3 Faktor Rahim Tidak Mengecut Selepas Bersalin Boleh Akibatkan Tumpah Darah

0

Tumpah darah selepas bersalin adalah satu dari penyebab utama kematian ibu di Malaysia dan juga di negara yang sedang membangun.

WHO menganggarkan hampir 529 000 ibu mati akibat tumpah darah setiap tahun di seluruh dunia dan majoritinya (99%) adalah dari negara yang sedang membangun dan apa yang mengejutkan ialah kebanyakkan dari kematian itu boleh dielakkan.

5 PUNCA UTAMA TUMPAH DARAH SELEPAS BERSALIN

1.  Rahim tidak mengecut — rahim menjadi malas dan tidak bertidakbalas (atony uterus)

2. Luka dan koyak perineum, vagina atau serviks akibat bersalin

3. Lekatan Uri yang luar biasa — Uri susah tanggal (retained placenta), Uri dibawah (placenta previa)

 

4. Uri terlepas dari lekatan rahim (Placenta abruption)

5. Masalah sistem pembekuan darah

3 Faktor Rahim Tidak Mengecut Selepas Bersalin Boleh Akibatkan Tumpah Darah

1. Melahirkan bayi lebih dari lima anak.

Rahim ibu yang telah mengandung lebih dari lima kali, mengalami proses ‘wear & tear’ dimana serat otot otot rahim telah pecah dan menjadi kembang. Otot otot rahim menjadi tidak elastik dan tidak boleh melenting balik jika ia ditarik dan dilepaskan.

Oleh itu, selepas bersalin, otot otot rahim tidak dapat mengecut balik dengan baik, menyebabkan salur darah yang terbuka tidak dapat di tutup dengan ketat, menyebabkan perdarahan yang serius.

Ibu yang mengandung banyak kali juga berisiko untuk mendapat lekatan uri yang luar biasa seperti lekat uri dibawah rahim (placenta previa) yang boleh menyebabkan tumpah darah yang serius selepas bersalin.

rahim-kecut-selepas-bersalin

2. Rahim terlalu mengembang akibat bayi yang besar, terlebih banyak air tetuban, kandungan kembar, kandungan luar biasa.

Rahim yang terlalu besar akan menyebabkan serat otot otot rahim menjadi ‘overstretched’ dan tidak bertidakbalas selepas rahim dikosongkan. Akibatnya salur darah yang terbuka tidak dapat ditutup dengan berkesan dan berlaku tumpah darah

3. Ibu mengambil ubatan alternatif untuk memudahkan bersalin dan mempercepatkan proses kelahiran.

Ramai ibu mengandung terutamanya ibu muda hari ini mengambil ubat ubatan alternatif seperti homeopathy dan sebagainya bertujuan untuk memudahkan proses bersalin tanpa mengetahui kandungan sebenar ubat berkenaan.

Dari kes yang berlaku, ramai ibu mengalami komplikasi selepas bersalin kerana tumpah darah yang teruk. Ini adalah kerana ubat-ubat ini boleh mengganggu kecutan otot otot rahim atau mempercepatkan kecutan sehingga otot otot rahim menjadi letih dan malas untuk bertindakbalas selepas bersalin.

Ada juga yang menyebabkan rahim pecah akibat kecutan yang terlalu kuat sebelum bayi dilahirkan dan menyebabkan kematian ibu dan juga bayi. Ada juga yang doktor terpaksa membuat pembedahan segera dan membuang rahim ibu berkenaan untuk menyelamatkan nyawanya.

Ikuti kisah dan pengalaman wanita ini yang terpaksa dibuang rahim akibat pendarahan teruk selepas bersalin. Semoga kita semua dipelihara Allah dan dijauhkan dari bahaya. Selamat melahirkan dan selamat berpantang buat ibu-ibu yang bakal bersalin 🙂

 

Salam Sayang,

UmmuAyyash | Zulaikha Ali

ummuayyash87@gmail.com

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge