5 KESILAPAN BIASA YANG IBUBAPA LAKUKAN DALAM MENDISIPLINKAN ANAK

1

Mendidik dan mendisiplinkan anak bukan perkara mudah.. Hatta nak mendisiplinkan diri sendiri pun terasa jenuh nak dilentur, inikan pula nak mendidik jiwa lain untuk berdisiplin!

Kita pernah melalui pengalaman menjadi seorang anak, dan kita juga sedang melalui frasa menjadi seorang ibu dan ayah.

Ketika melalui perjalanan menjadi seorang anak kecil yang menjalani proses didikan ibu dan bapa, mungkin disana kita terasa seperti mahu senaraikan sahaja berbagai macam kesilapan yang dilakukan ibu dan bapa pada pandangan kaca mata kita.

Apabila tiba giliran kita merasai peluang menjadi seorang ibu dah bapa, kita juga sebenarnya tak terlepas daripada melakukan berbagai kesilapan. Dan sebenarnya, itu juga proses pembelajaran kita dalam bersikap lebih matang untuk memperanankan diri sebagai ibu dan bapa.

5 KESILAPAN BIASA YANG IBU BAPA LAKUKAN DALAM MENDISIPLINKAN ANAK

disiplin2

Saya hanya seorang ibu muda kepada seorang anak lelaki yang baru sahaja berusia 2 tahun 2 bulan. Sudah tentu pengalaman yang saya ada hanyalah sekelumit cuma kalau nak dibandingkan dengan ibu bapa diluar sana.

Tapi apa yang ingin saya kongsikan adalah apa yang saya belajar daripada anak kecil saya ini dan daripada perjalanan kehidupan saya sebagai seorang anak.

 

#KESILAPAN PERTAMA – BERSIKAP PEMARAH/PANAS BARAN KETIKA MENDISIPLINKAN ANAK

Satu kesilapan besar buat ibubapa bila menggunakan kekerasan dan bersikap baran dan perengus dalam memperbetulkan kesilapan anak.

Saya juga akui, mungkin sebagai ibubapa yang berdarah muda, sikap panas baran seolah sebati dengan jiwa. Sedangkan sebenarnya sikap itu sendiri boleh dibentuk dan dilembutkan..

Bila tengok anak buat silap, terus rasa nak marah dan tunjukkan wajah yang penuh kegarangan. Adakah tanpa wajah yang garang dan tanpa tempikan halilintar tak akan membantu anak untuk lebih berkelakuan baik?

Kita sendiri mungkin tak suka orang mengherdik dan menunjukkan wajah singa ketika melampiaskan kemarahannya pada kita hanya semata-mata kesilapan kecil yang kita lakukan.

Begitu juga keadaan anak kita, bahkan jiwa mereka masih lembut dan apatah pula mereka hanya budak kecil yang baru belajar mengenal dunia. Bermanis mukalah dan bersabar hadapi kerenah mereka sebaiknya.

#KESILAPAN KEDUA – SUKA MEMBEZAKAN ANAK DALAM MENDISIPLINKAN MEREKA

Membezakan antara anak-anak hanya akan menimbulkan rasa tidak senang dan mengundang kesedihan ke dalam jiwa anak. Kita tahu, setiap anak itu berbeza sikap dan sifatnya. Hatta sejak mengandungkan mereka pun berbeza keadaan dan pengalaman, inikan pula apabila mereka sudah lahir.

Takut-takut bila ibubapa suka membezakan antara anak-anak, ini akan menimbulkan jurang antara mereka dan mereka sukar untuk bermesra dan rapat sehinggalah dewasa kelak!

#KESILAPAN KETIGA – MENGGUNAKAN PENDEKATAN “BUAT APA YANG SAYA SURUH, BUKAN APA YANG SAYA BUAT”

Role model yang paling hampir kepada anak-anak adalah ibubapa mereka sendiri. Betul.. bila saya perhatikan sikap anak saya, kebanyakan cara dia mengikut apa yang kami buat. Apa yang dia nampak, itu yang dia akan tiru.

Kami tak pernah lagi ajar ‘Ayyash untuk solat (sebab usianya baru 2 tahun), tapi setiap kali kami solat berjemaah, kami akan solat dihadapan dia, dan ajak dia untuk solat bersama-sama. Hasilnya, dia dah boleh meniru perbuatan solat dengan baik sekali di usianya 2 tahun ini.

Jadi bagaimana mungkin kita mengharapkan anak kita ikut apa yang kita suruh, sedangkan kita sendiri tak lakukan perkara tersebut?

#KESILAPAN KEEMPAT – TIDAK MENGHORMATI ANAK KETIKA MENDISIPLINKAN MEREKA

Bagaimana cara nak menghormati anak? Biasanya kita dengar, anak yang perlu hormat dan taat kepada ibubapa, kan?

Simple je.. Mudah untuk ibu bapa tunjukkan rasa hormat mereka kepada anak. Berlemah lembut dalam perkataan, bicara dan perbuatan. Itu akan lebih memberi kesan positif kepada jiwa si anak untuk menerima setiap nasihat dan teguran daripada ibubapa mereka!

#KESILAPAN KELIMA – MENGHARAP KESEMPURNAAN KETIKA PROSES MENDISIPLINKAN ANAK

Sedangkan kita sendiri pun, betapa banyak Allah telah ‘bersabar’ dengan setiap kesilapan yang kita lakukan, tapi Allah tetap bersikap lemah lembut terhadap kita.

Tiba-tiba kita hilang sabar dengan si anak hanya dengan sikap mereka yang sedang aktif meneroka kehidupan yang sangat baru buat mereka. Sangat tak adil kan? ..

Kuncinya disini hanya satu perkataan — BERSABAR dalam mendisiplinkan anak. Bertegas dulu dengan diri kita, supaya anak-anak dapat meneladani segala kebaikan yang kita lakukan. Selamat mendidik generasi berakhlak mulia!

 

Zulaikha Ali | Ummu ‘Ayyash

018-3164133

We Are Here To Inspire One Another~~

Kindly visit our page : UmmuAyyashDotCom

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion1 Comment

  1. Suka perkara tidak semua yang kita nak, mereka akan buat.

    Anak sue mengamuk 3 hari tak nak pergi nursery sebabnya cikgu duduk marahkan dier

    Semua org berbeza 🙁

Leave A Reply

CommentLuv badge