5 TIP AMBIL MOOD LIPAT BAJU ATASI MASALAH KAIN BERLONGGOK

0

Assalamualaikum

Bab yang paling lemah sekali adalah part melipat kain baju berlonggok. Bercinta betul tengok kain baju yang perlu dilipat semakin hari semakin menggunung setinggi gunung everest. Huhu. Kenapa entahkan. Rasanya 90% kongsi masalah yang sama macam saya. Tapi sebenarnya boleh je kalau nak cantas masalah ni awal-awal. Macam mana tu?

 5 CARA AMBIL MOOD LIPAT BAJU ATASI MASALAH KAIN BERLONGGOK

1# ELAK SUKA BERTANGGUH

Pandai-pandailah atur masa. Masa dah basuh baju, sambil nak tunggu kain siap dibasuh boleh terus lipat kain baju yang dah kering. Masa tu mesti tak mengunung tinggi lagi kain baju. Sebelum sakit mata tengok baju berlonggok, baik setelkan cepat-cepat.

 2# ASINGKAN FABRIK

Selalu saya buat macam ni. Asingkan kain yang besar dengan yang kecil-kecil sebelum lipat. Lepas tu lipat dulu kain yang besar tu. Nanti baru kita nampak, Eh, sikit je baju nak kena lipat rupanya!

3# JANGAN TENGOK TV DAN JAUHKAN DARI HANDSET

Buat kerja surirumah ni takde nak berangan boleh buat kerja sambil layan tv. No No No. Saya sendiri seorang surirumah dan cuba strict dengn masa saya sebab banyak sangat kerja nak setelkan, lagi pulak jaga dua orang hero power ni tanpa maid. Berpeluh mak! Jadi apa yang saya buat, kalau nak lipat baju jauhkan dulu hp tu (kalau tak asyik nak mereply whatsapp je). Sampailah siap lipat baju. Yang paling amazing sekali bila hasilnya — eh dah siap dah lipat baju ? 😛

4# BAHAGIKAN TUGASAN

Kalau yang ni macam mak saya selalu buat dulu. Saya tak dapat nak buat lagi macam ni. Ajar anak-anak ambil baju masing-masing, lipat dna simpan dalam almari sendiri. Memang cepat sangat siap kerja kalau macam ni,hehe.

5# SEDIAKAN SATU BAKUL JE

Untuk letak baju yang dah diangkut dari ampai, gunakan satu bakul je untuk elakkan banyak bakul yang digunakan nanti. Nanti pening pulak tengok baju makin banyak nak kena lipat !

Ini antara tip yang saya boleh sharekan. Kot mak-mak sweet semua ada tip lain pulak mehla share sama. ^^,

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge