3 Sebab Kenapa Ibu Bersalin Wajib Berpantang Makan Laksa

0

Assalamualaikum

Haaa. Tajuk feberet harini. Selama ni memang saya duk tertanya jugak kenapalah kena berpantang makanan feberet ni. Pulak tu mak bagitau kena pantang makan laksa setahun! Memang nangeslah.

Teringat masa raya 2013, masa tu baru je habes pantang. Gi beraya rumah orang, banyak pulak yang hidangkan menu laksa. Menahan sabar jelah masa tu >.<

Kenapa Ibu Bersalin Kena Pantang Laksa Setahun?

Sekarang ni pun anak kedua dah 8 bulan lebih, ada few month lagi nak cukupkan setahun. Haritu gi makan luar ngan mak ayah, mak offer rasa laksa. Ayah pulak bertegas sungguh tak bagi, kiut betul ayahku ni.

Mak kata takpe, along kan makan Shaklee..ahaks. Eh, kalau nak tahu, mamaku ini sangat tegas tau bab pantang. Air memang bersukat. Bengkung dan tungku wajib buat. Macam-macam lagi amalan dalam pantang kena jaga.

Ada 3 Sebab Kenapa Ibu Bersalin Kena Pantang Makan Laksa

1# Laksa dimasak dua kali

Memang jadi kesalahan ibu berpantang makan benda yang dimasak dua kali atau dipanaskan semula. Dan laksa ni kategori makanan ‘sejuk’. Selain laksa, bihun pun sama jugak tau. Macam mana laksa dan bihun tu dibuat?

Kedua-duanya diperbuat daripada beras. Beras still OK.

Lepas tu kedua-duanya dimasak, dilenyek dan dibentuk jadi laksa dan bihun. So still OK.

Kemudian laksa dan bihun ni dibiarkan kering. OK lagi.

Bila dah kering, ia dimasak/direbus/direndam dalam kuah laksa atau sup atau digoreng jadi bihun goreng….Haa….part ni yang TAK OK!

Bila dah masak dua kali, ia memerangkap angin dan kandungan angin tu makin tinggi, sangat tak bagus untuk kesihatan ibu berpantang. Boleh sakit urat, sakit badan dan macam-macam lagi tau. Silap haribulan boleh terus bentan!

2# Kuahnya pun punca angin

Macam mana pulak kuah laksa jadi punca angin? Orang kata sebab dimasukkan daun kesum dan bunga kantan tu. Wallahua’lam.

3# Bahan ‘hiasan’ laksa yang ‘sejuk’

Timun memang sejuk. Ibu berpantang sebaiknya elakkan ni, jangan nak try-try kat badan. Kesian badan kita ni, dahlah tak sihat, taknak jaga elok-elok pula tu. Huhu.

Pendapat peribadi saya yang tak banyak pengalaman ni, berpantang biarlah lebih-lebih..asalkan badan kita sihat dan kembali segar. Jangan nanti kita rasa kesan dikemudian hari.. Bila badan masuk angin, kita senang sakit, mudah marah, anak buat silap sikit nak marah..

Jadi buatlah pilihan terbaik ye.

Kejap je tak lama. Banyak lagi makanan lain yang lebih selamat untuk badan kita ni. Bertabahlah kita kerana saya pun hantu laksa jugak oo T_T

Selamat berpantang ibu-ibu semua =)

 

buy now

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)

 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran ke seluruh Malaysia

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge