4 Bahaya Sembelit Terhadap Anak

0

” Saya terpaksa korek sendiri sebab anak dah menangis lama namun masih tak dapat membuang! “

 

Mesti ada mak-mak yang pernah melalui situasi macam ni kan. Anak kerap kena sembelit, dan yang paling sadis bila kita sendiri terpaksa tolong korekkan sebab tak sanggup tengok anak menangis kerut-kerut muka tahan sakit nak teran.

Masalah ni mungkin kita nampak remeh, terutama bagi anak yang hadapi masalah sembelit yang ringan, namun sebenarnya bahaya sembelit ni pada anak kalau kita biarkan tanpa sebarang rawatan dan langkah pencegahan.

Tanda dan gejala sembelit

sembelit baby

Tanda-tanda berikut mungkin berbeza pada setiap orang :

  • Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
  • Perut kembung, kejang atau sakit.
  • Kurang selera makan.
  • Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
  • Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-sebab berlakunya sembelit di kalangan kanak-kanak

Banyak faktor yang menyebabkan kanak-kanak mengalami sembelit. Mungkin mak-mak boleh semak beberapa senarai di bawah untuk kenalpasti punca berlakunya sembelit.

  • Kurang serat dalam diet
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Ubat-ubatan
  • Susu
  • Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
  • Menahan untuk membuang air besar.
  • Kekurangan air (Kanak-kanak yang demam dan tidak sihat mungkin tiada selera makan atau kurang minum susu)
  • Masalah dengan kolon dan rektum.
  • Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab)

Apakah komplikasi yang mungkin timbul akibat sembelit?

sembelit-teruk

Sembelit ni bukan kategori penyakit tapi jika ianya berpanjangan dan terlalu kerap berlaku mungkin boleh membawa kepada penyakit buasir. Buasir boleh terjadi disebabkan tabiat menahan untuk buang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Jika regangan terlalu kuat, ia akan menyebabkan rektum terkeluar dari dubur dan mungkin memerlukan pembedahan jika teruk dan kronik.

4 Bahaya Sembelit Terhadap Anak Boleh Akibatkan Penyakit Kronik

  • Penyakit saraf – Sembelit adakalanya menjadi petanda kepada penyakit lain seperti penyakit saraf, cerebral palsy dan masalah tulang belakang.
  • Jangkitan air kencing – Ini adalah kerana najis keras akan menekan saluran air kencing dan mengganggu pengaliran air kencing.
  • Pendarahan dan dubur luka – Pengumpulan najis yang terlalu lama akan menyebabkan usus bengkak. Kesukaran membuang air besar akan menyebabkan anak anda meneran sehingga bahagian luar duburnya akan luka dan berdarah. Kadangkala ia akan menyebabkan pendarahan.
  • Kesan psikologi – Kajian doktor mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit mempunyai kurang keyakinan diri.

Tips Mencegah dan Mengatasi Masalah Sembelit

Bagi ibu bapa yang ingin mengelakkan pemberian ubat-ubatan, anda boleh cuba tips berikut:

  • Banyakkan serat dalam makanan anak-anak seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
  • Berikan anak minum air yang mencukupi. Boleh juga berikan jus buah-buahan seperti tembikai dan betik.
  • Baringkan anak dan lakukan senaman kayuhan basikal untuk merangsang pergerakan najis di dalam usus.

Selalu pantau keadaan anak, cara pemakanan dan aktiviti mereka. Semoga anak kita membesar dengan sihat bagaikan juara!

 

Ummu Ayyash | Zulaikha Ali (SID 1075383)

FB : Zulaikha Ali

FB PAGE : UmmuAyyashDotCom

018-3164133

sakieenah@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kawasan Muar

Luar dari kawasan Muar boleh gunakan perkhidmatan POSLAJU/GDEX/CITYLINK untuk penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei dan Singapore.

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge