5 JENIS MAKANAN YANG PERLU ELAK DIBERIKAN KEPADA BAYI

0

Assalamualaikum

Memang teruja kan bila dah boleh bagi anak makan? Lagi bertambah teruja kalau anak tu sukaaa sangat makan, suap apa je telan. Semua ditelan. Puashati mak yang suap ni haaa. Hehe. Tapi ada perkara yang perlu mak-mak tahu, tak semua makanan sesuai dan boleh diberikan kepada bayi kita.

Terlalu banyak makanan yang tidak sihat diluar sana untuk diberikan kepada anak kita terutama yang masih bayi.

Ketahui beberapa jenis makanan yang masih dilarang untuk bayi.

 

5 JENIS MAKANAN YANG PERLU ELAK DIBERIKAN KEPADA BAYI

1. Jus

Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat?

Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun jika tidak menambah gula dalam jus tersebut. Namun, jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi. Walaupun dihasilkan daripada buah, namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada. Lebih baik sajikan buah sahaja kepada bayi.

2. Makanan proses

Jangan kerana alasan tidak sempat atau sibuk, anda memberikan makanan proses kepada bayi seperti daging burger proses, sosej atau nuget.

Ini kerana makanan proses telah kehilangan segala khasiatnya semasa proses penghasilan. Lebih baik buat sendiri makanan olahan seperti nuget ayam yang dihasilkan daripada daging ayam yang dicincang dan dicampur dengan sayuran. Lebih sedap dan berkhasiat.

3. Minuman berkarbonat

Kadang kala ada ayah atau ibu yang selamba memberikan bayi mereka merasa minuman berkarbonat yang sedang diminum. Alasannya kerana kasihan dengan wajah comel yang melihat minuman tersebut.

Hakikatnya ia minuman terburuk jika diminum oleh bayi. Selain tidak berkhasiat, kandungan gula yang ada dalam minuman berkarbonat sangat tidak bagus untuk perkembangan gigi si manja.

4. Biskut

“Alah sikit je bagi baby rasa biskut ni.”

Mungkin bagi kita tidak mengapa bagi bayi merasa biskut yang kita makan. Tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bayi kerana kandungan gula yang terlalu berlebihan dapat mengganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti. Lebih baik anda berikan bayi potongan buah-buahan sebagai makanan selingan.

5. Agar-agar

Sememangnya ia kelihatan menarik dan berselera. Apatah lagi jika si kecil melihatnya. Tetapi awas, jangan bagi bayi makan puding atau agar-agar kerana banyak kandungan gula, perasa dan pewarna buatan.

Jika mahu sediakan makanan pemanis mulut kepada bayi, buat daripada olahan buah-buahan tanpa menambah gula, pewarna atau perasa.

Oke ibu-ibu? Jom kita semak semula.Tanpa diketahui dan mungkin kita tak sedar, kita sebenarnya telah memberikan makanan tidak sihat kepada si kecil. Ini kerana bayi tidak memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi.

 

Ummu Ayyash | Zulaikha Ali

FB : Zulaikha Ali

FB PAGE : UmmuAyyashDotCom

018-3164133

sakieenah@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kawasan Muar

Luar dari kawasan Muar boleh gunakan perkhidmatan POSLAJU/GDEX/CITYLINK untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge