5 Petua Boleh Cuba Untuk Hilangkan Batuk Dan Selsema Bayi

0

Assalamualaikum

Lamanya dah tak update blog ni. Masih belajar nak adapt dengan 3 hero hensem kat rumah ni. Dah 5 hari si kecik Ubaidah ni selsema dan batuk. Berjangkit dari abang Miqdad dia la ni, mana taknya, kejap-kejap datang cium adik dia. Batuk pun betul-betul depan muka adik dia. -_-

 

Dalam hati ummi dah agak dah, kompem berjangkit dengan budak kecik ni, imun baby belum kuat lagi nak tahan virus-virus ni. Tak lama lepas tu dengarla soksek soksek dan batuk si kecil tu. Maka bermulalah kerisauan dan galau gundah hati ummi. Abang Miqdad senang hati walau batuk selsema masih boleh aman menelan minyak ikan omega, Nutriferon dan vitamin C. Maka gigihlah ummi meminta petua-petua untuk hilangkan kahak dan selsema baby ni.

5 Tip Dan Petua Anda Boleh Cuba Untuk Atasi Batuk Dan Selsema Bayi

Petua 1 : Garlic Oil

petua batuk selsema baby 3

Hat ni ummi yakin ramai mak-mak dah tahu remedies untuk hilangkan batk dan kahak baby secara semulajadi. Mak-mak sekarang up to date ape,hehe. Ummi pun gigihlah ambil lesung batu dan ketuk-ketuk sikit bawang yang dah dibakar (sedikit) dan campurkan ke dalam minyak zaitun.

 

Jangan buat banyak sangat sebab garlic oil ni boleh tahan dalam 2-3 hari je. Lepastu buat la baru. Rajin sikit ye mak 😂

 

Then sapu la garlic oil tadi di bahagian dada dia, belakang badan, di pelipat-pelipat sendi, di tapak kaki dan betis dia. Kalau ummi, asal kering je minyak tu, sapu lagi. Everytime. Nampak dia lebih lena dan selesa nak tidur lepas tu. Jangan lupa pakaikan stokin ye.

 

Petua 2 : Mandi Air Suam + Lemon

petua batuk selsema baby 2

Boleh buat setiap pagi dan petang. Ambil sebiji lemon dan potong nipis dalam air suam dan ramas-ramaskan supaya sebati bau dan rasa. (Amboi, macam nak masak pulakkan). Sedap bau dia, masa mandikan baby Ubaid dengan air lemon ni, dengan ummi sekali rasa nak mandi berendam dalam tu. Fresh bau dia!

 

Petua 3 : Dauh Sireh

 

Cara dia mudah je. Ambil 2 helai daun sirih, layurkan atas api dan tekapkan di bahagian dada baby dan bahagian belakang baby. Setakat try kat baby Ubaid, nampak cara yang ni pling buat baby selesa tidur malam dan cairkan kahak dia. Boleh buat pagi, malam dan sebelum tidur malam.

 

Petua 4 : Tepuk Percussion

 

Yang ni ummi belajar dengan fisio yang buat kat Miqdad masa Miqdad kerap admit wad dulu disebabkan masalah diaphramatic hernia. Alhamdulillah lepas operation dah takde dah admit wad. Syukur T__T

 

Cara tepuk belakang dengan lengkungkan sikit tapak tangan dan tepuk perlahan belakang baby. Kerapkan tepuk supaya dapat bantu cairkan kahak dan kahak tak berkumpul satu tempat. Pesan fisio tu, kerapkan tukar posisi baby yang batuk berkahak ni supaya kahak tu tak berkumpul satu tempat.

 

Petua 5 : Kunyit

petua batuk selsema baby

Ambil ibu kunyit dan tumbuk, ambil air dia dan sapu kat batang hidung baby. InshaAllah bantu legakan pernafasan dia dan keringkan hingus.

 

After all this petua, baru nampak macam kahak tu dah mula cair. Tandanya bila tengok hingus tu dah mula mengalir keluar dari hidung. Terus ummi ambil penyedut hingus tu dan sedut sluuuuurrrrpppp sepuas hati sampai dah takde dengar bunyi hingus tu. Puas. Dan baby pun tersenyum manissss pada ummi tanda terima kasih. Yeaaaayyy. Lega ummi tengok Ubaidah makin lena tidur.

 

 

Alhamdulillah!

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge