5 Sebab Kenapa Bayi Anda Wajib Merangkak

4

Assalamualaikum

Saya pernah dengar ayat ni, “Bayi yang melalui tempoh merangkak yang lama adalah bayi yang cerdik, sebab semua anggota digunakan dalam aktiviti merangkak ni dan ia meangaktifkan kedua-dua belah otak.”

Wallahua’lam. Mungkin ada betulnya kan? 🙂

Pentingkah Bayi Melalui Fasa MERANGKAK?

Biasanya mak ayah suka bila anak cepat berjalan, punyalah eksaited kalau anak cepat berjalan. Tapi sejujurnya bagi saya sendiri, saya suka tengok anak saya merangkak lama-lama. Even bila dia dah pandai berjalan pun, sekali sekala saya akan ajak dia bermain aktiviti merangkak dengan niat supaya dia boleh aktifkan semua motorskill dia.

Saya kongsi sedikit info ringkas di sini, mengapa bayi  perlu merangkak :

 

“Why is crawling important?

It helps your baby organize the wiring to his brain for higher level, cortical functions. Cross pattern activities help develop good communication between the right and left sides of the brain, which helps to avoid future problems of long-term memory, stuttering, etc. It also helps him feel and understand where his body is in space, as well as promotes good bladder and bowel control. Coordinated physical movement is dependent upon developing good tactility and corresponding good cross pattern movement.

— Kay Ness, Jett’s Neurodevelopmentalist”

 

Jadi, jawapan kepada soalan di atas, adalah YA, adalah penting untuk setiap bayi itu melalui fasa MERANGKAK kerana :

1# Dengan merangkak ia menandakan bahawa fungsi korteksnya berkembang dengan baik.

2# Merangkak juga membantu anak-anak “develop” fokus mata yang lebih bagus dan ini sangat membantu anak-anak apabila mereka mula belajar membaca dan menulis.

3# Merangkak akan menguatkan otot-otot tubuh anak seperti otot perut, bahu, tangan, lengan dan kaki. Ianya juga membantu untuk membentuk tulang belakang yang betul (“spinal alignment”)

4# Membantu anak-anak dalam kemahiran koordinasi dan keseimbangan badan(“balance & coordination”)

5# Dari sudut sosio emosinya, anak-anak yang merangkak secara automatik akan terdorong untuk mencapai “goals” yang mereka inginkan dengan merangkak untuk mendapatkan objek yang mereka mahukan.

 

Ada 3 peringkat merangkak sebenarnya yang kita selama ni mungkin tak perasan…

Peringkat 1 :

HOMOLOGOUS — Merangkak seperti ULAT BULU (peringkat awal merangkak).

Peringkat 2 :

HOMOLATERAL — Merangkak seperti BERUANG. Iaitu tangan dan kaki yang sama bergerak seiringan (“same side”).Maksudnya, bila tangan kanan ke depan, kaki kanan ikut ke depan.

Peringkat 3 :

CROSS PATTERN — Merangkak seperti HARIMAU berjalan. Iaitu tangan dan kaki yang bergerak secara bersilangan. Maksudnya, bila tangan kanan ke depan, kaki kiri yang ikut ke depan.

Fasa merangkak yang paling sempurna ialah yang ketiga iaitu CROSS PATTERN. Ini kerana, dengan merangkak secara “cross pattern” ianya menandakan kedua-dua bahagian otak mereka (kiri dan kanan) dapat berfungsi dengan baik.

Jadi mak ayah lepas ni boleh cuba merangkak sekali dengan anak-anak, entah-entah anak-anak lagi tangkas dan cekap dalam merangkak ni ! Hehe.. Selamat mencuba!

 

sumber sini

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
COD area : Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

 

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion4 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge