4 Kesan Sinar UV Kepada Kulit Kita

0

Walaupun sinar UV ada manfaat dan kebaikan kepada kesihatan kita, namun sinar UV juga boleh memberi kesan buruk dan merosakkan kulit kita. Tak kira dihari yang panas terik, atau hari yang redup mendung ..sinar UV tetap memberi kerosakan kepada sel kulit kita.

4 Kesan Sinar UV Kepada Kulit Kita

1# Sunburn

Terlalu lama terdedah kepada sinaran UV boleh mengakibatkan kulit kita mengalami keradangan, kemerahan, pedih, sensitif dan rasa seperti kulit muka terbakar.

UVB yang ada didalam sinar UV, walaupun tidak merosakkan lapisan kulit paling dalam, namun ia boleh bertindak menjadikan kulit muka kita terbakar dan menyebabkan rasa pedih.

2# Kulit menjadi lebih gelap

Apabila kulit terdedah terlalu lama terhadap sinaran matahari, ini menjadikan sel-sel kulit memberi respon untuk melepaskan pigmennya. Ini berlaku kerana kulit berusaha untuk membina sistem pertahanan yang baru dengan cara membentuk lapisan pertahanan tambahan. Bila perkara ni terus berlaku, kulit akan menjadi lebih gelap.

3# Kanser kulit

Kesan yang paling menakutkan daripada sinar UV kepada kulit kita, bila kita berisiko untuk mendapat kanser kulit😥

Sinar UVA yang terkandung dalam sinar UV mampu menembus ke lapisan kulit yang paling dalam dan merosakkannya.

Akibat daripada kerosakan sel ini, bukan saja terdedah pada risiko kanser. Bahkan menggalakkan berlakunya kedutan, jeragat, kulit kendur dan sebagainya.

4# Kulit kelihatan tua

Sinar UV secara terus menerus boleh mengakibatkan kerosakan kepada kolagen dan elastin kulit. Apabila ini berlaku, ia boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kendur, kedutan dan liang pori membesar. Akibatnya? Wajah kita nampak lebih tua dari usia😂

Cara paling mudah untuk lindungi kulit dari bahaya sinar UV adalah dengan menggunakan pelembap dan SPF 50 secara rutin. Elakkan juga terlalu kerap terdedah kepada matahari terutama diwaktu kemuncak jam 12 tengahari – 4 petang.

Nota tambahan : Mengikut kajian saintis terhadap cuaca kita di Malaysia, SPF 50 paling bagus, selamat dan sesuai untuk melindungi kulit muka kita daripada sinar UVA dan UVB.

Boleh tonton video di bawah!

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge