Resipi Ringkas EidulAdha : Daging Rebus Cicah Air Asam

0

Assalamualaikum

Semalam takde idea langsung nak masak apa. Bila call mama, mama bagi cadangan buat resipi simple tapi super sedap ni, hihi. Memandangkan daging qurban pun banyak, maka banyaklah resepi yang akan terlaksana, hehe.

Lagipun orang kata daging qurban ni mudah sangat nak empuk berbanding daging lain. So takdela ambil masa lama sangat nak merebus daging ni.

RESIPI RINGKAS DAGING REBUS CICAH AIR ASAM

resepi daging rebus

Bahan-bahan

  • Daging
  • Bawang merah
  • Asam jawa
  • Tomato
  • Garam
  • Gula
  • Kunyit
  • Lada hitam
  • Cili padi (kalau nak pedas sikit)

Cara memasak :

  • Hiris nipis daging dan gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam
  • Rebuskan daging tadi dan masukkan sedikit lada hitam bersama
  • Sambil tunggu daging empuk, boleh buat air asam

Cara buat air asam :

  • Hiris bawang halus
  • Tomato potong dadu
  • Asam jawa digaulkan dengan air dan ambil airnya sahaja (air jangan banyak sangat, bagi pekat sikit air asam tu)
  • Hiris cili padi
  • Masukkan sedikit garam dan gula
  • Gaulkan kesemuanya sekali

Daging dah empuk, angkat dan toskan. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas-panas…. Bismillah 🙂

Selamat Mencuba !

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
COD area : Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge