5 Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Selepas Bersalin

5

Assalamualaikum

Alhamdulillah, rasanya dua kali berpantang ni bolehlah bagi 8/10 bintang sebab dapat berpantang dengan baik dan betul. Berpantang anak kedua tempoh hari lasak sikit, asyik ke hulu ke hilir sebab masuk wad, anak jantung berlubang. Jadi pantang makan jelah yang jaga betul.

Zaman dah semakin moden ni, ada tak ibu-ibu yang rasa macam.. “Alah..tak pantang pun takpe, badan ok je. Takde pulak sakit apa.” Huhu. Jangan tau. Jangan sesekali fikir macam tu. Sebenarnya banyak sangat kesan buruk kalau tak berpantang lepas bersalin. Masa berpantang ni memang nampak kusut masai je, dengan pilis lah, param lah dan macam-macam lagi. Tapi semua tu untuk kebaikan kita jugak.

Cuba tanya pada ibu-ibu yang tak berpantang betul-betul, apa yang anda rasa? Sudi nak kongsikan tak? (boleh share kat bawah entri ni)

5 Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Selepas Bersalin

1. Rahim Jatuh

rahim jatuh

 

 

Prolapse Rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran, Justera itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat
– Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
– Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
– Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj, keadaan ini yang biasa di gelar “tombong”.

Mak saya pesan, perempuan lepas bersalin jangan biasakan mencangkung sebab itu antara punca rahim kita boleh terkeluar. 

2. Gangguan Kencing

pundi kencing

 

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah kencing contoh:

– kerap kencing
– sakit ketika nak kencing
– kencing yg tak terkawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat ini
di panggil (Stress Incontincence).
Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.

3. Gangguan Hubungan Kelamin

 

Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle, Maka kekuatannya untuk mencengkang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu.

Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks, khususnya kepada sang suami kurang puas dan tak menyeronokkan. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kurang nikmat dan tidak puas ketika melakukan hubungan seks, terutama selepas melahirkan anak. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

4. Sakit Pingang dan Tidak Selesa Dibahagian Sulit Wanita

 

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

5. Gangguan Kesihatan

Dalam Kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga dimana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion.

Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes dimana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.

 

Jadi, biarpun berpantang ni leceh dan merimaskan, puan-puan kena juga berpantang demi kebaikan diri. Rajin-rajinlah berpantang lepas bersalin ya, jangan lupa dapatkan set berpantang terbaik ini 🙂

Ummu Ayyash | Zulaikha Ali

FB : Zulaikha Ali

FB PAGE : UmmuAyyashDotCom

018-3164133

sakieenah@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kawasan Muar

Luar dari kawasan Muar boleh gunakan perkhidmatan POSLAJU/GDEX/CITYLINK untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion5 Comments

  1. Assalam. Just nak share pengalaman la. Sy skrg tgh berpantang anak kedua. Hari ni hari ke19. Alhamdulillah bersalin normal dan jahitan 3 jarum shj. Tp pantang kali ni sy terlalu haus. Kerap minum air. Tp sikit-sikit la. Bukan sekali minum tu banyak terus. Minum pulak air suam yg agak panas bukan betul2 suam. Ibu sy pesan, minum sikit-sikit tp kerap takpa. Jd sy ikut lah. Tp sejak semalam, sy rasa cecair keluar dari faraj sy. Sy ingtkan darah nifas, so buat relaks je lah. Bila g tandas tengok, rupanya mcm air ketuban je. Jernih. Sy cakap kt ibu sy, dia kata kena kurangkan lah. Kerap sgt kot sy minum even sikit-sikit. Ibu cakap boleh jadi peranakan kembang. Pg td ibu bg air rebusan daun apa sy tak ingt tp untk kecutkan semula. Pg td panggil tukang urut untuk urut & check peranakan. Skrg rasa better sikit. Mohon doakan sy ya.

    • Semoga dipermudahkan puan. Sama macam mak saya, memang sukat ambil air masak masa pantang namun saya rasa badan kuat juga bila amalkan suplemen. Semoga segera sihat ya puan!

  2. URUT TRADISIONAL

    Perkhidmatan urut tradisional
    untuk wanita dan ibu bersalin
    area sekitar sentul dan cover seluruh kawasan kuala lumpur.
    hubungi 013-2096836.

Leave A Reply

CommentLuv badge