3 Perkara Yang Isteri Sentiasa Inginkan Dari Seorang Suami

0

Melayari bahtera rumahtangga, ada masa tenang belayar. Ada waktu ribut menerpa, berombak seketika. Takkan pernah ada rumahtangga yang sentiasa sempurna, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Namun, dalam perhubungan, kebanyakan suami tidak menyedari ada 3 perkara yang isteri sentiasa inginkan dari mereka.

3 Perkara Yang Isteri Sentiasa Inginkan Dari Seorang Suami

apa yang isteri nak dari suami

Pertama,

Isteri sentiasa mahukan bicara yang lembut dan berhemah dari seorang suami. Betul tak? Bagaimana bicara suami pada isteri, itu yang mempengaruhi bicara si isteri terhadap anak-anaknya. Hati isteri, semakin lembut kata yang digunakan, semakin mudah dia memberi ketaatan.

Semakin keras dan kasar dia diperlakukan, semakin hilanglah kehormatan dia pada suaminya. Bahkan boleh jadi makin hilang juga ketaatan dan rasa cinta kepada suaminya sendiri. Amat memalukan bagi seorang suami, bila bicaranya sering saja keras terhadap anak dan isteri, namun lembut dan halus didengari ditelinga orang yang tiada kena mengena langsung dengannya.

Kedua,

Isteri sentiasa mahu melihat layanan baik suami terhadap anak-anak. Nabi sebut, ” Orang yang paling baik dikalangan kamu adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Dan aku orang yang paling baik terhadap keluargaku.”

Walaupun saban hari makin menerima tekanan demi tekanan, dengan harga minyak yang semakin naik tanpa simpati, tekanan ditempat kerja, kos sara hidup makin tinggi.. semoga apa saja perubahan pun, tidak mengubah tulus dan kasih sayang seorang ayah terhadap anak-anaknya.

Hati yang sarat dengan tekanan itu, apabila tiba saja ia dirumah, ia semakin menghilang, diganti dengan ketawa dan gurauan senda bersama anak-anak. Kerana anak yang cukup mendapat sentuhan dan kasih sayang seorang ayah, akan mampu membina personaliti yang baik sekali.

Ketiga,

Seorang isteri sentiasa mahu menjadi yang pertama di hati suami. Menjadi isteri bererti dialah suri hati, dialah teman tika sunyi, dialah sahabat dalam kesukaran, dialah pendamping dalam sebuah perjalanan dan dialah penyejuk hati tika dirundung kegelisahan. Berbangganya seorang isteri bila dia tahu ke mana saja gerak geri suaminya.

Bukan mahu menjadi Queen control, jauh sekali. Akan tetapi dia mahu menjadi seseorang yang sentiasa menyokong, mendokong bahkan sanggup berkorban segalanya demi suami tercinta, apatah pula jika suaminya itu seorang yang aktif dijalan dakwah.

Kerana, bagi isteri itu, saat dia sudah berkahwin dan mengikat hati dengan seorang suami, tiada lagi bagi dia teman-teman rapatnya. Kerana tumpuan dan perhatiannya sudah teralih kepada menyempurnakan kelompongan seorang suami. Bahkan masanya juga tidak lagi boleh dicuri oleh sesiapa dengan sewenangnya …

Oleh kerana itu wahai suami,

Hargailah isterimu walau dengan hanya sekadar senyuman manis.

Hargailah isteri walau dengan ucapan terima kasih.

Hargailah isteri walau dengan hanya bicara penuh kelembutan.

Hargailah mereka.

Emas dan permata tidak mereka pinta.

Hanya perlakukan mereka selayaknya mereka terima.

Suami,

Andai mahu dilayan seperti sang raja.

Layanilah isterimu seumpama sang ratu.

Bertolak ansur selalu,

Berkasih dan bersatu dalam cintaNya.

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge