3 Penyebab Mati Mengejut Yang Ramai Orang Tak Perasan.

3

Bismillah.

Assalamualaikum semua 🙂

Kebelakangan ni banyak kes kematian mengejut yang lalu kat newsfeed Zue. Dan apa yang sangat mengejutkan, puncanya bukan sebab sakit kronik, bukan sebab eksiden, bukan sebab kena bunuh. Tapi hanya kerana ‘sakit kepala’ yang dipandang remeh oleh kita.

Tersentak Zue baca kisah-kisah kematian mengejut tu. Sebab zaman sekolah dulupun sangatlah kerap kena sakit kepala ni. Tapi memang Zue tak ambil apa-apa ubatpun, ubat Zue mudah je — tidur. Mujurlah tidur yang masih boleh bangun. Kalau jadi macam kes kat bawah ni, tidur tak bangun-bangun???

#KES 1

aminah ahmed


 

aminah-ahmed


 

#KES 2

aminah-ahmed-2


#KES 3

saraf pecah

 

 

APA ITU ANEURISME OTAK

Mungkin ramai dikalangan kita yang ambil remeh bab-bab ‘sakit kepala’ ni. Yelah, bukan susahpun. Bila sakit kepala, mudah je..telan 2 biji panadol..terus ok,kan? Upss. Zue sendiri tak gemar ambil panadol ni, rela tidur je sebagai ubat.

TETAPI AWAS!

Sebabkan sikap kita yang suka ambil remeh nilah buat kita akan menyesal seumur hidup. Sakit kepala yang datang menyerang kita tu BERKEMUNGKINAN salah satu tanda atau gejala kita berhadapan dengan penyakit Aneurisme Otak — satu penyakit yang tak famous pun, tapi boleh akibatkan kematian!

APA ITU ANEURISME OTAK

Aneurisme otak atau dipanggil sebagai aneurisme cerebral ini adalah keadaan dimana terdapat pelebaran pembuluh darah pada otak. Pelebaran ini akan berlaku terutama pada persimpangan arteri besar atau lebih dikenali sebagai lingkaran willis.

Pelebaran yang terjadi pada pembuluh darah tersebut terjadi akibat lemahnya dinding arteri dan akan menjadi seperti belon yang menggelembung dan boleh mengakibatkan pendarahan otak sekiranya gelembung itu pecah dan boleh membawa kepada kematian!

PENYEBAB ANEURISME OTAK

3 PENYEBAB MATI MENGEJUT YANG RAMAI ORANG TAK PERASAN

3 sebab mati mengejut

Aneurisme otak ni sikitpun tak berkaitan dengan genetik atau keturunan. Siapa golongan yang berisiko untuk hadapi penyakit aneurisme otak ni?

1# Gaya Hidup Yang Tidak Sihat

-MEROKOK

Kajian mendapati bahawa orang yang merokok menghadapi kemungkinan terkena aneurisme otak 10 kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang bukan perokok. Tapi kita yang tak merokok ni pun tak terlepas daripada risiko ni.

-STRESS & TEKANAN HIDUP

Manusia ni macam-macam perkara boleh jadi asbab untuk dia stress. Ada yang stress sebab nak exam, takut tak lulus semester, kena repeat paper, stress dengan bebanan kerja, dengan kos sara hidup, dengan 1001 sebab yang ada.

Bila stress mulalah yang student tu tak cukup tidur malam semata-mata nak pulun studi, berjaga malam sampaikan badan tak cukup rehat. Emosi tertekan, sistem dan organ dalam badan pun terkesan juga tau.

-SENAMAN & PEMAKANAN

Kalau dah risau susah hati sangat dengan masalah-masalah atas tu..rasanya tak sempat dah nak fikir pasal senaman ke, makan pun ala kadar je, tak ambik kira dah berkhasiat ke tak. Cukup nutrisi untuk badan ke tak. Asalkan kenyang je. Bila dah macam ni, makanya ia menjemput pula penyebab aneurisme seterusnya.

2# Tekanan Darah Tinggi ( Hipertensi )

Bila tengok sebab-sebab dalam point pertama tadi, itulah juga punca datangnya penyakit arah tinggi ni. Bila dah ada darah tinggi,maka berhati-hatilah! Sebab aneurisme otak juga disebabkan oleh penyakit yang satu ni. Sebab tulah anda perlu menjaga kadar tekanan darah supaya tidak menjadi punca terjadinya aneurisme otak.

3# Kolesterol Tinggi

Zaman sekarang ni penyakit dah tak kira usia.. Orang kurus pun bukan jaminan takde kolestrol tinggi ye. Kalau tak percaya cuba pergi cek dekat klinik tu. Diet dalam makanan pun tak jaga.. memang berisiko dapat kolestrol tinggi ni.

Dalam beberapa kajian yang pernah dilakukan, terdapat bukti bahawa kadar kolesterol yang tinggi juga menjadi salah satu sebab seseorang terkena aneurisme otak !

APA GEJALA AWAL ANEURISME OTAK?

Dalam kes aneurisma otak kecil, gejala mungkin tidak dapat dikesan dan keadaan ini biasanya dapat dikesan hanya apabila kebetulan melakukan pemeriksaan kesihatan. Cuma adakalanya, sejumlah kecil darah dapat bocor dari aneurisme dan menyebabkan sakit kepala teruk yang datang tiba-tiba.

brain aneurysm

Sebelum aneurisme pecah, pesakit biasanya tidak mengalami gejala, namun ketika kepala ditekan, pesakit mungkin akan mengalami beberapa gejala berikut :

Gejala yang berlaku apabila aneurisme otak belum pecah :

  • Sakit kepala
  • Masalah penglihatan
  • Gangguan atau masalah berfikir
  • Kesukaran bertutur
  • Kesukaran menyimpan memori jangka pendek
  • Perubahan perilaku mendadak
  • Sukar untuk fokus
  • Kehilangan keseimbangan
  • Lelah

GEJALA SETELAH BERLAKUNYA ANEURISME OTAK

Gejala yang terjadi akibat aneurisme otak pecah :

  • Sakit kepala yang teruk atau migrain
  • Mual dan muntah
  • Penglihatan kabur
  • Kejang pada leher atau sakit leher
  • Sensitif terhadap cahaya
  • Kejang
  • Nyeri di atas dan di belakang mata

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK

Seramkan bila dah tau tanda-tanda dan gejala tu. Kalau ikutkan, kebanyakan tanda tu Zue pernah rasa masa zaman belajar dulu. Mujurlah… Allah panjangkan lagi umur ni. Allah..risaunya. So sekarang Zue sendiri ambil langkah berjaga-jaga.

Yelah, walaupun kita tahu ajal maut semua tu ditangan Allah, tapi tugas kita wajib ikhtiar jaga kesihatan sebaiknya..kan? Jadi, bagi Zue.. apapun semuanya bermula daripada pemakanan juga.

” You are what you eat,” kata orang.

Kalau ikut makanan sekarang memang banyak yang tak sihat, even sayur pun kena sembur racun, ayam, daging pun kena suntik, buah-buahan pun kena paksa cepat tumbuh membesar.. Jadi Zue topup dengan pengambilan suplemen yang boleh bantu kurangkan risiko untuk dapat penyakit aneurisme otak ni.

APA YANG PENTING?

1# MINYAK IKAN ( OMEGA )

Omega-3 memang sangat bagus untuk membantu melancarkan pengaliran darah didalam badan kita. Selain tu, Omega juga bertindak untuk :

  • Mengawal kolestrol yang berlebihan
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mencegah penyakit darah tinggi
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok
  • Merendahkan kepekatan darah dan tekanan  darah tinggi.
  • Melicinkan saluran darah dan peredaran darah lebih lancar
  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Mengurangkan ketegangan dileher atau sakit kepala
  • Merendahkan kolestrol
  • Menghindarkan  pembekuan darah didalam badan.
  • Memelihara penglihatan dan pendengaran dan  mencegah migrain.

Semua di atas ni berkait rapat dengan punca untuk kita elakkan daripada terkena aneurisme otak. Alhamdulillah, omega ni memang amalan Zue sekeluarga. Sangat terasa perbezaan kesihatan tu lebih baik daripada dulu. 😀

2# B COMPLEX

B Complex memang sangat bagus untuk saraf kita. Kekurangan vitamin B  boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak. Orang yang kurang vitamin B ni memang sangat mudah stress, tertekan dan hilang daya fokus. (Orang yang selalu stress dan  marah-marah elok ambil B Complex ni)

Jadi badan kita memang sangat perlukan vitamin B yang lengkap, sebab tu Zue pilih B Complex Shaklee, lengkap dengan semua vitamin B dan asid folik juga!

**Lepas Zue sendiri amalkan B Complex ni, memang jarang dah sakit kepala tu singgah.Syukurlaahhh.. 🙂

3# VITAMIN C

Vitamin C ni pulak berfungsi untuk menjaga salur darah supaya tak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah dan membantu proses metabolisme kolestrol.

APA PILIHAN ANDA SEKARANG?

Hidup kita adalah pilihan kita sendiri.. Sebab tu Zue pilih yang terbaik untuk diri Zue dan famili. Untuk orang lain, Zue hanya mampu nasihatkan dan berikan cadangan terbaik. Kalau dulu memang.. penyakit-penyakit kronik ni kebanyakannya atas faktor umur. Tapi sekarang yang muda-muda pun dah dapat macam-macam penyakit kronik.

health-is-wealth

Banyak kisah dan pengalaman yang Zue sendiri dengar daripada keluarga dan sahabat-sahabat.. Semua cerita-cerita tu buat Zue makin takut nak abaikan kesihatan diri sendiri. Biarlah banyak mana pun Zue perlu melabur untuk kesihatan ni, asalkan nikmat sihat tu Allah terus pinjamkan buat Zue.

Pesan Zue..

Ambil pengajaran dengan apa yang berlaku supaya perkara tu tak berulang lagi. Kalau perhati balik kes-kes kat atas tu, muda-muda belaka semuanya.. masih belajar pun lagi. Sayangkan… Anda pasti tahu apa yang terbaik untuk diri anda. Tak terbayang macam mana kalau anak-anak kita terpaksa kehilangan kita sedangkan mereka tu kecik lagi, masih perlukan kita..

Kalau pun bukan untuk diri kita, tapi fikirkan demi orang yang perlukan kita. Orang yang kita sayang..

Zue doakan semoga anda semua mendapat kesihatan yang baik sentiasa. Kalau ada apa-apa permasalahan dan perlukan bantuan untuk dapatkan suplemen tu, boleh hubungi Zue di hotline 018-3164133. Terima kasih kerana sudi membaca dan sayangkan kesihatan anda. Jumpa lagi 🙂

***Boleh baca kisah pelajar koma selepas pening kepala.

SHARING IS CARING !

Luv,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali

Shaklee ID 1075383

018-3164133

sakieenah@yahoo.com

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Muar & Seluruh Malaysia

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion3 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge