10 Tip Untuk Atasi Anak Cerewet Makan Dan Picky Eater

0

Assalamualaikum

Saya mula perkenalkan solid food pada Ayyash masa umur dia 7 bulan. First thing yang saya nak masukkan dalam mulut dia sebagai makanan adalah kurma, jadi saya buat puree kurma. Apa yang menyedihkan, sekali je Ayyash buka mulut untuk makan puree tu. Lepas tu terus dia reject makan dan hanya exclusive breastfeeding sampai umur setahun 2 bulan.

Saya tak sangka rupanya anak saya sangat cerewet dan picky eater (sama macam abi dia la ni masa kecik dulu) huhu. Memang susah hati, tapi bila fikirkan dia masih dapat khasiat susu ibu penuh vitamin ni, saya rasa lega sikit.

Start umur setahun 2 bulan, baru dia nak mula terima makanan. Itupun hanya ROTI sahaja. Alahai anak.. takpelah. Asalkan dia nak jugak makan. Setiap hari, pagi petang siang malam, hanya roti roti dan roti je. Sampai pipi pun macam ban roti dah, hehe.

Bila terbaca tip nak handle anak picky eater macam kat bawah ni, Alhamdulillah Ayyash dah mula slow-slow untuk beranikan diri terima makanan lain.

10 Tip Untuk Atasi Anak Cerewet Makan Dan Picky Eater

 

1. Hormati selera anak

Saya sekali-kali tak pernah paksa Ayyash untuk makan makanan yang dia sendiri taknak dan tak suka. Roti je yang dia suka, maka roti jelah saya akan berikan pada dia. Kalau nak berikan makanan lain dan dia menolak, saya akan cuba lainkali, bukan paksa pada satu waktu yang sama.

2. Kekalkan rutin harian

Saya cuba untuk sediakan makanan pada masa yang sama setiap hari supaya dia tahu dan terbiasa dengan rutin waktu makan.

3. Cuba makanan baru

Biasanya kalau beri Ayyash merasa makanan baru, dia akan meluahkan semula dan akan minta semula kalau dia rasa makanan itu kena dengan selera dia. Dari situ saya dah boleh mengagak jenis selera Ayyash dan lebih mudahkan saya untuk fikirkan apa lagi menu yang boleh dihidangkan.

4. Jadikan makan itu sesuatu yang menyeronokkan

Waktu makan adalah antara quality time dan bonding antara ibu dan anak. Banyak perkara boleh diajarkan pada anak sambil memberinya makan. Lebih-lebih lagi kalau ibu menghidagkan makanan dengan perlbagai warna dan rasa, membuatkan si manja anda bertambah seronok dengan waktu makan.

5. Ajak anak bantu beli makanan

Sebabkan Ayyash pun kecil lagi, jadi selalunya saya ajarkan dia untuk kenal dahulu ikan, ayam, sayuran dan buah-buahan yang ada. Apa yang saya tak mahu anak makan, saya akan elakkan untuk membelinya(walaupun mak teringin sangat nak makan, huhu). Nampaknya Ayyash hepi sangat dapat kenal bermacam jenis makanan yang berkhasiat !

6. Jadi “Role Model”

Apa yang kita nak anak makan, estilah kita sendiri kena mulakan. Kalau taknak anak makan makanan yang mengarut, mak ayah pun tak boleh juga!

7. Kreatif

Kanak-kanak memang cepat tertarik dengan warna menarik pada makanan. Sedap itu nombor dua. Dan saya nampak perkara tu pada Ayyash. Tapi kalau cantik dan tak sedap, Ayyash tak makan jugak,hehe. Jadi kena cari yang warnanya menarik dan rasanya pun sedap!

8. Tutup TV

Ada masa mungkin mudah nak bantu anak makan bila tuutp tv, lebih-lebih lagi makanan yang pertama kali dia nak rasa. Banyak nak cerita tentang makanan tu. Tapi mungkin ada sesetengah budak yang lagi senang dan leka kena suap bila didepan tv.. kan?

 9. Jangan janjikan ganjaran

Suami selalu tegur saya, sebab saya suka bagi janji manis kat anak,huhu. Sebenarnya ta elok janjikan macam-macam ganjaran ni semata-mata nak dia makan. Sebab nanti buatkan dia lebih banyak keinginan sebab dia tahu mudahje nak dapatkan — HANYA DENGAN MAKAN !

10. Jangan beri pilihan pada anak

Beri pilihan pada anak memilih makanan adakala menjadi suatu kesilapan sebab mereka masih tak tahu mana yang lebih berkhasiat. Jadi kitalah yang kena decide untuk anak, dan galakkan mereka untuk makan makanan berkhasiat.

 

Semoga tip-tip ini bermanfaat untuk ibu-ibu semua. Selamat melayani selera anak dengan penuh kasih sayang, air tangan ibu itu yang terbaik 🙂

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge