20 Perkara Jangan Sebut Kepada Surirumah

33

Assalamualaikum.

Menjadi surirumah merupakan satu tugas dan pekerjaan yang sangat mulia. Alhamdulillah, kalau dulu Zue bekerja dan pernah merasai kehidupan sebagai surirumah bekerjaya. Selepas maintain income 4 angka dengan bisnes dari rumah, Zue ambil keputusan untuk resign dan fokus sebagai work at home mom.

Work-From-Home-Mom

Benda yang sangat terasa berbeza, dunia dan kehidupan sebagai seorang surirumah sepenuh masa lebih mencabar daripada apa yang Zue fikirkan. Dua-dua Zue dah rasa. Surirumah berkerjaya dan surirumah sepenuh masa.

 

Silaplah kalau ada yang kata surirumah ni takde buat apa. Huhu.. Cuba duk sehari kat rumah uruskan segala bagai semua, baru tahu penangannya.. Memang salutelah ibu-ibu surirumah semua!

 

Tapi tak bermakna ibu berkerjaya tak bagus.. Zue tak kata macam tu. Cuma sebagai satu peringatan, jangan pandang rendah pada surirumah .. tu je. Eh eh. Surirumah sekarang pun dah advance tau, siap boleh dapat income 4,5,6 angka hanya dari rumah!

 

Sebut tentang surirumah.. Ada 20 perkara yang kalau boleh.. Pleeaaseeeee…

Janganlah sebut hal begini kat mereka kalau kita tak berada di tempat mereka..ok? 🙂

20 AYAT JANGAN UCAPKAN PADA SURIRUMAH

jangan sebut pada surirumah

1# Oh, awak tak kerja ye?

2# Awak luangkan masa sepenuhnya dengan budak-budak (anak-anak) ? Uh, tak dapat saya bayangkan macam mana keadaannya!

3# Alahai, jelesnya saya. Kalaulah suami saya kaya, dah lama saya mintak berj=henti kerja.

4# Abis tu, apa yang awak buat sepanjang hari?

5# Buat rugi jela belajar tinggi-tinggi, last-last duk rumah je..

6# Tak pelikla kalau anak tu manja sangat, asyik berkepit je dengan mak dia.

7# Kalau awak tak kerja, mesti rumah awak sentiasa bersih dan kemas je kan? Yelah..orang tak kerja!

8# Memang patut pun awak tak kerja..

9# Banyak masa free tu, awak tak boringke?

10# Mesti bestkan sebab tak payah pergi kerja!

11# Baiknya suami awak bagi awak tak kerja kan! (suami dia tak baik ke?hihi)

12# Oh,rasanya saya tak boleh kalau tak kerja. Takde ‘life’ rasanya nanti !

13# Bila awak plan nak ada kerja tetap?

14# Awak tak rasa membazir ke habiskan duit dan masa untuk buat degree dulu?

15# Suami awak mesti kaya kan? Saya tak mampula camtu..

16# Kalau saya duk rumah, mesti rumah saya bersih je!

17# Memandangkan awak surirumah dan tak busy, boleh tak awak tolong saya buat …..?

18# So.. awak ni jaga anak jela..

19# Mesti best kan boleh lepak-lepak dengan kawan-kawan sebab tak kerja..

20# Patutla nampak awak ni macam tak reti bergaya je 😛

Kalau rasa pernah sebut, minta maaf semula kat orang tu.. takut-takut dia terasa hati dengan kata-kata kita. Mulianya dia, sanggup berkorban urus rumahtangga, anak dan suami tanpa GAJI tetap setiap bulan.

Hebatnya dia sebab banyaknya pahala dia dapat kaut dengan layanan ikhlas dia pada keluarga.

SURIRUMAH zaman sekarang dah advance.. 🙂

THUMBS UP !! 😀

P/S : Buat surirumah, saya juga seperti anda. Saya seikhlas hati ingin membantu ANDA — surirumah yang mahu menjana pendapatan daripada rumah. Terus hubungi saya sekiranya berminat ya .. Zulaikha 018-3164133 🙂

Kalau nak tahu, walaupun SURIRUMAH tapi berpeluang duduk hotel 5 Bintang tau! Macam mana? Klik sini. =)

 

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash

Shaklee ID 1075383

sakieenah@yahoo.com

018-3164133

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion33 Comments

    • Zulaikha Ali

      InsyaAllah shida, shida akan jadi surirumah yang hebat, kaya pahala dunia akhirat ! Aameen =)

    • Zulaikha Ali

      Aameen.. =)
      Moga Allah mudahkan langkah sis Zai ye.. Akan jadi wanita yang sangat hebat 🙂

  1. setuju sgt.. dulu pon penah kerja pejabat pagi sampai petang.. pastu lepas berenti jadi surirumah bekerjaya wahh rasa lagi challenging drpd buat project management n coordination. Hehe

  2. Boleh dikatakan semua yang dia atas adalah kebiasaan orang akan bercakap.
    Tapi biarlah mereka nak bercakap kan.
    Bukan mereka bayar bil rumah kita pun kan.
    Hihi

    • Zulaikha Ali

      Hehe.. Betul 🙂
      Selagi kita buat yang terbaik untuk family, kita proceed je =)

  3. Alhamdulillah.. dh diberi jadi surirumah spenuh masa..cuma tgh usaha utk jadi mcm zue…bisnes baru nk bermula..

    • Zulaikha Ali

      Alhamdulillah kak zila!
      InsyaAllah, moga dipermudahkan semua ya. Didoakan moga berjaya dunia akhirat… ^_^

  4. saya suri rumah sepenuh masa. tak pernah kerja lgsg lepas hbis U. suami sendiri yg suruh. bukan nak bangga diri cuma bila minta nak kerja dpd suami, dia pulak suruh sy rsa btuah sbb alhamdulillah cukup semua yg suami berikan. tapi sy sendiri pelik mcm mana perempuan (dan saya) nak kerja. padahal siapa tak suka kalau xperlu kerja dan hidup ditanggung org. hahaha. proud to be a full time wife n mother.

  5. Zulaikha Ali

    alhamdulillah.. syukur nana! bertuah rasanya kalau suami sendiri tak bagi kerja dalam keadaan kos sara hidup yang makin tinggi ni.. peluang untuk fokus betul-vetul pada family 🙂

  6. Apala sensitif sgt…tahpape.yg jd surirumah berkerjaya tu xyah ckp bsr sgtla…padahal duk umh buat bisnes online sibuk pegang hp 24jam pastu claim besarkan anak dpn mata.oiii isap ganja byk sgt ke ko ni?

  7. Nice entri, dear =)
    Sesungguhnya SURIRUMAH adalah pekerjaan TERBAIK di dunia- ustaz don.

    Salam ukhwah.
    ibuimanihadif.blogspot.com

    • Zulaikha Ali

      Tq dear 🙂

      Salam ukhuwwah juga.. apapun posisi kita, teruskan memberi yang terbaik!

  8. Slm. Sy skg memang surirumah spenuh msa..mempunyai degree dh prnah bekerja..life sbagai surirumah memang mncabar dn mnguji keimanan..kdg2 rsa sakitnya hati ini apabila disebut dn ditanya dgn ayt2 seperti diatas..sabar je lah..allah maha adil dn mengatahui segala2nya..sy bangga menjadi seorang surirumah!! 😉

    • Zulaikha Ali

      Wslm dear Azie 🙂
      Takpe..tak perlu sentap dengan oranglain. Life kita, kita yang akan design walaupun orang tak tahu seperit dan sesusah mana kita. Sebab hasilnya nanti kita yang akan tuai 🙂

      Semoga Allah berikan ganjaran terbaik buat azie =)

  9. Pernah menjadi jurutera projek handle projek juta-juta.

    Tetapi rasanya berhenti kerja uruskan dua anak kecil lagi tough. Sampai kena slow down personal biz. Kenapa ya ada yang cakap macam jadi Suri rumah tu senang?

    Sekarang rasa macam nak jadi suri rumah sepenuh masa sahaja. Urusan rumahtangga sahaja. Tetapi kesian suami pula tiada back up. Kos sara hidup tinggi. Pendapatan kecik.

    • Zulaikha Ali

      Hebatnya Diyana sanggup lepaskan semua tu untuk anak dan suami. Zue doakan diyana sekeluarga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ya.. InsyaAllah kena slow2 untuk biasakan diri dengan keadaan tu, lama-lama akan power manage masa =)

      Thumbs Up dear!

  10. Dlu kerja atas sbb tertentu skrg dh tak kerja. Kesian suami sorg tanggung keluarga. Rasa segan family in law n family sndiri. Saya hrp sgt dpt keje semula. …

  11. Zulaikha Ali

    InsyaAllah Puan Rakiah 🙂
    Apapun pilihan kita, itulah yang terbaik untuk keluarga.. semoga Allah permudahkan Puan ya =)

  12. Sy berkerja..perlu bekerja demi membantu suami..sy rasa surirumah sgt bertuah kerana jika ditny most of mother n wife mengimpikan duduk rumah membesarkan ank sendiri..lg2 golongan bawahan mcm kami..knp uols perlu rasa rendah diri pdhal kami yg bekerja ni ada yg ckp mementingkan duit dr anak2… So xkesah la siapa anda fulltime housewife ke partime housewife ke..uols ttp isteri dan mother…kita je tau ape kita lalui…

    • Zulaikha Ali

      Betul tu Nurul.. Saya pun dah rasa kedua-duanya, kerja dan surirumah =)
      Alhamdulillah Allah bantu saya buat keputusan demi kebaikan keluarga. Semoga Nurul juga sentiasa mendapat kebaikan daripadaNya.

Leave A Reply

CommentLuv badge