangsang kematangan organ-organ seks lelaki, skrotum, pertumbuhan janggut, otot dan meningkatkan kepadatan tulang.

Namun, sekiranya hormon ini terlebih ia akan menyebabkan peningkatan libido berlebihan dan mudah marah. Kekurangan hormon testosteron boleh menyebabkan penyakit atau kerosakan pada hipotalamus (kelenjar dibawah otak), kehilangan otot tubuh, pinggang menggendut, penurunan libido dan sukar mencapai orgasme.

10. Progesteron

Hormon progesteron dihasilkan di ovarium, kelenjar adrenal dan plasenta (ketika hamil). Hormon progesteron ni kerja dia untuk tingkatkan pertumbuhan epiderma, tingkatkan suhu teras semasa ovulasi, kurangkan kekejangan, melancarkan darah pembekuan pembuluh darah.

Kurangnya hormon progesteron dalam badan boleh akbatkan sukar untuk tidur, panik, gelisah, kurang cairan dan payudara membengkak.

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge