Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

10 Ucapan Paling ‘Kejam’ Kepada Surirumah Berkerjaya

4

Assalamualaikum.

Seperti entri sebelum ni, 20 Ucapan Paling Tak Best Kepada Surirumah, kali ini Zue nak share pulak 10 ayat paling ‘kejam’ untuk kita sebutkan kepada surirumah berkerjaya. Sebenarnya sama je keadaan surirumah fulltime dan surirumah berkerjaya. Ada je tohmahan dan orang kata. Tapi prinsip Zue sendiri, abaikan je apa yang orang kata. Tak ke mana pun… 🙂

Dengan 3 tips hebat dari Puan ni lah, Zue boleh abaikan apa je orang cakap. =)

Di manapun posisi kita, sebagai isteri dan ibu.. pasti kita nak berikan yang terbaik untuk keluarga..kan? Jadi tak manislah kalau kita nak menilai kehidupan seseorang sedangkan kita tak lalui apa yang dah dia lalui.

Zue pun pernah rasa kehidupan sebagai surirumah berkejaya.. Atas keperluan keluarga, perlu bantu suami dan sebagainya. Faham sangat situasi itu.. Jadi cuba jangan sebutkan ayat-ayat menghiris hati ni kepada surirumah berkejaya.. orait? 🙂

10 AYAT PALING TAK BEST YANG SURIRUMAH BERKERJAYA TAK SUKA DENGAR

surirumah berkerjaya

1# Mesti rasa tak bestkan bila terlepas moment-moment special dalam hidup..?

2# Saya rasa eloklah pun awak kerja, manalah tahu satu hari nanti suami awak tinggalkan awak. T__T

3# Terkejutnya saya bila dapat tahu awak kerja semula. Ingatkan suami awak dah cukup kaya!

4# Saya sayang sangat kat anak-anak, sampai tak sanggup nak tinggalkan diorang walaupun kejap.. (abes tu..saya ni tak sayang anak ke?)

5# Betulke awak ni kena kerja?

6# Saya tak sanggup nak biarkan orang lain jaga anak saya. (macamlah saya ni sanggup? T__T )

7# Saya tak dapat bayangkan macam mana keadaan bila hantar anak pada pengasuh!

8# Saya taknak jadi macam mak saya dulu, tiapkali balik dari sekolah mesti mak saya takde. Tak macam mak oranglain!

9# Mesti awak rasa bersalah kan sebab kena tinggalkan anak..

10# Best jugak kalau saya kerja macam awak, takdelah nak pening tengok rumah bersepah sepanjang hari !

ok. case closed ya.

lepas ni kita sama-sama menghargai satu sama lain.. masing-masing sama pentingnya.. 🙂

Wanita,

Kita semua memang hebat kerana dah berusaha berikan yang terbaik untuk suami dan anak-anak.

Semoga Allah memberikan ganjaran terbaik buat kita semua.. ! =)

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash

Shaklee ID 1075383

sakieenah@yahoo.com

018-3164133

Facebook Comments

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Discussion4 Comments

    • Zulaikha Ali

      Wslm adik Alia Farhana 🙂
      Semogfa entri-entri akak bermanfaat untuk awak ya.. insyaAllah, awak akan mampu hadapi semua ujian dengan baik dan cemerlang. Didoakan yang terbaik untuk awak!

Leave A Reply

CommentLuv badge