Betul Ke Kebas Tangan Tanda Sakit Jantung?

0

Assalamualaikum

Bulan lepas mak makin kerap bagitahu tangan mak asyik kebas-kebas sampai sentuh pun tak terasa apa. Naik risau pulak kita yang mendengarnya ni. Untuk pengetahuan, rekod kesihatan mak sangat cemerlang dan cantik, cuma part kolestrol je agak tak lawa (di border). Haa..yang ni nanti saya cerita kemudian kenapa.

Bila tangan mak kebas-kebas, banyak kerja yang mak tak dapat nak buat. Disebabkan risau sangat, ajaklah mak pergi buat cek up di klinik kesihatan. Mak kena puasa dan ambil darah, dan Alhamdulillah bila result darah keluar, semuanya normal dan cantik! Takde apa masalah.

Mula-mula doktor sebut, risau kebas tangan tu mungkin berpunca dari diabetes. Tapi Alhamdulillah mak takde diabetes dan result darah pun cantik je. Kemudian doktor comfirmkan yang kebas-kebas tangan mak tu disebabkan saraf yang dah rosak (akibat penuaan yang berlaku) dan doktor bagi vitamin je untuk mak makan.

 

Kebas pada jari dan sekitar tangan adalah perkara biasa yang boleh berlaku terutama ketika cuaca sejuk atau posisi tangan tidak betul ketika tidur.

Kebiasannya ia berlaku seketika dan pulih secara sendiri. Namun, ia juga boleh disebabkan pelbagai masalah kesihatan lain jika simptom berterusan.

Cetusan rasa kebas itu digambarkan seperti tusukan jarum pada hujung jari. Lama-kelamaan cetusan rasa kebas itu menjadi sakit dan tidak selesa.

Menurut Perunding Ortopedik, Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Beacon Dr Terence Tay Khai Wei, antara masalah kesihatan yang dikenal pasti ialah sindrom Terowong Carpal atau lebih dikenali Carpal Tunnel Syndrome (CTS).

“CTS ialah penyakit berkaitan saraf dan apabila saraf terganggu atau tidak berada dalam keadaan sewajarnya tangan khususnya pergelangan dan jari berasa kebas serta tidak selesa.

“Terletak di bahagian nadi pada pergelangan tangan manusia, ada bahagian yang membentuk seolah-olah terowong atau lebih dikenali sebagai Terowong Carpal.

“Di dalam terowong ini, banyak beberapa tisu penting yang melaluinya termasuk saraf. Dalam keadaan tertentu, saraf ini akan terhimpit menyebabkan kebas terutama pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian daripada jari manis.

“Kawasan itu yang dikawal saraf di dalam terowong terbabit. Kesakitan akan berlaku disebabkan kawasan terowong yang menjadi sempit berikutan tisu sekeliling mengembang lalu menghimpit saraf berkenaan.

“Ia juga boleh berlaku pada kedua-dua tangan dan bukan hanya pada tangan yang dominan,” katanya.

Masalah obesiti, diabetes, penyakit artritis, mereka yang pernah mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan wanita hamil adalah antara peratus golongan tertinggi mengalami CTS ini.

“Lazimnya CTS ini berlaku dalam kalangan warga emas dan mereka yang mempunyai masalah berat badan. Ini disebabkan faktor usia dan pertambahan lemak menyebabkan saraf pada terowong itu menjadi sempit.

“Begitu juga mereka yang kerap menggunakan pergelangan tangan ketika bekerja seperti atlet sukan raket dan golongan pekerja yang menggunakan mesin jenis bergetar setiap hari.

“Peratusan wanita yang mengalaminya pula tiga kali lebih tinggi berbanding lelaki. Ia berlaku kerana pergelangan tangan wanita lebih kecil tetapi saiz terowong yang sama seperti lelaki membuatkan saraf di bahagian terbabit cenderung untuk terhimpit,” katanya.

Namun sejak kebelakangan ini makin ramai golongan muda seawal usia 20-an mengalami CTS kerana terlalu lama menaip mahupun melayari Internet di komputer. Begitu juga yang sentiasa menggunakan gajet seperti tablet dan telefon pintar.

Bagi mengurangkan simptom atau rasa sakit yang dialami, Dr Tay menyarankan pengambilan vitamin seperti B6 dan B12.

“Pemeriksaan daripada simptom dan ujian fizikal dapat mengenal pasti tahap serius CTS pada seseorang pesakit. Ujian elektrofisiologi antara cara yang boleh dijalankan untuk mengesahkannya.

“Untuk jenis CTS yang ringan dan tidak serius, pesakit disarankan mengambil vitamin terutama B6 dan B12. Tetapi jika ia berlarutan, rawatan lain akan diberikan seperti suntikan steroid setempat bagi melegakan kesakitan.

“Namun jika rawatan itu tidak berkesan, pembedahan kecil pada pergelangan tangan akan dilakukan.

sumber

Cara Hilangkan Kebas Tangan

Lega lepas tahu result darah mak takde apa yang serius. Jadi saya terus pesan lagi pada mak, konsisten ambil suplemen tu dan alhamdulillah. Mak kata sejak konsisten betul-betul dengan suplemen ni kebas-kebas tangan mak dah takde lagi. Syukurrr.

3 Suplemen Penting Untuk Hilangkan Kebas Tangan

Omegaguard

kebas tangan 1

Minyak ikan berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf. Rasa kebas juga boleh disebabkan oleh masalah sistem saraf yang lemah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan.

Oleh itu ia dapat mencegah arthritis, memelihara fungsi sendi dan gout dengan efektif. Omega Guard Shaklee adalah bebas daripada logam berat kerana telah melalui proses penyulingan yang ketat dan terkawal.

Ostematrix

kebas tangan

Kekurangan kalsium merupakan salah satu sebab terjadinya gejala kebas jari, tangan dan kaki. Ostematrix mengandungi kalsium, megnesium, fosforus, zinc, vitamin D, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetangah mineral.

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan dan sakit sendi. Dan juga mengimbangi tekanan darah.

Ia juga sangat berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang dan gigi. Ia juga menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang dan kebas, juga melancarkan pembuangan bahan buangan dalam badan.

B Complex

kebas tangan 2

Rasa kebas pada anggota badan merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin B12. Jadi, pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12. B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap.

 

Alhamdulillah.

Inilah set kebas tangan yang mak konsisten sampai sekarang. Tambah pula mak asyikla suka minum jus anggur kegemaran beliau. Seronok tengok mak sihat 😀

Ada masalah yang sama dan nak cuba atasi dengan set suplemen ni?

Dapatkan Set Suplemen Kebas Tangan :

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke Set Kebas Tangan ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 – Sila hubungi Puan Zulaikha ditalian 018-3164133 untuk mendapatkan konsultasi tentang tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Muar dan Tangkak, saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Muar dan Tangkak.

order shaklee

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge