5 PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN

0

Bismillah.

Assalamualaikum =)

Pastinya ramai ibu-ibu diluar sana yang sedang berdebar menunggu hari, lebih menambah debaran kalau itulah anak pertama yang bakal dilahirkan!

Semasa saya sedang menanti hari untuk bersalinkan anak pertama dahulu, Alhamdulillah, Allah kurniakan ketenangan sepanjang mengandung, tak pernha terlintas atau terbayang perkara pelik-pelik. Apa yang sellau saya buat adalah latihan ‘push’ yang betul supaya mudah dalam labour room nanti. Sampai masa dalam LR, nurse siap puji pandai teran. =P

Sebenarnya, suami sangat mainkan peranan penting sepanjang isteri melalui proses melahirkan. Dan alhamdulillah, my husband was doing it successfully! Kat sini ada beberapa tip yang saya boleh kongsikan, tip untuk suami bantu isteri sepanjang proses melahirkan.

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN

isteri bersalin

#1 Suami tahu apa yang perlu dijangkakan.

Suami saya sangat alert dengan keadaan saya. Pengalaman melahirkan anak pertama, air ketuban pecah dulu dan keluar sedikit demi sedikit. Mulanya saya tak perasan sebab masa tu jam 1 pagi. Suami yang tegur ketika nak ke tandas. Terus suami suruh bersiap untuk bawa ke hospital.

Buat para suami, setiap proses kelahiran adalah berbeza dan begitu juga emosi si isteri. Kalau berlaku contraction yang amat kuat, si isteri akan mula merasa kesakitan dan ini akan menyebabkan emosi si isteri turut berubah dan terganggu. Jadi jangan ambil hati ya sekiranya tiba-tiba isteri anda marah, merengus dan sebagainya. Anggaplah isteri tidak sedar semua tu berlaku.

#2 Bersedia untuk menunggu dengan tempoh yang lama.

Selepas saya warded jam 2pagi, sehingga jam 2 petang keesokannya masih tiada tanda bukaan jalan, hanya air ketuban yang terus mengalir keluar tanpa henti. Dalam tempoh inilah suami sangat perlu berada bersama suami untuk menenangkan perasaan si isteri yangs edang kebimbangan. Alhamdulillah, peluang menanti ni saya cuba penuhkan dengan bacaan surah Maryam, memohon pada Allah agar dimudahkan segala proses.

Dalam tempoh ini juga suami akan bawa berjalan, naik turun tangga untuk percepatkan lagi bukaan jalan. Bantulah memberi urutan dan apa sahaja yang dapat menenangkan emosi si isteri. =)

suami-isteri-bersalin

#3 Jangan mudah terasa hati

Biasanya bila dah sampai kesakitan memuncak, si isteri pun dah tak keruan dan emosi turut menjadi lebih terganggu. Para suami jangan ambil hati sekiranya tiba-tiba isteri anda berlaku kasar atau meninggikan suara, ini kerana mereka sedang menahan kesakitan yang teramat sangat. Teruskan memberi sokongan dan kata semangat.

#4 Bantu isteri bertenang dan fokus

Bantu isteri bertenang dan fokus, terutamanya ketika dah berada di dalam labour room. Teringat sangat masa ni, memang dah tak keruan menahan sakit masa dalam LR,huhu.. Masa ni hanya dengar suara suami je, dan Alhamdulillah, suami sangat membantu dan beri kata semangat.

#5 Sentiasa berada disamping isteri

Si isteri memang mengharap untuk suami sentiasa berada disisinya untuk bersama-sama melalui pengalaman dan detik bermakna ini.. Mestilah kan.. anak yang dikandung itu tanda cinta bersama, perlulah harungi dan tempuh masa sukar bersama-sama!

Semoga tip ini bermanfaat dan para suami dapat memberikan layanan dan perhatian sebaiknya kepada isteri, tidak kira kali ke berapa pun si isteri melahirkan, jadikan ia seolah-olah pengalaman buat pertama kali agar si isteri merasa dihargai dan disayangi..

 

 

We Are Here To Inspire One Another,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali

Shaklee ID 1075383

sakieenah@yahoo.com

018-3164133

Pengedar Shaklee Kawasan Muar & Seluruh Malaysia

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge