5 Tip Berkesan Untuk Ibu Bekerjaya Urus Rumah Tanpa Pembantu. Cubalah!

2

Assalamualaikum..

Dulu, sebelum berkecimpung dengan bisnes yang dah jadi sebahagian dari hidup ni, pernah juga merasa kehidupan sebagai ibu bekerjaya. Sebab tu saya faham sangat macam mana perasaan ibu bekerjaya ni nak urus rumah, anak-anak dan suami, dalam masa yang sama perlu lunaskan juga amanah kerja hakiki diluar..

Pernah merasa masa awal-awal dikurniakan anak, mashaAllah kelam kabut nak urus mana dulu. Anak menangis nak menyusu, balik hampir maghrib, lauk nasik semua tak masak lagi. Dengan nak mengepam susu lagi, solat lagi. Tang rumah bersepah baju kain tak berlipat belum kira. Masa tu nak je rasa ambil pembantu urus rumah, tapi manalah mampu dengan gaji masa tu .. Bertahan jelah.

Alhamdulillah, dah makin lama, makin pandai adjust masa dan boleh uruskan sikit-sikit dengan baik. Takdelah sempurna mana, tapi cukuplah sebagai ibu bekerjaya, saya dapat urus rumah dengan baik walaupun tanpa pembantu. Itu lebih bahagia dan puashati kan? ๐Ÿ™‚

5 Tip Berkesan Untuk Ibu Bekerjaya Urus Rumah Tanpa Pembantu. Cubalah!

Mungkin ramai je ibu-ibu hebat luar sana dah tahu dan arif sangat tentang tip ni, saya saja nak kongsikan juga..mana tahu masih ada yang mencari-carikan. Sharing is caring kata orang.

1# Sediakan stok bahan masak untuk seminggu

Khususkan hari minggu ibu-ibu untuk lakukan perkara ni. Pertama sekali, listkan dulu menu untuk seminggu dan kemudian bolehlah mulakan projek sediakan stok bahan masakan untuk seminggu!

tip urus rumah

Untuk lebih mudah, boleh guna bekas warna lain-lain untuk bahagikan ikut hari, ataupun tulis siap-siap pada bekas untuk hari apa. Nanti mudah nak mintak tolong suami keluarkan bekas lauk dari peti.

Ada juga sesetengah ibu-ibu yang masak siap-siap 7 jenis lauk, nanti keluarkan dan panaskan je. Tapi saya tak berapa minat makan lauk yang dipanaskan.. depend la pada mak-mak ye. ๐Ÿ™‚

2# Terus basuh, sidai dan lipat baju pada hari yang sama. Elakkan bertangguh!

Sekali bertangguh, memang susah nak mulakan melipat baju kan T_T bab ni memang perlukan kekuatan mental dan disiplin betul-betul. Cuba untuk setelkan dalam hari yang sama supaya tak jadi gunung everest satu hari nanti.

Nak lagi mudah, untuk baju kerja boleh sangkut je. Tak perlu lipat-lipat.

3# Cuci pinggan sejurus lepas makan

Yang ni pun kena buat on the spot. Tak boleh tangguh-tangguh. Alamatnya memang penuhla sinki tu kan. Kalau yang ada anak besar bolehlah minta tolong anak basuhkan pinggan.. atau kalau anak pun baby lagi, boleh cuba minta tolong dengan suami. Sama-sama buat kerja rumah kan seronok ๐Ÿ™‚

urus rumah untuk ibu bekerjaya

Namun tak dinafikan ada masa dan ketika memang langsung tak sempat nak setelkan pinggan mangkuk dulu. Dont take it too serious..it is ok dan normal ๐Ÿ™‚

4# Gosok baju kerja dan sekolah anak-anak untuk seminggu

Yang ni pun semua setelkan hari minggu..pendek kata hari minggu memang mak-mak bizi la nak setelkan semua benda ni. Kan-kan? Inilah rutin kehidupan seorang ibu bekerjaya yang tak pernah habis.. ๐Ÿ˜€

5# Gotong royong mingguan

Yang ni paling seronok nak praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Janganlah asyik sibuk bergotong royong diluar tapi untuk buat kat rumah sendiri tak rajin. Kalaupun anak-anak masih baby, masa ni boleh buat dengan suami dulu..

Baca :ย Bekerja Sebagai Pelatih Pengurus Restoran Pizza Terkenal, Wanita Ini Akui Perlukan Lebih Energi.

Bahagikan kerja untuk sama-sama selesaikan. Macam saya, biasanya bahagian dapur saya setelkan. Bahagian ruang tamu dan luar rumah suami setelkan. Wah, memang seronok tau. Kemas dan bersihkan rumah 1-2 kali je seminggu. ๐Ÿ™‚

Bukan senang kan nak jadi ibu bekerjaya yang dapat uruskan rumah sebaik mungkin, memang agak meletihkan.. apapun semua ni perlukan tolak ansur dengan suami juga.. sama juga keadaannya untuk surirumah sepenuh masa (now i feel them — dah jadi fulltime housewife) Secara peribadi saya sendiri rasa ianya memang lebih mencabar dari waktu bekerja dulu.

Apapun, banyak-banyak minta kekuatan dari Allah untuk mudahkan kita sebagai ibu bekerjaya untuk uruskan rumah walaupun tanpa pembantuย dan minta bantuan dari Allah untuk selesaikan semua dengan baik.

Semoga bermanfaat !

Baca : Pilihan Kerja Dari Rumah Yang Buatkan Ramai Engineer Letak Jawatan

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge