2 Kesan Utama Kurang Kalsium Pada Ibu Hamil Dan Bayi

2

Assalamualaikum

Kalsium ni memang satu mineral penting untuk ibu hamil untuk dapatkan kehamilan yang sihat. Bukan je penting dan baik untuk ibu hamil, malah untuk baby dalam kandungan juga.

Waktu pregnantkan anak sulung, pernah sekali kakzue kena kejang kaki yang orang kata simpul biawak tu. Masa tu, memang rasa nak nangis sebab suami takde. Tak pernah kena, sekali kena memang tak tahu nak buat apa.

Syukurlah sebab tak lama, rupanya baru kakzue tahu itu tandanya badan kita dah tak cukup sangat dah kandungan kalsium. Azabnya rasa sekali itu.

Berapa banyak yang diperlukan ibu hamil?

Dicadangkan untuk cukupkan pengambilan kalsium minimum 1200mg sehari. Kalau tak cukup, boleh timbulkan masalah sepanjang kehamilan akibat kurang kalsium.

Sebabnya, kalsium ni kerja dia bantu cegah pembekuan darah, bantu pembentukan tulang dan optimumkan kerja sistem saraf. Sebab tu bila kurang kalsium memang mudah badan kita sakit lenguh dan sebagainya.

2 Kesan Utama Kurang Kalsium Pada Ibu Hamil Dan Bayi

kesan kurang kalsium untuk ibu hamil

1# Kejang Kaki

Saban hari, perut kita makin membesar, bebanan pun makin bertambah. Ini akan akibatkan saraf-saraf kaki kita tertekan sampaikan kaki kita lebih cepat tegang.

Kalau kurang ambil kalsium, dan kandungan fosfor dalam badan kita tinggi, maka sebab tu mudah berlakunya kejang kaki waktu tidur, bahkan bila-bilapun mudah untuk kena. Sakit!

2# Sakit Gigi

Biasa berlaku, time pregnant ni macam-macam kes sakit gigi timbul. Kan? Bila si ibu kurang ambil kalsium, ini akan menyebabkan bayi terpaksa ambil kalsium yang ada di tulang dan gigi ibunya. Kalau dibiarkan, kalsium dalam tulang dan gigi ibu makin berkurang..tekalah apa jadi?

Yaaa… si ibu akan lebih cepat mendapat osteoporosis (tulang rapuh) dan lebih kerap sakit gigi di masa akan datang.

Apa Pula Kesan Kurang Kalsium Kepada Bayi Dalam Kandungan?

1# Pertumbuhan tulang dan gigi terbantut.

Bila bayi dilahirkan dan membesar, terdapat beberapa perkembangan bayi yang menjadi lambat seperti lambat duduk, lambat berjalan, lambat merangkak dan sebagainya.

2# Tulang ubun-ubun pun akan alami pertumbuhan yang lambat.

Part ni Kakzue memang perasan dan nampak beza antara anak pertama dan kedua, anak kedua lebih cepat semua di atas berbanding anak pertama. Hew, syukur rasa ambil kalsium terbaik ni waktu hamil anak kedua walaupun langsung tak minum susu tau!

Ada juga kajian yang sebut, bayi yang kurang kalsium ni lagi mudah kena darah tinggi. Fuh!

Amalkan makanan yang tinggi kalsium demi kebaikan ibu dan bayi. Semoga selamat sehingga melahirkan!

 

Salam Sayang,

KakZue

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge