Pengalaman Pertama Lakukan Ujian Pap Smear – Wanita Wajib Buat!

0

“Puan, nanti lepas habis pantang boleh buat ujian pap smear ye..puan dah 3 orang anak kan? Belum pernah buat ujian ni kan? Better buat ye. Apa-apa kita boleh kesan awal.”

Tersusun je ayat doktor berpesan pada patient nya ini mengingatkan untuk buat ujian pap smear. Dan kalini hati nekad nak juga buat, sebelum ni banyak mengelat! hehe. Mungkin ramai lagi wanita yang dah tahu tapi belum sedar pentingnya lakukan ujian pap smear ni lebih-lebih lagi bagi yang dah berkahwin.

Kalaulah kita tahu yang setiap minit, seorang wanita disahkan menghidap kanser serviks di dalam dunia. Bahkan, kanser tersebut merupakan pembunuh kedua tertinggi wanita di Malaysia selepas kanser payudara! Kanser serviks atau kanser pangkal rahim boleh menyebabkan keseluruhan rahim dibuang dan menyebabkan wanita itu tidak boleh mengandung lagi. Malah pengesanan yang lambat juga boleh meragut nyawa akibat keseriusan kanser tersebut.

Menakutkan, bukan?

Apa itu Ujian Pap Smear?

Pap-Smear

Ujian PAP ini juga dikenali sebagai Pap Smear (ujian papanicolaou). Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks. Kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser.

Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Ujian pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.

Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara dua hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap tiga tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks.

Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh. Di samping itu juga, semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan. Tahukah anda bahawa prosedur pap smear ini begitu cepat, iaitu kurang lima minit masa diambil untuk menjalani ujian tersebut dan ia tidaklah menyakitkan seperti yang sering digambarkan, cuma ada sedikit rasa tidak selesa.

Bila & Siapa Sebaiknya Melakukan Ujian Pap Smear?

Sepatutnya kena buat ujian pap smear setelah kita mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear, melainkan pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.

Prosedurnya Pap Smear

alat pap smear

  • Selepas seluar dalam ditanggalkan, kita perlu berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan. (macam nak bersalin tu)
  • Spekulum (seperti dalam gambar rajah) akan dimasukkan ke dalam vagina untuk ‘membuka’ laluan.
  • Doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel daripada dinding servik.
  • Sampel ini akan dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.

Persediaan Sebelum Buat Pap Smear

  • Tak bersama dengan suami malam sebelumnya atau dalam tempoh 24 jam sebelum ujian.
  • Bukan dalam keadaan period, paling sesuai 10 hari selepas period.

Lepas buat pap smear semalam tu hati terus rasa lega sangat sebab dah tunaikan satu kewajipan pada diri. Apapun result yang bakal diterima, semoga semuanya baik-baik je. Dah, korang jangan buat-buat lupa tarikh nak buat ujian pap smear ni, gi cek cepat! 😛

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge