5 Langkah Penting Untuk Mencegah Kanser Serviks

0

Pada 2012, terdapat lebih daripada 500,000 kes baru kanser serviks di seluruh dunia, yang separuh daripada penghidapnya ini maut.

Perkara ini amat menyedihkan dan mengejutkan kerana kebanyakan kes ini sepatutnya boleh dicegah dan dirawat.

Sememangnya, kanser bukanlah sesuatu topik yang gemar diperbual dalam kalangan wanita, apatah lagi jika berkaitan dengan kesihatan seksual mereka. Namun, mahu atau tidak wanita perlu mula memperkatanya, lebih-lebih lagi tentang kanser serviks yang mampu mengundang maut , sedangkan sebenarnya boleh dicegah jika dikesan melalui ujian pap smear dan dirawat pada peringkat awal.

Ramai yang mungkin terperanjat betapa lazimnya kejadian kanser serviks ini. Di seluruh dunia, inilah kanser yang keempat paling lazim dihidapi wanita. Di Malaysia pula, kanser serviks ialah kanser ketiga paling lazim dihidapi wanita, dan kira-kira 2,145 wanita didiagnos setiap tahun.

Apa Itu Kanser Serviks?

Kanser serviks atau biasa juga disebut dengan kanser pangkal rahim adalah jaringan sel kanser yang terjadi secara tidak terkawal di kawasan pangkal rahim. Sebahagian kanser rahim disebabkan oleh jangkitan virus Human Papiloma Virus (HPV) yang boleh ditularkan melalui hubungan seksual.

Wanita yang terdapat virus HPV didalam tubuh badannya mungkin berisiko mengalami kanser serviks dan mungkin juga tidak mengembangkan kanser serviks. Namun, wanita yang mempunyai virus HPV di dalam tubuhnya dan ditambah dengan gaya hidup yang buruk mempunyai kemungkinan lebih besar untuk menderita kanser serviks.

5 Langkah Penting Untuk Mencegah Kanser Serviks

1. Rutin melakukan pemeriksaan pap smear

Pap Smear merupakan salah satu cara terbaik sebagai benteng pertahanan pertama untuk mencegah kanser serviks. Kaedah ini berfungsi untuk menngesan sel-sel dalam pangkal rahim yang berpotensi bertukar menjadi kanser.

Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), wanita disarankan untuk melakukan pemeriksaan pap smear pertama kali pada usia 21 tahun,tak kira sama ada anda sudah pernah melakukan hubungan seks ataupun belum. Tapi, jika usia anda sudah lebih dari 21 tahun, anda masih belum terlambat untuk segera melakukan pemeriksaan ini.

Anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan pap smear secara rutin setiap tiga tahun sekali bagi anda yang berusia 21-30 tahun. Sedangkan bagi anda yang berusia lebih dari 30 tahun, anda disarankan untuk melakukan pap smear (disertai dengan ujian HPV) setiap lima tahun sekali. Lakukan pemeriksaan pap smear segera untuk mengurangkan risiko kanser serviks.

2. Elakkan merokok

Anda mampu menurunkan kemungkinan terkena kanser serviks dengan tidak merokok. Tidak merokok adalah cara penting untuk mengurangkan risiko kanser serviks. Racun rokok bersifat oksidatif sehingga boleh membawa kepada kemunculan kanser dan bertambah ganas.

3. Lakukan seks dengan selamat

Lebih dari 90% kanser serviks disebabkan jangkitan virus HPV. Penyebaran virus ini terjadi melalui hubungan seksual yang tidak selamat.  Selain itu, risiko tersebarnya HPV juga meningkat apabila sering berganti-ganti pasangan seksual. Wanita yang hanya memiliki satu pasangan pun boleh dijangkiti virus ini jika pasangannya memiliki banyak pasangan seks lain.

4. Menjaga kebersihan vagina

Selain melakukan pap smear untuk mencegah kanser serviks, Anda juga harus menjaga kebersihan vagina terutama saat ‘datang bulan’ dan keputihan. Menggunakan cairan antiseptik kewanitaan yang mengandungi povidone iodine mungkin boleh untuk menjaga kebersihan vagina anda, terutama ketika masa “red day” atau menstruasi.

5. Mendapatkan vaksinasi HPV

Cara lain yang tidak kurang penting untuk mencegah kanser serviks adalah melakukan vaksinasi HPV. Jika anda berusia antara 9 sampai 26 tahun, Anda disarankan untuk mendapatkan vaksin ini.

Pada dasarnya vaksin HPV paling ideal diberikan pada mereka yang memang belum aktif secara seksual. Tapi, semua orang dewasa yang aktif secara seksual dan belum pernah mendapatkan vaksin ini sebelumnya, sebaiknya segera melakukan vaksinasi.

Wanita yang sudah aktif secara seksual harus melakukan pemeriksaan pap smear terlebih dahulu sebelum mendapatkan vaksin HPV. Jika hasil pap smear normal, Anda boleh terus mendapatkan vaksin HPV. Namun, jika pemeriksaan pap smear tidak normal, doktor akan melakukan pemeriksaan lanjutan untuk melakukan diagnosis lebih lanjut.

Walaupun vaksin HPV boleh mengurangkan risiko kanser serviks, tapi vaksin ini tak boleh jamin anda terlindung sepenuhnya dari penyakit kanser serviks. Anda tetap wajib menjalani gaya hidup sihat dan membuat pemeriksaan pap smear secara rutin walaupun sudah mendapatkan vaksinasi HPV.

 

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge