Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

5 Sebab Surirumah Perlu Mengepam Dan Buat Stok Susu

2

Assalamualaikum

Hari ini kembali memegang breastpump setelah hampir setahun meniggalkannya, huhu. Kalau masa awal-awal resign dulu, mind set memang letak dalam kepala, dah jadi WAHM (work at home mom) ni tak perlu la dah nak pam semua kan. Jimat beg plastik semua, ekekeke. Tapi rupanya saya silap. Walaupun dah jadi wahm tetap kena jugak pam susu.

Alhamdulillah masa Ayyash dulu takde masalah pun nak buat stok, syukur rezeki Ayyash, susu memang melimpah ruah, badan pun alhamdulillah rasa kuat dan bertenaga, mungkin sebab amalkan Set Menyusu Terbaik ni.

Cuma 6 bulan pertama susukan Ayyash, badan letih sangat , balik kerja terus flat mungkin sebab badan tak cukup zat nutrisi, dan susu pun tak cukup khasiat(sebab masa ni tak ambik lagi set menyusu terbaik tu). Dan syukur sangat sebab masa pregnantkan Miqdad, still lagi takde masalah untuk menyusukan Ayyash. Cukup 2tahun terus wean off sebab dah 7 bulan pregnant masa tu.

Dan hari ini..

Start semula mengepam sebab tak lama lagi Miqdad kena buat operation jantung berlubang, so nak tak nak memang kena jugak buat stok susu. Dan sebenarnya ada lagi sebab-sebab lain yang saya rasa, walaupun kita ni hanya bekerja dari rumah, tapi tetap jugak kena ada stok.

5 SEBAB SURIRUMAH PERLU MENGEPAM DAN BUAT STOK SUSU

1# Mudah nak ke mana-mana

Misal kata nak ke mana-mana, dan perlu tinggalkan baby pada orang lain, jadi mudah ibu-ibu dah ready kan stok susu. Yelahkan, kalau nak ke tempat crowded tu dalam zaman sekarang yang banyak penyakit macam-macam, sebaiknya tinggalkanlah baby tu. Sebab baby ni imun badan dia masih tak kuat, mudah dapat jangkitan. MEncegah tu lebih baik,kan? 🙂

2# Emergency case

Yang ni lagi tak boleh nak jangka, kot ada emergency case yang perlu buatkan ibu stay jauh dengan baby, lagi kena ada stok ok?

3# Baby atau ibu sakit sehingga ditahan wad

Macam haritu masa Miqdad warded seminggu, mujurla saya boleh teman dia di hospital. Kalau tak susah hati jugak sebab memang langsung takde buat stok susu. Masa tu baru terfikir, macam mana pulak kalau tiba-tiba saya yang kena warded (nauzubillah min zalik), lagi kesian kat baby kan. Bukan boleh angkut baby duk wad sekali..

4# Rangsang pengeluaran susu

Disebabkan Miqdad ada masalah jantung, jadi dia cepat letih bila menyusu. Dan dia menyusu pun tak lama, dan tak boleh lama-lama. Sebab bila dia menyusu over limit, nanti dia muntah balik semua susu tu. Kesian sangat tengok dia. Jadi bila low suction, lama-lama nampak penghasilan susu agak drop. Nak taknak memang kena stimulate dengan mengepam.

5# Campurkan dalam solid food

Even surirumah, anytime nak menyusukan anak pun bolehkan. Tapi first time nak kenalkan solid food pada anak, biasanya saya memang campurkan sekali susu dalam tu. Supaya bila ada rasa susu ibu dia, dia mungkin akan rasa lagi suka nak makan.

 

stok susu day 1

 

Sekarang dah sedar dah.

 

Jadi surirumah bukan alasan nak skip pumping, bahkan lagi ‘selamat’ rasanya kalau kita still buat stok. Cuma beza yang saya sendiri rasa, takde rasa stress kena pulun buat stok sebab saya yakin susu saya akan cukup untuk Miqdad inshaAllah.

Apa cara sekalipun, saya akan tetap usaha untuk teruskan penyusuan susu ibu ni, sebab saya yakin inilah susu terbaik yang Allah anugerahkan pada ibu untuk tunaikan hak anak. 🙂

Lets counting the day!

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran
Facebook Comments

I am a wife to a great husband. I am a proud mother to three adorable sons. I am a fulltime work at home mom. I am breastfeeding my 3 sons, and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my little experiences in parenting, breastfeeding, pregnancy because every journey is unique. Bundle of joys, Ayyash, Miqdad & Ubaidah.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge