9 Sebab Mengapa Ibu Hamil Bersalin Secara Paksa (Induce)

2

Assalamualaikum

Kebanyakan ibu yang bersalin induce pasti merasa serik untuk melaluinya buat kali kedua. Samalah macam saya, serik sungguh bila merasakan kesakitan induce tu jauh lebih sakit daripada kesakitan bersalin secara semulajadi sampaikan buat macam-macam teknik untuk elak daripada kena induce.

Melalui pengalaman induce ketika bersalin anak pertama disebabkan air ketuban pecah terlebih awal tetapi tiada bukaan jalan dan langsung tiada rasa sakit merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Bagaimana sebenarnya sakit bersalin itu bermula ?

Sakit bersalin bermula apabila bayi mula mengeluarkan bahan kimia untuk mencetuskan pengecutan rahim. Apabila bayi telah bersedia untuk menghadapi dunia luar, iaitu sistem pernafasan dan sistem penghadamannya sudah bersedia untuk berfungsi maka bahan kimia itu akan dibebaskan.

Diantara bahan tersebut ialah oksitosin dan prostaglandin. Hormon ini akan bertindak dengan reseptor pada uterus dan membantu pangkal rahim untuk terbuka dan proses kelahiran berlaku secara semulajadi.

9 Sebab Mengapa Ibu Hamil Bersalin Secara Paksa (Induce)

1. Melebihi tarikh EDD

Setiap ibu mengandung akan diberi 1 tarikh jangkaan bersalin, iaitu 40 minggu daripada hari pertama haid yang terakhir. Pada usia kandungan 40 minggu, bayi benar-benar dalam keadaan matang dan sangat sesuai untuk hidup di muka bumi.

Tetapi bayi akan dikira lahir cukup bulan selepas cukup 37 minggu ke atas. Biasanya kandungan tidak dibenarkan untuk diteruskan pada 42 minggu ke atas, kerana risiko bayi menjadi terlalu besar dan sukar untuk bersalin dan juga risiko uri mengalami penuaan dan membahayakan bayi.

2. Kandungan berisiko tinggi

Bila ibu mengalami kencing manis semasa mengandung. Jika tanpa rawatan, kandungan tidak dibenarkan melepasi hari dan jika dengan rawatan, ibu akan dipaksa bersalin sama ada pada 37 atau 38 minggu bergantung kepada keadaan bayi.

Begitu juga dengan tekanan darah tinggi semasa mengandung, yang mana jika tekanan darah terkawal, ibu dipaksa bersalin pada tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya tekanan darah sukar dikawal, ibu mungkin terpaksa bersalin lebih awal.

3. Berlaku keadaan kecemasan yang mengancam nyawa bayi dan ibu.

Contohnya jika tekanan darah ibu terlalu tinggi ataupun ibu mengalami preeklampsia. Untuk mengelakkan ibu daripada sawan yang mungkin boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi atau meningkatkan risiko untuk pembedahan, induction mungkin dilakukan.

Namun, keadaan ini bergantung kepada usia kandungan. Kalau dah cukup bulan, induce adalah pilihan yang paling sesuai dan sekiranya cukup bulan, mungkin rawatan lain akan diberikan.

4. Pertumbuhan bayi dalam kandungan yang terencat.

Keadaan ini biasanya mungkin disebabkan oleh masalah uri yang tidak dapat membekalkan nutrien ataupun oksigen kepada bayi ataupun masalah kekurangan nutrisi daripada ibu sendiri.

5. Pecah air ketuban melebihi 24 jam tetapi belum ada tanda-tanda akan bersalin.

Apabila air ketuban telah pecah, risiko untuk jangkitan dan air ketuban berkurang sehingga membahayakan nyawa bayi adalah tinggi. Untuk mengelakkan masalah ini, sebaiknya ibu bersalin secara induce.

6. Jangkitan dalam air ketuban.

Jangkitan kuman boleh berlaku (chorioamnionitis) jika ketuban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan kandungan melalui faraj.

7. Ada sejarah lampau.

Apabila ibu pernah melalui proses kelahiran mati, doktor akan menyarankan untuk bersalin secara induce sebagai langkah untuk berjaga-jaga.

8. Masalah plasenta.

Apabila plasenta tidak berfungsi seperti yang sepatutnya, kandungan cecair amnion terlalu sedikit dan bayi tidak membesar sebaik mungkin. Antaranya, plasenta mungkin kurang berkesan menghantar zat-zat kepada bayi, meningkatkan risiko lahir mati dan sebagainya.

9. Permintaan ibu sendiri.

Ada juga ibu-ibu sendiri yang minta nak induce sebab nak dapatkan tarikh yang ‘cantik’ atau mungkin atas sebab-sebab peribadi yang lain.

Apapun, banyakkan berdoa disepanjang tempoh kehamilan agar Allah mempermudahkan urusan dan proses kelahiran berjalan dengan lancar dan mudah. Jangan lupa ambil set berpantang selamat untuk ibu dan bayi bagi membantu pemulihan ibu dengan cepat semasa berpantang.

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

    • Wslm Puan. Kalau sebab peribadi tu dapat keizinan dan dalam pengetahuan doktor, ya tiada masalah. Apa apapun perlu rujuk doktor terlebih dahulu. 🙂

Leave A Reply

CommentLuv badge