Alhamdulillah.

Assalamualaikum 🙂

Kembali mula mengatur jari di atas papan kekunci mempersembahkan setiap luahan rasa dan jiwa. Hampir 2 bulan memberi fokus kepada perkara lain dan sekarang… tiba masa untuk kembali menulis semula memanjangkan pahala. 🙂

Alhamdulillah.

Terlalu banyak perkara yang berlaku selama hampir 2 bulan ni.

Paling indah, dikurniakan seorang lagi hero sebagai penyeri keluarga kami.

Kembali memulakan perjalanan penyusuan susu ibu secara eksklusif buat anakanda Ubaidah.

Alhamdulillah.

Perjalanan kehamilan yang sangat indah dan mudah, di tambah juga dengan fasa melahirkan yang juga dipermudahkan Allah.

Supaya ummy nanti tak terlupa dimamah usia, ummy catat disini sahaja sebagai coretan kenangan.

Ayyash :

+ Lahir 36w 6d, induce sebab ketuban pecah tapi jalan tak buka.

+ Berat 2.4kg

+ Induce jam 3.30 petang, mula sakit selepas asar, jam 8 malam masuk labour room.

+ Jam 9.03 malam Ayyash selamat menjengah dunia.

+ Kena gunting, sakit T__T

Miqdad :

+ Lahir 39w 5d, natural contraction, berat 3.4kg

+ Lahir bulan Ramadhan, lepas berbuka dah start rasa sakit.

+ Lepas tarawih bergegas ke hospital.

+ Sampai-sampai bukaan dah 6 cm, jam 10.30 masuk labour room, jam 11.45 malam selamat melahirkan.

+ Takde gunting, jahit pun buat syarat je.

+ Miqdad jantung berlubang, detect masa umur sebulan.

Ubaidah :

+ Lahir 39w 3d, natural contraction, berat 3kg.

+ Lahir bulan Syawal, puas ummy beraya sakan makan macam-macam.

+ Sampai hospital bukaan baru 3cm. Masuk wad dulu.

+ Jam 6 petang masuk labour room, bukaan 5cm.

+ Jam 6.30 petang doktor pecahkan ketuban, jam 7.16 petang selamat melahirkan.

+ Takde episiotomi, Takde koyakan cuma luka sikit dan jahit bagi cantik je.

 

Baby Ubaidah

Baby Ubaidah

 

 

Alhamdulillah.

3 anak dengan 3 pengalaman berbeza, walaupun dari satu rahim yang sama. Maha suci Allah.

Terima kasih ya Allah atas pinjaman berharga.

Bantu kami menjalankan amanah kami sebaiknya.

Allahumma faqqihna fiddin. Wa ‘allimna attakweel.

 

Berkati kami ya Allah.

Dunia dan akhirat.

Aameen.

 

Salam Cinta,

UmmuAyyash♥

Zulaikha

Ibu anak dua, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge