10 Simptom Menunjukkan Anda Penghidap Diabetes

0

Gelaran ‘silent killer’ bagi penyakit diabetes sangat menakutkan. Kebanyakan penghidap diabetes tak sedar pun yang dia ada diabetes kerana simptom yang dia rasa — macam orang sihat — namun sebenarnya memakan diri sedikit demi sedikit !

10 Simptom Menunjukkan Anda Penghidap Diabetes

  1. Paras gula darah tinggi

    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.

  2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam

    Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.

    Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.

    Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

  3. Hilang berat badan secara tiba-tiba

    Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

  4. Sentiasa rasa lapar

    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.

    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

  5. Luka lambat sembuh

    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.

  6. Keletihan dan cepat marah

    Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.

  7. Terdedah kepada jangkitan kulat

    Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

  8. Penglihatan kabur

    Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

    Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

  9. Sensasi pada tangan dan kaki

    Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki – ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

  10. Kulit merengsa

    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Takut sebenarnya saat kali pertama mak beritahu ayah ada diabetes.

Terkedu taktau nak kata apa.

Syukur sekarang dah makin sihat lepas amalkan vivix Shaklee ni.

diabetes melitus

 

Berapa Nilai Sebuah Kesihatan Anda ?

Anda hanya perlu melabur RM 475 sahaja untuk sebuah kesihatan anda yang tak ternilai tu. Kebiasaannya, pelanggan saya akan terus ambil dua botol kerana mereka akan mendapat keistimewaan :

  • Keahlian percuma
  • Bonus Cash bulan depan
  • Diskaun 5 % dari harga ahli
  • Penghantaran percuma

Jangan tangguhkan sehingga anda menyesal tak sudah. Cegahlah seawal yang mampu. Kalau mahu saya bantu dapatkan beserta aturan pengambilan yang betul dan berkesan, terus contact saya, Zulaikha di talian 018-3164133. InshaAllah saya akan bantu sebaiknya. Sayangi diri anda, anda dapat menyayangi orang lain.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepada Allah ! Aameen.

buy now

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)

 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge