Saya Dan Masalah Anxiety Disorder

0

Assalamualaikum

Nak cerita pasal anxiety disorder ni, rupanya anxiety ada banyak jenis. Antaranya general anxiety disorder (GAD), Panic attack (PA), Panic Disorder (PD), Social disorder (SD) dan anxiety disorder (AD).

Kenapa harini saya nak cerita pasal ni?

Sebab saya tahu ramai yang alami benda ni tapi dia sendiri tak sedar. Macam saya, dah alami benda ni sejak hampir 20 tahun yang lalu. Tapi baru harini sedar pernah ada penyakit ni.

Orang yang ada anxiety ni dia ada simptom macam kat bawah ni :

– Jantung berdebar laju
– sesak nafas
– rasa tak puas tarik nafas
– menggigil
– kaki tangan sejuk
– susah nak menelan
– dan lain lain

Trigger untuk penyakit AD ni ada macam-macam dan ia berbeza untuk setiap orang.

Pengalaman sendiri, saya dulu jenis habis exam, mulalah fasa-fasa AD yang tak terkawal.

Saya Dan Masalah Anxiety Disorder

Takut tak lulus lebih-lebih lagi exam besar, takut tak dapat capai apa yang kita nak. Sampai tak lalu nak makan, kemurungan sepanjang masa sampai mak pun risau tengok keadaan kita.

Benda ni berlarutan dan nampak sangat tak terkawal waktu saya nak ambil lesen memandu. This is the part yang saya rasa sangat teruk dalam hidup saya. (Part ni langsung tak pernah cerita kat sesiapa even mak ayah, suami dan family, baru harini saya kongsi secara terbuka disini)

Bayangkan, setiap hari nak pergi latihan memandu (even cikgu memandu tu perempuan) saya rasa setiap masa jantung saya akan berdegup laju, kaki tangan sejuk menggigil, jantung rasa macam nak tercabut, solat langsung tak boleh nak khusyuk sebab terlalu fokus rasa takut nak driving. Otak 24 jam memang fikir pasal drive saja.

Benda ni terkesan sangat pada diri saya. Ketakutan sentiasa menghantui diri.

Buatlah apapun, zikir ke mengaji ke semua tu tak boleh nak tenangkan hati saya dari ketakutan ni tadi.

masalah anxiety

 

Kemuncak Anxiety Disorder

Kemuncaknya saya dapat rasa bila saya accident di Kelantan. Masa tu join kursus bahasa di PBA (Pusat Bahasa Arab) dan kawan-kawan yang sama di PBA masa tu mesti tahu cerita ni (rindu kawan-kawan PBA, banyak kenangan pahit manis😂)

Kisahnya kawan minta tolong bawa ziarah adik dia di Pulau Melaka dan bawak gi shoping di KB. waktu nak pergi ok semua walaupun masa ni dah ketaq habis dah. Ribut taufan dalam hati tapi buat-buat cool depan orang. Serius rasa nak tumbang.

Dalam perjalanan balik, sebab terlalu resah gelisah sangat, tambah pulak tersesat jalan (masa ni takde gps ke apa entah, tapi memang tak reti lagi apa benda maps ke apa). Bila stress level meningkat, otak pun dah tak boleh nak fikir waras, drive pun macam tak tentu arah, last – ACCIDENT.

Ya Allah.

Panjang lagi kisah lepastu kami kena angkut naik ambulans dan macam-macam lagi. (Ia jadi hari yang sangat panjang ….)

Pendekkan cerita, lepas kejadian tu.. terus trauma dan fobia nak pegang stereng. Tiapkali naik kereta berdebar. Terbayang macam-macam benda buruk dalam kepala.

Pegang stereng? Terus rasa nak luruh jantung

Ya Allah. Teruk sungguh rasanya tapi yang merasa pasti faham kan. Rasa susah sangat nak handle rasa tu. Saya sendiri struggle nak hadapi benda ni.

Alhamdulillah, sekarang saya boleh kata 90% dah takde rasa anxiety disorder ni. Macam mana saya boleh atasi ketakutan ni?

Ia juga cerita yang agak panjang …saya akan kongsikan nanti.

Apapun, jangan biarkan ketakutan menghantui diri anda.

Zulaikha
Pernah trauma pegang stereng

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge