4 Bahan Semulajadi Kawal Kolesterol Tubuh

2

APA ITU KOLESTROL?

Kolesterol, bersifat lembut dan berminyak, tidak berbau. Terdapat pada setiap bahagian badan, terutamanya di dalam otak (dengan membentuk 11% dari berat keringnya), sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon sex.
Jadi, manusia memerlukannya di dalam proses biologi. Cuma tak boleh pada jumlah yang terlalu banyak. Menjadi lumrah, setiap unsur pada makanan perlu ada had pengambilannya.
Di dalam badan manusia sendiri, kolesterol dihasilkan oleh hati di antara 800 hingga 1000 mg sehari. Pengambilan dari makanan dikatakan sangat kecil pengaruhnya terhadap peningkatan kepekatan kolesterol badan.

Namun, mengikut apa yang disarankan oleh pakar kesihatan Amerika, pengambilan harian perlu dihadkan kepada 300 mg sahaja.

Apa Terjadi Bila Salur Darah Tersumbat Dengan Kolestrol

Tahukah anda apakah kesan-kesan penyumbatan salur darah dengan kolestrol ini?

Anda mungkin akan diserang dan sangat berisiko tinggi untuk penyakit:
-Jantung
-Serangan angin ahmar
-Penyakit hati
-Tekanan darah tinggi
-Ketidaksuburan

4 Bahan Semulajadi Kawal Kolesterol Tubuh

Empat bahan semulajadi yang dapat kawal kolestrol tubuh adalah sterol tumbuhan (plant sterols), bijirin oat,  minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.

Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols atau Stanols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Malah, pengambilan sumber semulajadi ini akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

Oat pula bijirin yang mengandungi serat larut dikenali ‘beta glukan’ yang terbukti merendahkan tahap kolesterol mereka yang mengamalkan pemakanannya.

Kandungan serat, karbohidrat kompleks dan protein yang tinggi itu turut membantu menstabilkan kadar glukos dalam darah.

Minyak ikan Omega 3 pula adalah asid lemak yang penting bagi metabolisma normal kerana ia mengandungi Asid Lemak Tak Tepu (EPA) bagi mengurangkan inflamasi seluruh badan.

Psyllium Husk pula secara lazimnya digunakan untuk menangani sembelit, sindrom sakit perut serta meningkatkan kemampuan dan mengekalkan otot usus. Pada masa sama, penggunaannya mampu untuk menurunkan tahap kolesterol, mengawal diabetes dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

makanan kawal kolestrol

Psyllium seed husks, also known as ispaghula, isabgol, or psyllium, are portions of the seeds of the plant Plantago ovata, (genus Plantago), a native of India and Pakistan. They are hygroscopic, which allows them to expand and become mucilaginous. 

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber asal : SINI

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge