3 KESAN STRESS IBU HAMIL KEPADA BAYI DIDALAM KANDUNGAN

0

Stress pada ibu hamil akan memberikan kesan negatif bahkan berbahaya bagi pertumbuhan dan perkembangan janin dalam kandungan, juga sangat mempengaruhi perkembangan otak janin. Oleh sebab itu, bagi ibu hamil yang sedang hamil, sangatlah penting menjaga kesihatan kehamilannya, baik kesihatan mental ibu mahupun fizikalnya. Stress merupakan suatu keadaan ketegangan yang berpengaruh terhadap emosi , proses berfikir serta kondisi diri seseorang.

Keadaan psikologi ibu hamil selama menjalani tempoh kehamilan memang lebih ‘fragile’. Ada sahaja perkara yang akan membuatkan emosi ibu bercampur baur, mungkin kesan daripada perubahan hormon yang bermacam-macam ketika hamil.

3 Kesan Stress Ibu Hamil Kepada Bayi DiDalam Kandungan

Ibu hamil sangat diingatkan untuk menjaga emosi disaat kehamilan, demi menjaga kesihatan ibu dan bayi yang bakal dilahirkan kelak. Terdapat banyak perkara yang akan berlaku kesan daripada stress melampau ibu ketika hamil kepada bayi didalam kandungan.

Antara kesan stress ibu hamil kepada bayi didalam kandungan :

1# Meningkatkan risiko alergi kepada bayi

Penelitian dibuat dan dinyatakan bahawa stress ibu hamil dapat meningkatkan risiko alergi kepada bayi didalam kandungan. Perkara ini berlaku apabila ketika mana ibu hamil berada dalam keadaan stress, maka janin akan menyerap hormon kortisol yang dihasilkan oleh ibu hamil seawaktu mengalami stress. Dan bayi yang memiliki kadar hormon yang tinggi itu akan mempunyai risiko yang lebih untuk menghidap alergi.

2# Meningkatkan risiko keguguran

Stress atau tekanan perasaan yang melampau memang kan beri kesan buruk kepada ibu hamil dan bayi didalam kandungan, antaranya adalah keguguran. Sebaiknya ibu hamil sentiasa cuba belajar mengawal emosi dan jangan membiarkan diri anda berada dalam tekanan melampau, dapatkan sokongan suami dan keluarga.

3# Menjejaskan sistem imun bayi

Menurut kajian, ibu hamil yang selalu alami tekanan perasaan ataupun stress  berlebihan dapat melemahkan sistem pertahanan badan bayi ketika berusia 6 bulan. Untuk itu ibu hamil dinasihatkan agar menjaga sebaiknya pemakanan dan lengkapkan nutrisi yang diperlukan ibu dan bayi semasa tempoh kehamilan.

Ibu-ibu,

Ada petua sebut yang kalau nak dapatkan anak yang mudah dijaga tanpa banyak ragam, caranya adalah dengan bermula dari ibu sendiri. ibu-ibu yang bijak mengawal emosi ketika hamil, inshaAllah anak tak banyak ragam dan mudah diurus. Dan sebaiknya dalam tempoh kehamilan, lazimilah membaca Al Quran dan lagi bagus kalau dapat khatamkan Al Quran sebanyak mungkin. Wallahua’lam.

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge