4 JENIS MAKANAN BANTU CEPAT SEMBUHKAN LUKA PEMBEDAHAN

8

Assalamualaikum

Selepas Miqdad selesai menjalani pembedahan 20 Oktober yang lepas, saya pun kenalah mula ‘berpantang‘ makan sebab nak jaga luka pembedahan Miqdad tu. Jadi tak bolehlah makan sembarangan sebab Miqdad masih menyusu badan. Nutrisi dan pemakanan adalah faktor yang penting dalam proses pengeringan luka. Terutama luka jahitan setelah pembedahan. Kalau ambil nutrisi yang cukup maka luka akan cepat sembuh.

Maka ummi pun mulalah menggali-gali ilmu untuk cari makanan yang dapat bantu cepat sembuhkan luka pembedahan Miqdad tu. Nurse-nurse jelita kat IJN tu dah pesan awal-awal jangan sapu apa-apa kat tempat luka, jadi ummi buat keputusan untuk bantu sembuhkan luka tu dari dalam.

Antara makanan yang bantu cepat sembuhkan luka pembedahan :

1. Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Pilihlah buah dan sayur yang banyak mengandung vitamin C dan flavonoid. Kerana vitamin C dan flavonoid dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Contohnya adalah brokoli, tomato dan lain-lain. Jadi ummi pilih ambil Vitamin C Shaklee je, mudah. Telan aje.

2. Makanan yang kaya Vitamin A

Makanan yang banyak mengandung vitamin A membantu dalam pertumbuhan kulit sehingga luka pembedahan cepat bercantum. Contohnya adalah telur, hati lembu, bayam, brokoli, susu, dan keju.

3. Makanan mengandung Zinc

Zinc memang khusus dalam membantu mempercepatkan luka kering dan baik. Dalam ikan haruan banyak terdapat zinc, sebab tu masa berpatang haritu hari-hari makan ikan haruan. Tapi tak larat jugak nak makan hari-hari, huhu. Jadi nak senang saya ambil je Zinc Complex Shaklee, dahlah murah, mudah nak telan dan cepat betul luka sembuh!

4. Ikan Haruan

Ikan Haruan merupakan makanan yang paling dianjurkan untuk mempercepat penyembuhan luka pembedahan. Ikan haruan terkenal mengandungi zat protein yang disebut albumin. Kadar albumin pada ikan haruan merupakan yang tertinggi yaitu 6,224 g dan kadar protein mencapai 25,2 g. Ikanharuan juga kaya vitamin A, vitamin B1, dan Zinc. Ini yang menyebabkan ikan haruan sangat mempercepat penyembuhan luka yang baik.

Sekarang nak tengok proses penyembuhan luka Miqdad tu macam mana. Yang penting kena sentiasa pastikan tempat luka tu kering sentiasa, inshaAllah akan cepat baik. Doktor kata tempohnya dalam 6 minggu. Dah macam tempoh berpantang bersalin dah. 😛

InshaAllah kalau ibu-ibu terpaksa operate untuk bersalin pun bolehla amalkan makanan yang bantu cepat sembuhkan luka ni supaya tak perlulah nak ulang alik klinik sebab luka makin teruk. Semoga ianya membantu !

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion8 Comments

    • Zulaikha Ali

      kannnn. Sedap ikan haruan lagi-lagi kalau buat sup. orang sihat pun suka,huhu..

  1. Thanks for sharing… sy bersalin dengan cara operation. sy lg la gi bedal ikan haruan byk2 & mkn buah2 & mkn vitamin c.. hasilnya , lepas 4 bulan dah boleh main badminton.. Alhamdulillah..

    • Zulaikha Ali

      Alhamdulillah Puan Saliah =)

      Semoga terus diberi kesihatan yang baik hendaknya, aameen !

  2. Norazlina zulkiflee

    Aslmkm saya Puan norazlina ingin tanya sesuatu.. Saya dalam pantang selepas operation.. Makanan apa yang sesuai untuk saya dalam pantang.. Buah sayur serta ikan yang sesuai saya makan untuk sembuhkan luka dalam dengan cepat

    • Wslm Puan.
      Untuk makanan pantang selepas pembedahan , saya cadangkan puan banyakkan makan ikan haruan, boleh buat sup, memang sedap. Hehe. Masa saya pantang anak pertama dan kedua memang seminggu makan ikan haruan dan alhamdulillah lukapun cepat baik. Dan saya amalkan jugak zinc complex sebab zinc memang sangat bantu cepatkan luka sembuh.

      Kalau ikut berpantang cara saya (mak saya) saya memang tak makan buah langsung masa pantang. Sayur biasanya lobak putih. Goreng-goreng pun takde. Semoga puan cepat sembuh ya =)

Leave A Reply

CommentLuv badge