4 Peringkat Rahim Jatuh Wanita Perlu Tahu

0

Masalah rahim jatuh selepas bersalin semestinya menjadi igauan setiap wanita yang baru melahirkan bayi. KakZu sendiri ada pengalaman rahim jatuh lepas bersalinkan anak sulung. Badan rasa sakit, kencing tak lawas dan pinggang asyik rasa sengal je.

Mula-mula tak tahu yang itu tanda rahim jatuh. Sebab dah tak tahan sangat jadi minta tolong suami carikan tukang urut. Tukang urut bagitahu rahim jatuh sikit, mungkin sebab kuat sangat buat kerja berat. *perempuan memang tak elok angkat berat* kebetulan masa tu memang asyik kemas rumah sebab nak pindah.

Alhamdulillah.

Lega sangat sebab lepas urut terus badan rasa lega. Rahim jatuh ni kalau biarkan je memang bahaya tau.

Satu lagi pesan mak, perempuan kalau dah pernah bersalin, janganlah suka duduk mencangkung, silap-silap boleh terkeluar rahim.

Mak pesan sebab memang dah pernah ada pengalaman kawan mak yang jadi macam tu. Lepas tau tu terus dah tak berani nak mencangkung lagi.

 

4 Peringkat Rahim Jatuh Wanita Perlu Tahu

tanda-dan-kesan-rahim-jatuh

Peringkat pertama:

Rahim jatuh sedikit sahaja daripada kedudukan normal, tetapi masih di dalam vagina. Pada peringkat ini kebanyakan wanita tidak mengalami apa-apa simptom. Kebiasaannya hanyalah perasaan berat pada bahagian rongga pelvis sahaja.

Peringkat kedua:

Sebahagian dari rahim telah keluar dari vagina. pada peringkat ini wanita tersebut mungkin merasa sakit belakang, perasaan berat pada bahagian pinggang ke bawah, dan yang pastinya terdapat benjolan bahagian serviks terkeluar melalui bukan vagina terutamanya ketika berdiri.

Peringkat ketiga:

Keseluruhan rahim berada di luar vagina. Biasanya keadaan ini akan bersama dengan kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan, dan kejatuhan saluran usus besar pada bahagian belakang. Namun pada peringkat ini, organ ini masih lagi boleh ditolak masuk ke dalam vagina apabila pesakit baring di atas katil.

Peringkat keempat:

Keadaan organ jatuh seperti peringkat ketiga, namun pesakit tidak boleh memasukkannya kembali ke dalam vagina biarpun dalam keadaan baring. Mungkin wanita tersebut boleh mengalami masalah membuang air kecil dan sukar mengawalnya.

 

Perempuan ni bab luaran dalaman kena jaga betul-betul. Jangan pandang remeh je ye. Apa-apa kalau tak pasti, terus je jumpa doktor dan tolong jangan tangguh-tangguh. Hargai dan sayangi diri kita. KErana dirimu begitu berharga =)

 

Salam Sayang,

UmmuAyyash♥

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge