11 Makanan Semulajadi Melancarkan Haid

0
Assalamualaikum.

Kitaran haid yang teratur dan lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yang baik bagi seorang wanita. Untuk wanita yang dah berkahwin, kitaran haid yang teratur menjadi satu ‘guideline’ untuk merancang untuk hamil mahupun menentukan sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum. Ia diukur melalui kedatangan haid yg lewat pada bulan-bulan di mana mereka merancang untuk mendapatkan zuriat.

Walau bagaimanapun, tak semua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yang teratur.

Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid setiap bulan, ataupun didatangi haid yang terlalu panjang pada sesetengah bulan. Ini tentunya menimbulkan kerisauan khususnya mereka yang sedang merancang untuk hamil mahupun yang ingin mendirikan rumah tangga.

Alhamdulillah, Zue sendiri tak pernah hadapi masalah kitaran haid tak teratur ni. Tapi bila lihat dan dengar pengalaman kawan-kawan sejak sekolah dulu, rasa simpati sangat.  Beza tau kalau kitaran haid tak stabil lepas kita bersalin. Nanti Zue ceritakan pula tentang ni ya.
makanan melancar haid

Makanan juga antara punca utama kenapa terjadinya haid yang tak teratur ni. Jom kita tengok 11 makanan semulajadi yang dapat membantu melancarkan kitaran haid kita 🙂

1# BIJAN

bijan

Pengambilan bijan putih atau hitam yang dihancurkan dan dicampurkan dengan gula akan melancarkan aliran haid dalam masa yang cepat.

2# BETIK

betik

Buah ini dapat melancarkan haid yang tak teratur. Cukuplah dengan makan sebanyak 250g setiap pagi dan sebelum tidur.

3# SENAMAN & OMEGA 3

minyak ikan omega
Lakukan senaman yang teratur dan diet yang kaya dengan antioksidan dan Omega 3. Tambahkan dengan latihan kardio 3-4 kali seminggu. Zue sendiri amalkan Omega semulajadi ni 🙂

4# PERIA

peria

Walaupun pahit, tetapi peria dapat membantu melancarkan haid.

5# SALMON

salmon

Makanan mewah dengan Omega 3 ini mengandungi gizi dan membantu meningkatkan kolagen dalam badan apabila diambil secara teratur. Ia juga memberikan kestabilan hormon sehingga kita tak mudah stress dan haid datang tepat pada waktunya.

6# BROKOLI

brokoli

Kandungan folat dan Vitamin B mampu mencegah depresi. Depresi adalah salah satu faktor kenapa haid lambat.

7# SUSU SOYA

Soya-ESP-Shaklee

Selain untuk mencantikkan kulit dan menjaga kesihatan, soya ini baik diminum ketika haid datang. Nutrisi dalam segelas susu soya mampu menjaga kesihatan badan dan sistem reproduksi. Highly recommended untuk ambil soya Non-Gmo tau 🙂

8# TELUR

kuning-telur

Mampu menjaga hormon agar kita sentiasa bertenaga dan mengatur pengaliran darah. Adalah lebih baik memilih telur rebus daripada telur goreng.

9# ASAM JAWA

khasiat-asam-jawa

Makanan ini membantu melancarkan haid. Contohnya, asam jawa yg diambil dalam bentuk minuman atau gula2. Menurut petua orang2 lama, asam jawa dapat menghancurkan darah2 haid yg berketul2.

10# CUKA EPAL

cuka epal

Mampu membantu melancarkan haid. Kita boleh minum atau jadikan sos untuk salad. Cuka epal juga dapat mengurangkan insulin dan seimbangkan kadar gula dalam darah.

11# GLA COMPLEX

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik.

Simpati saya dengar masalah CikPuan ni yang tak datang haid selama setahun, sampai emosi dia tak stabil dan suami pun bingung!

Jaga pemakanan kita betul-betul, kesihatan kita adalah mahkota terbesar buat kita! 🙂

~Luv~

Ummu ‘Ayyash

Shaklee ID 1075383

018.3164133

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge