14 Tips Pindah Rumah Baru

4

Bismillah.

Assalamualaikum 🙂

Tuan belog tengah dalam mood nak pindah rumah ni. Kita ni duduk merantau, jadi duduk rumah sewa je.. Bulan lepas tuan rumah bagitau nak masuk balik rumah beliau atas sebab tertentu.. Jadi nak tak nak kami terpaksa juga pindah dan cari rumah sewa yang lain.

Jadi kat sini nak cuba share tips untuk pindah rumah dengan hepi dan mudah. 🙂

14 TIPS PINDAH RUMAH BARU TANPA STRESS

1) BUAT LIST TO DO SEBELUM, SEMASA & SELEPAS BERPINDAH

ss_iStock_000005900090

List to do ni penting supaya kita boleh susun dan atur kerja kita ikut prioriti. Nanti takdelah kelam kabut nak buat semua benda dalam satu masa.

2) LANGSAIKAN SEMUA BIL

movingtip5

Bab ni penting. Selesaikan semua hutang kita sesegera mungkin supaya tak susahkan orang lain dah lepas tu. InsyaAllah nanti Allah mudahkan urusan kita pulak. 🙂

3) MINTA KEBENARAN TUAN RUMAH BARU UNTUK MASUKKAN BARANG TERLEBIH AWAL

pindah rumah

Ini yang kami buat. sebab rumah yang kami nak pindah ni pun tak berapa jauh daripada rumah sewa sekarang, jadi kami plan nak pindahkan sikit-sikit barang untuk mudahkan kami susun atur.

4) PASTIKAN ADA AIR, GAS & ELEKTRIK DI RUMAH BARU

tjb+electricity+(3)

Kalau takde tiga-tiga ni, sekurangnya ada air dan letrik dulu pun ok. Sebab kadang-kadang rumah sewa yang first hand ni memang takde lagi gas. Kita la kena beli sendiri.

5) DAPATKAN KOTAK & PITA PELEKAT

movingtip13

Kotak ni biasanya boleh juga dapat free je dari kedai-kedai runcit. Pita pelekat tu kena belilah ye. Hehe.. Kalau nak tahan cari kotak rokok yang besar tu, kalau dapat kotak mesih basuh ke lagi bestkan? Besaaarrr..boleh isi banyak barang. Tapi susah sikitlah nak angkat nanti..

6) JUAL BARANG LAMA DAN BUANG BARANG YANG TAK DIGUNAKAN

brass_buckle_header_old_stuff

Tak semua benda kita kena bawa pindah sekali.. rasa macam nak angkut satu rumah tu kan? Hakikatnya nanti serabut nak kemas semula.. Buanglah mana-mana barang yang dah rosak, dah tak boleh guna, kalau yang boleh dijual tu lagi bagus..

7) ASINGKAN BARANG KEPERLUAN HARI PERTAMA

movingtip12

Ini khas kalau anda pindah sekali harung semua, memang kena sediakan satu kotak macam ni. Supaya nanti takdelah letih nak punggah satu-satu kotak cari barang keperluan. Anda dah asingkan siap-siap. Senang 🙂

8) LABELKAN SETIAP KOTAK

movingtip18

Ini supaya memudahkan lagi kerja anda untuk susun semula barang-barang dirumah baru.

9) SIMPAN BAHAN MASAKAN DALAM PERIUK

movingtip28

Ini lebih untuk menjimatkan ruang,hee.. Memang jimat pun sebenarnya. Masa pertama kali pindah dulu memang buat macam ni. Lagi mudah nak cari bahan masakan.

10) BALUT BENDA YANG MUDAH PECAH DENGAN KAIN/BAJU

movingtip17

11) RANCANG SUSUN ATUR PERABOT DI RUMAH BARU

simple-house-decor-and-interior-furniture-home

Penting ni. untuk rancang awal sebelum masuk rumah baru. supaya nanti taklah berulang kali nak kemas, tolak sofa kejap ke sana, kejap ke sini.. huhu. So boleh deko baik-baik dulu, dan terus susun ikut aturan yang kita dah buat!

12) ‘DEFROST’ PETI SEJUK SEHARI SEBELUM PINDAH DAN LAP APA-APA CAIRAN

670px-Defrost-a-Freezer-Step-16

Kena pastikan juga semua lauk dan sayur dah habis digunakan. Kalau ibu-ibu yang ada EBM tu boleh usahakan supaya simpan dalam bekas cooler atau yang bersesuaian.

13) SURVEY KHIDMAT LORI

New-Lorry-Trading_9817_image.png

Bab ni kami minta tolong kawan-kawan yang ada lori..jadi taklah bayar semahal sewa biasa tu. Nak berjimat banyak ni.. GST kan tak lama lagi, hukhuk..

14) PASTIKAN ANDA TIADA APA-APA TEMUJANJI PADA HARI PERPINDAHAN

movingtip1

Plan dan atur masa sebaiknya.. pastikan anda betul-betul kosongkan hari untuk anda berpindah daripada sebarang temujanji dan urusan lain supaya urusan perpindahan berjalan dengan lancar. 🙂

Selamat berpindah dengan hati dan semangat yang baru.

Rumah baru, suasana baru, semangat baru dan penampilan baru… 🙂

Luv,

Ummu ‘Ayyash!

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion4 Comments

  1. as salam…t.kasih sudi share tips yg sgt berguna ni….izinkan saya share di blog ye…memandangkan saya pun nak berpindah dlm masa terdekat ni..untuk rujukan sendiri…:)

Leave A Reply

CommentLuv badge