5 Makanan Yang Bahaya Jika Dipanaskan Semula

6

Biasa kalau makanan kita tak habis, kita mesti ambik simpan dalam peti ais kemudian boleh panaskan. Membazir la kan kalau buang. Then bila nak makan, ambik dan panaskan. Mudahkan? Namun tahu tak ada beberapa jenis makanan yang ‘merbahaya’ jika dipanaskan semula?

5 Makanan Yang Bahaya Jika Dipanaskan Semula

1. Ayam

ayam panggang

Buat peminat ayam, termasuk sayalah tu. Adeeh. Memang selalu juga buat ni, lepas ni jangan amalkan lagi na. Kenapa tak boleh panaskan ayam?

Ayam memang kaya dengan protein.

Protein ni, bila kita panaskan, ia akan ubah struktur protein tu dan bahaya kepada sistem pencernaan kita. Lebih baik makan ayam sejuk gitu je dari panaskan dia semula. Namun kalau nak panaskan semula jugak, boleh panaskan dengan api yang kecil dan tempoh yang agak lama.

 

2. Ubi Kentang

ubi-kentang

Panaskan semula ubi kentang boleh sebabkan kentang tersebut kehilangan nutrien didalamnya dan sekaligus boleh menjadi toksin kepada badan kita !

 

3. Cendawan

cendawan

Cendawan pun sama jugak, tak boleh panaskan semula sebab boleh akibatkan masalah pencernaan.

 

4. Sayur Bayam

8-manfaat-mengejutkan-dari-bayam

Sayur bayam ni kaya dengan nitrates, bila kita panaskan semula sayur bayam tu akan mengakibatkan nitrates tersebut bertukar menjadi nitrites. Nitrites ini merupakan karsigonetik kepada badan kita >>> antara penyebab penyakit kanser.

 

5. Telur Ayam

Port Ewen, NY, USA --- Fried Eggs Sunny Side Up with Bacon in Cast Iron Skillet --- Image by © Mascarucci/Corbis

Rasanya kalau telur ayam ni jarang orang panaskan semula kan. Sebab kalau makan sejuk-sejuk pun sedap je, tapi kalau simpan dalam peti sejuk memang tak sesuaila nak makan gitu, hehe. Bahaya panaskan telur rebus, telur goreng atau telur dadar ni sama juga mcam ayam dan cendawan tadi =)

Makanan yang tidak habis akan disimpan di dalam peti ais, kemudian dipanaskan semula untuk hidangan akan datang. Mungkin juga anda suka makanan bersantan yang dipanaskan berulang kali.

Bagi anda yang suka panaskan makanan, mereka menganggap semakin lama dipanaskan semakin sedap dan kena dengan selera.

Namun sebenarnya kesan makanan bersantan yang dipanaskan berulangkali akan membentuk aseton, radikal bebas yang boleh membahayakan kesihatan.

Radikal bebas ini akan menempel pada pembuluh darah yang akan menyebabkan ia menjadi sempit dan tersumbat. Jadi, elak memanaskan makanan berulangkali.

Banyak ilmu nutrisi kita kena tambah supaya kita tak buat sesuatu yang kita rasa takde apa-apa, namun sebenarnya bagi efek besar kepada tubuh kita. Apatah lagi kalau kanser kan, nauzubillah min zalik. Semoga bermanfaat =)

 

Anda sedang mencari rawatan semulajadi DIABETES yang lebih berkesan?

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion6 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge