5 Panduan Memilih Kolagen Yang Betul, Selamat Dan Berkesan

0

Kalau kita lihat dalam pasaran sekarang, kolagen ni ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak tak terkata, ada macam jenis, macam-macam nama dan berbagai bentuk dan rasa. Bukan setakat yang minum, yang sapu-sapu yang suntik-suntik pun ada. Macam mana nak pilih?

Biasanya, apa faktor utama yang menjadikan kita pilih kolagen tersebut? Semestinya ada banyak sebab, bergantung pada orang jugaklah kan. Ada orang cari yang murah je, ada yang cari yang mudah ditelan, ada yang nak natural dan organic, dan ada pulak tu nak yang the best quality of all, premium bak kata orang…

Dalam banyak-banyak kolagen ni, adakah bendanya tu sama je..hanya rupa yang membezakan atau ada perbezaan ketara antara kolagen-kolagen ni?

5 Panduan Memilih Kolagen Yang Betul Dan Selamat

Saya bukanlah nak promote kolagen Shaklee (eh padahal memang nak promote, acaner kalau dah kolagen Shaklee je paling best of the best๐Ÿ˜‚), tapi saya nak share sikit panduan untuk memilih kolagen.

(1) Pastikan kolagen tersebut dari TYPE 1. Type 1 collagen adalah yang paling banyak terdapat dalam tubuh kita, dari hujung rambut ke hujung kaki.

(2) Kolagen dalam bentuk asalnya tidak boleh diserap dengan mudah oleh tubuh kita dengan begitu sahaja. Carilah kolagen yang menjalani proses hidrolisis atau hydrolized collagen agar mudah diserap dan diterima oleh tubuh kita.

(3) Kolagen memerlukan vitamin dan nutrien lain untuk membantu penyerapan. Pilihlah yang mengandungi bahan lain juga.

(4) Sesetengah produk kolagen dicampur dengan gula tambahan supaya rasanya sedap, kerana kolagen asli ada rasa yang kurang menyenangkan, atau hambar. Pastikan ia menggunakan pemanis natural.

Macam kolagen Shaklee, rasa dia hanyir sikit ..yelah, dari sisik ikan kan. Tapi dah banyak sachet telan ni rasa biasa je takdelah hanyir ke apa.

(5) Kolagen dari sumber marin adalah yang paling pure, paling selamat dan paling tinggi bioavailability berbanding kolagen jenis lain. Hati-hati dengan kolagen yang murah-murah kerana ia mungkin dihasilkan dari sisa-sisa rumah sembelihan dan tidak menjalani kawalan kualiti yang ketat.

Kesemua panduan ni sangat bertepatan dengan kolagen Shaklee. Jadi dah tau lah kan nak pilih hok mana? Hehe

Apapun..pesanan saya..Buatlah pilihan yang tepat. Jangan mudah terpengaruh dengan testimoni dan kata-kata orang semata. Buatlah sedikit kajian (semudah baca label & Google).

Ingatlah tubuh kita ni tiada galang gantinya. Jadi tapislah betul-betul apa yang masuk dalam badan, biarlah mahal sikit takpe, asalkan selamat. Badan kita ni priceless, takde galang ganti dah…

Biarlah yang baik-baik dan yang berkualiti je yang masuk dalam badan kita ni, ok?๐Ÿ˜˜

Bai. Nak minum kolagen paling best dalam dunia!

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge