10 Punca Berlakunya Tumpah Darah Selepas Bersalin

2

Assalamualaikum

Semalam saya sudah maklumkan yang salah seorang sahabat saya terpaksa dibuang rahimnya akibat berlaku pendarahan yang banyak (bleeding atau tumpah darah) selepas bersalin. dan hari ini beliau terpaksa pula menjalani pembedahan sekali lagi bagi membuang kapas yang menutup ruang pendarahan itu. Semoga Allah berikan kesembuhan padanya.

Apa yang dimaksudkan dengan tumpah darah?

Tumpah darah ialah peristiwa pendarahan selepas bersalin, dalam istilah perubatan dipanggil post-partum hemorrhage. Pada tahun 2005, 14% daripada kematian selepas bersalin di Malaysia adalah disebabkan tumpah darah.

Terdapat 2 jenis tumpah darah :

PERTAMA

Tumpah darah primer – berlaku dalam tempoh 24 jam pertama selepas kelahiran iaitu ketika anda masih lagi berada di hospital

KEDUA

Tumpah darah sekunder – berlaku antara tempoh 24 jam sehingga 6 minggu selepas melahirkan bayi. Biasanya masalah ini terjadi setelah anda selamat pulang ke rumah

Istilah tumpah darah ialah apabila berlaku pendarahan melebihi 0.5 liter untuk bersalin biasa dan 1 iter untuk bersalin secara pembedahan.

10 Punca Berlakunya Tumpah Darah Selepas Bersalin

1# Rahim tidak mengecut

  • Rahim tidak berupaya untuk mengecut dengan baik, biarpun sudah disuntik dengan ubat khas bagi menyempurnakan prosedur pengecutan rahim (uterine atony)

2# Uri atau cebisan uri tertinggal

  • Uri atau cebisan uri masih tertinggal di dalam rahim. Ketahuilah, sekiranya uri tidak dikeluarkan dengan sebaik-baiknya, pendarahan akan terus berlaku dan boleh memudaratkan diri.

3# Luka pada pangkal rahim, faraj atau saluran peranakan

  • Pendarahan juga berlaku akibat daripada luka besar di bahagian pangkal rahim, faraj atau sepanjang saluran peranakan.

4# Darah sukar beku

  • Seterusnya penyakit darah sukar beku akibat tahap sel platelet yang turut boleh menjadi punca tumpah darah. (thrombocytopenia)

5# Jangkitan kuman di dalam rahim (endometritis)

6# Wanita hamil yang mengalami anemia

  • Wanita hamil yang mengalami anemia (iaitu kekurangan hemoglobin tau sel darah merah) amat mudah untuk mengalaminya. Hal ini terutamanya bagi anda yang mempunyai tahap hemoglobin (Hb) kurang daripada 10.
    Pada tahap yang normal, Hb anda perlu berada pada paras melebihi 11.5. Bagi yang disahkan mengalami anemia sewaktu hamil, perlu kerap memeriksa tahap Hb.
  • Mereka perlu mengambil vitamin khas untuk menambah darah dan seterusnya mengekalkan tahap Hb pada paras normal.

7# Hamil pada usia melebihi 40 tahun

8# Bersalin melebihi 5 kali

  • Hal ini berpunca daripada kesukaran otot2 rahim yang mengembang semasa bersalin untuk mengecut dengan baik dan sempurna

9# Kelahiran secara pembedahan caesarean

  • Tumpah darah boleh berlaku kepada kelahiran secara pembedahan Caesaran terutamanya yang dijalankan secara kecemasan, uri bawah yang berisiko menyebabkan uri melekat (placenta previa)

10#  Tumpah darah pada kelahiran sebelumnya

  • Kemungkinan akan berlaku lagi tumpah darah jika telah berlaku tumpah darah pada kelahiran sebelumnya

 

Risiko apabila berlakunya tumpah darah

  •  Rahim perlu dibuang

Jika tumpah darah terlalu teruk, rahim mungkin perlu dikeluarkan demi menyelamatkan nyawa ibu. Namun , menerusi langkah pengesanan awal, hal ini dapat dielakkan

  • Maut

Kompilasi tumpah darah boleh menyebabkan anda berada di tahap bahaya kerana ia boleh mengundang maut

Cara pencegahan daripada risiko maut

Segera mendapatkan rawatan di hospital jika terdapat tanda-tanda berikut :
1. Darah keluar dalam jumlah yang banyak atau darah yang keluar berupa ketulan yang besar
2. Tuala wanita yang dipakai sentiasa basah sehinggakan anda perlu menukar tuala berkenaan setiap satu jam
3. Darah yang keluar berbau busuk walaupun jumlahnya tidak banyak. Keadaan ini biasanya berpunca daripada jangkitan kuman
4. Badan berasa lemah disusuli dengan rasa pening, pitam, berpeluh-peluh dan menggigil.

PANDUAN DOKTOR

1. Sekiranya pernah mempunyai sejarah tumpah darah, pastikan anda bersalin di hospital yang dilengkapi dengan bank darah.
2. Pengesanan awal adalah penting untuk mengelakkan risiko tumpah darah. Oleh itu, jalani pemeriksaan antenatal secara teratur.
3. Pastikan pemakanan yang diambil adalah sihat dan seimbang. Banyakkan memakan makanan tinggi zat besi seperti kerang, hati, sayuran hijau dan jambu batu merah. Namun pada masa yang sama, anda tetap perlukan vitamin B6, B12 dan asid folik.
4. Jika berlaku tanda-tanda awal pendarahan, segera ke hospital.
5. Jangan bersalin di rumah melainkan ada bidan terlatih bersama.

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge