Fasa Menopause Bagi Seorang Wanita. Adakah Saya Sedang Melaluinya?

Assalamualaikum

 

“Mama rasa mama dah menopause lah. Dah lama tak datang period, badan rasa panas je padahal oranglain elok je tak panas. Orang kata tu simptom menopause.”

Ujar mak saya ketika kami bertemu minggu lalu. Isu menopause bukan isu warga emas je, jangan terkejut bila saya katakan menopause ini boleh berlaku seawal usia 30an! Jadi nak tak nak kita perlu juga ambil tahu tentang menopause ni. Kenali awal tanda-tandanya supaya kita boleh bersedia.

Apa Itu Menopause?

Menopause ni maksudnya berakhirnya kitaran haid untuk seseorang wanita. Biasanya terjadi di kalangan wanita yang berusia lewat 40-an atau awal 50-an, namun ada juga yang melaluinya awal usia 30an. Jangan terkejut!

Menopause ni menandakan berakhirnya fasa kesuburan dalam hidup wanita tersebut. Maka ovari wanita berhenti menghasilkan telur dan menghasilkan kurang hormon wanita. Bila dah berakhir, itu bermaksud dia dah tak ada peluang nak hamil lagi.

Macam mana seorang wanita tu boleh rasa dia ada simptom-simptom atau gejala menopause ni?

Macam mak zue sendiri mengadu badan rasa panas-panas. Rupanya kawan mak bagitahu tu memang tanda-tanda nak menopause. Jadi zue pun banyakkan study bab menopause ni supaya dapat bantu mak dengan lebih lagi.

Apa tanda-tanda wanita bakal menghadapi menopause?

  • Haid yang tidak teratur
  • Vagina kering dan menyebabkan rasa sakit ketika bersama suami
  • Rasa panas
  • Berpeluh waktu malam
  • Sukar tidur
  • Perubahan mood
  • Pertambahan berat badan
  • Kulit kering
  • Rambut menipis
  • Kerapuhan tulang (osteoporosis)

Ini antara gejala menopause yang biasa dialami oleh wanita. Kalau perasan ada jadi kat diri sendiri, boleh cuba dapatkan kepastian doktor ye..

Ada juga wanita yang menangis bila dia disahkan telah menopause. Sebabnya, bila berlakunya menopause seseorang wanita akan rasa macam dah tak berguna dah pada suami.

Opss. Jangan begitu ye, jalani kehidupan seperti biasa pada yang dah menopause. Dan yang belum menopause dan sudah nampak tanda-tanda nak menopause boleh usaha nak lambatkan proses tersebut.

Apa Kesan Jangka Masa Panjang Menopause Terhadap Kesihatan Wanita?

Bukan mudahkan menjadi seorang wanita. Melalui fasa-fasa sakit period, senggugut, kemudian fasa mengandung, melahirkan dan menyusukan anak. Dan akhirnya fasa yang paling ditakuti iaitu fasa menopause apabila berlaku penurunan hormon estrogen dalam badan.

Semua fasa ini berikan kesan mendalam pada tubuh badan, kesihatan dalaman dan luaran seorang wanita. Sebab tu wanita perlu tahu cara yang betul menyayangi diri sendiri dan sediakan keperluan terbaik demi meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran.

Because you are special 🙂

3 Kesan Jangka Masa Panjang Menopause Terhadap Kesihatan Wanita

Osteoporosis

Salah satu akibat jangka panjang menopause adalah hilangnya kepadatan tulang yang berterusan dan pada akhirnya dapat mengakibatkan kepatahan atau keretakan pergelangan pinggul dan punggung.

Osteoporosis ni kita kata dia sebagai silent disease sebab tulang kita kehilangan mineral secara tak sedar dan menjadi rapuh tanpa kita tahu. Bila kita akan tahu tulang dah rapuh? Bila berlaku cedera kecil tapi boleh akibatkan pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang patah.

Kena tahu sebenarnya lelaki dan wanita akan capai puncak kepadatan tulang masa usia 20an. Kepadatan tulang mula susut bila dah masuk 3 series — 30an. Jadi sekarang ni adakah anda sedang berada dalam risiko berlakunya osteporosis?

Tekanan Darah Tinggi

Wanita di usia menopause juga berisiko alami tekanan darah tinggi (hipertensi) yang boleh menyebabkan stroke dan serangan jantung apabila tidak dicegah dan dirawat. Tekanan darah yang meningkat adalah salah satu faktor risiko yang paling penting terhadap penyakit jantung koroner dan stroke.

 

Penyakit Jantung ( Kardiovaskular) dan Strok

Semua perempuan, terutama setelah menopause perlu berhati-hati dan mengenali gejala-gejala serangan jantung kerana hormon estrogen telah berkurang. Hormon ini bersifat melindungi dan membuat pembuluh darah jantung lebih lebar dan mengurangi risiko penyakit jantung. Namun, apabila hormon estrogen menurun, risiko terkena penyakit jantung meningkat dua hingga tiga kali ganda.

Satu fakta menyebutkan, wanita yang dah melebihi usia 50an akan lebih terdedah dengan kematian akibat penyakit jantung berbanding penyakit kanser. Macam mana boleh terjadi begini?

Bila berlakunya menopause, badan kita telah kehilangan kesan perlindungan estrogen terhadap pembuluh darah dan peningkatan kolesterol HDL baik. Sebab itu akan lebih mudah terjadinya masalah jantung dan serangan strok lebih daripada serangan kanser.

Apa Persediaan Terbaik Untuk Melalui Fasa Menopause Ini?

Setiap wanita harus bersedia untuk menghadapi fasa menopause ini. Dan usahlah pasrah dengan membenarkan gejala menopause memberi kesan kepada kehidupan.

Segalanya boleh diatasi jika kita bersedia dari awal.
gejala menopause wanita

 

Set Amazing Golden ini direka khas untuk wanita di setiap peringkat umur, termasuk juga yang bakal, sedang dan telah memasuki fasa menopause. Ia terdiri dari:

Vivix :

  • Tonik anti penuaan yang terbukti secara sains.
  • Memperbaiki sel hingga ke DNA.
  • Membantu melembutkan kulit dan membantu kehidupan suami isteri.

GLA Complex :

  • Membantu mengatasi permasalahan hormon wanita.
  • Diformulasi khas untuk membantu wanita mengekalkan kesejahteraan menyeluruh sepanjang kitaran haid bulanan.

Omega Guard :

  • Membantu mengurangkan keradangan.
  • Membantu dalam ketumpatan tulang.
  • Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.

Ostematrix :

  • Menguatkan matrix tulang untuk mengelakkan osteoporosis.
  • Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina-tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Vita-Lea :

  • Multi vitamin dan multi mineral yang membantu menjaga fungsi tubuh secara keseluruhan.
  • Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

Vitamin C :

  • Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.

B Complex :

  • Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.

Energizing Soy Protein (ESP) :

  • Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

Sebagai menyokong pengambilan suplemen di atas, seorang wanita itu mestilah juga melakukan senaman dan mengambil pemakanan yang berkhasiat dan seimbang.

Selain membantu meningkatkan kualiti dan pelaburan kesihatan kita di menjelang usia emas, nah bulan ini ada SPECIAL OFFER buat anda yang rebut peluang memiliki SET AMAZING GOLDEN ini.

Setiap pembelian SET AMAZING GOLDEN ini anda bakal menerima :

  • Keahlian percuma
  • Cashback bonus
  • Paling istimewa, anda layak grab FERRANO PERSONAL BLENDER dengan DISKAUN 50 % !

ferrano smoothie blender terbaik

BERAPA NILAI PELABURAN KESIHATAN YANG AMAT BERBALOI INI ?

Set ini hanya berharga *RM 1241.98 sahaja dan anda memiliki kesemua 8 jenis suplemen ini dan tiga keistimewaan di atas!

*Harga tidak termasuk Ferrano Personal Blender

SAYA BERMINAT!

BAGAIMANA SAYA NAK DAPATKAN SET INI SEKARANG?

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke SET AMAZING GOLDEN ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. Pembelian boleh dilakukan menggunakan kad kredit juga.

Cara 2 – Sila hubungi Puan Zulaikha ditalian 018-3164133 untuk terus mendaftar ahli dan dapatkan konsultasi tentang tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Muar dan Tangkak, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Muar dan Tangkak.

Alhamdulillah, mak memang dah amalkan set ni hampir 2 tahun. Semoga mak terus sihat melalui fasa usia emas dan dapat fokus pada ibadah dengan baik. Aameen. 🙂

ISI FORM INI UNTUK DAPATKAN KEAHLIAN PERCUMA DENGAN PEMBELIAN SET AMAZING GOLDEN INI.

 

order shaklee

Zulaikha

Ibu anak dua, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge