7 Tip Yang Sangat Membantu Untuk Proses Kelahiran Yang Mudah Tanpa Jeritan

2

Kalau dikenang-kenang pengalaman kali pertama bersalin, sudah cukup untuk membuatkan rona wajah menjadi kemerah-merahan menahan rasa malu sendiri. Mana tidaknya, malu dengan doktor dan para jururawat yang membantu, jeritan saya bertambah kuat ketika hendak push bayi keluar buat kali terakhir.

Gamat sekali suasana didalam labour room waktu itu, umpama sorakan semangat penonton aksi bola di stadium, dan laungan “gol !” apabila bayi selamat dilahirkan. Seorang doktor dan hampir sepuluh orang jururawat ketika itu. Bayangkan! Malu rasanya. Seperti mahu menekup muka dengan apa sahaja yang ada di tangan pada waktu itu. Gelihati pun ada. Bercampur baur perasaan.

Bersalin buat kali kedua, banyak persediaan ilmu baru dibuat demi tidak mahu mengulang kisah lama menjerit didalam labour room. Tak mahu lagi ada adegan meramas tangan misi sekuatnya sehingga hampir saja terluka tangan lembutnya. Saya betul-betul berazam mahukan suasana penuh ketenangan ketika bersalin.

Menjerit Ketika Bersalin Perkara Normal ?

Mungkin sesetengah orang tak kisah langsung kalau menjerit-jerit ketika bersalin, bukan big deal katanya. Tapi setelah diri sendiri melaluinya, saya tahu bila menjerit ketika bersalin seperti kita sudah hilang kawalan ke atas diri kita sendiri. Kita rasa stress. Badan tak relaks.

Saya tahu kerana saya pernah melaluinya.

Kesakitan yang teramat sangat (akibat induce) membuatkan pernafasan saya menjadi huru hara dan langsung tak mampu nak fokus dengan baik untuk tenangkan diri. Alhamdulillah syukur dengan sedikit ilmu dan usaha, kelahiran anak kedua berlaku dengan sangat smooth dan langsung tiada jeritan yang keluar. Seumpama malam Al Qadr yang sangat hening (kebetulan bersalin dibulan Ramadhan).

7 Tip Yang Sangat Membantu Untuk Proses Kelahiran Yang Mudah Tanpa Jeritan

1# Positifkan minda

possible
sumber google

Seawal usia kandungan, positifkan minda kita dan setkan bahawa kita mampu lakukan yang terbaik untuk melahirkan buah hati kita ini. Sentiasa buat visualize bagaimana proses bersalin yang kita mahukan, bayangkan satu persatu bermula saat contraction, masuk ke labour room dengan tenang, bukaan rahim yang cepat, teknik bernafas yang betul dan terkawal, push baby keluar dengan dua kali sahaja, tanpa episiotomi, tanpa jahitan !

Lakukan visualization ini setiap hari dengan penuh yakin dan berserahlah kepada Allah.

2# Sambut kehadiran contraction dengan gembira

Contraction memang menyakitkan. Semua kita akuinya namun ada teknik yang boleh membantu kita untuk enjoy dan terima contraction dengan rasa tenang, siap boleh senyum simpul lagi masa bersalin. Apabila contraction mula datang, senyum dahulu padanya. Itu satu tanda anda bakal bertemu si cinta hati yang sudah mendiami rahim anda selama 9 bulan !

Dan apabila contraction semakin kuat terasa, lembutkan badan anda, relaks dan nikmatinya dengan setenang yang boleh. Bila badan kita relaks, bermakna badan kita tak stress. Dan bila badan tak stress, ia sangat membantu untuk mengawal pernafasan kita dengan baik. Ini sangat penting untuk memastikan oksigen yang cukup sampai kepada bayi sepanjang proses bersalin.

3# Ambil masa sekejap untuk mandi

shower_2035920b
sumber google

Pada awal berlakunya mild contraction dan tiba saatnya untuk ke hospital, ambil waktu sebentar untuk mandi bagi menyegarkan dan menenangkan tubuh badan kita. Perkara ini tak sempat saya lakukan ketika anak pertama sebab terlalu rushing ke hospital. Terkejut sebab air ketuban dah keluar, kelam kabut terus ke hospital dan admit wad.

4# Fokus

Bila contraction semakin kuat, teruskan ajar badan untuk relaks dan terima setiap contraction dengan lembut — jangan keraskan badan. Fokus dengan apa yang kita mahukan – kelahiran yang mudah, tanpa koyakan dan jahitan, bayi lahir dengan selamat. Ikut arahan doktor/jururawat yang memantau dan membantu kita supaya tidak berlaku sebarang permasalahan lain.

Ingatlah bahawa kesakitan contraction itu adalah untuk membawa bayi didalam rahim keluar untuk bertemu dengan ibunya! Jangan melawan rasa contraction tersebut, ia akan mengganggu fokus anda.

5# Lazimkan zikir

Ada sesetengah hospital akan memasang audio surah ketika pesakit sedang bertarung nyawa untuk melahirkan, dan tak kurang juga kebanyakan jururawat yang membantu sentiasa tak jemu mengingatkan supaya banyakkan berzikir. Ada zikir khusus bagi ibu-ibu yang sedang berjuang untuk bersalin, zikirnya — La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzholimin.

6# Amalkan membaca surah Maryam

Bila ditanya kebanyakan ibu, antara resepi mudah bersalin rata-ratanya menjawab, amalkan membaca surah Maryam ini. Dan Alhamdulillah, diri sendiri pun turut merasai perkara tersebut. Perjalanan dan proses bersalin terasa mudah dan hampir tiada masalah. Apapun kita ikhtiar dan berserah kepada Allah.

7# Dapatkan sokongan suami

sumber google
sumber google

Bagi kebanyakan ibu, sokongan suami sangat membantunya dalam proses melahirkan, termasuklah diri saya sendiri. Jadi pilihlah hospital yang memberi keizinan untuk suami bersama dengan isteri didalam labour room supaya suami dapat memberi semangat dan kekuatan kepada isteri untuk melahirkan permata hati.

Sekarang tibalah giliran anda ! Sekiranya anda akan menjadi bakal ibu (kelahiran pertama), semoga segala proses kelahiran anda dipermudahkan dan selamat menikmati perjalanan menjadi seorang ibu yang bahagia. Jangan lupa ambil Set Besalin Terbaik yang sesuai untuk ibu bersalin normal dan czer, saya juga merasai pengalaman berbeza dengannya. Semoga berjaya!

**Ini adalah antara tip hasil pengalaman penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku. Allahua’lam.

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

    • hehe. betul..dari pengalaman pertama banyak yang kita boleh improve untuk dapatkan pengalaman kedua yang lebih baik. Alhamdulillah ‘ala kulli hal =)

Leave A Reply

CommentLuv badge