5 TIP SUSU MERIAH TANPA AMBIL SEBARANG SUPLEMEN

2

 

Assalamualaikum

Pengalaman pertama menyusukan anak memang langsung TAK AMBIL suplemen. Memang banyak orang bagi tips macam-macam, ambik itu ambik ini. Dan ini 5 tip paling mudah yang saya rasa saya buat sepanjang 6 bulan pertama tempoh penyusuan eksklsif anak pertama.

5 TIP SUSU MERIAH TANPA AMBIL SEBARANG SUPLEMEN

 

Tip Pertama : Kerapkan menyusu atau mengepam

Awal-awal lahir susu bdan memang tak banyakpun. Pam-pam dapat sikit je. 1oz pun tak sampai. Tapi kerapkan bagi baby menyusu sebab sucking baby tu lebih kuat daripada pam kita tu. Jangan hadkan masa, bila baby nak susu, terus bagi. Biasa yang saya buat, sambil-sambil menyusu sebelah, sebelah lagi boleh pam. Kerapkan menyusu atau mengepam 2 atau 3 jam sekali 🙂

Tip Kedua : Pam pada waktu malam

Seperti mana yang kita tahu, hormon prolaktin banyak dihasilkan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Sebab tu memang suka sangat amalkan mengepam dalam tempoh waktu tu. Tengoklah susu meriah sungguh masa tu. Dan ada masa susu merudum, bangun tengah malam siap buat power pumping lagi.

Tip Ketiga : Jangan tunggu payudara penuh atau bengkak

Mula-mula dulu mindset macam ni jugak. Nak tunggu breast penuh baru nak pam. Tapi perasan, lama-lama production susu makin slow dan sikit. Lepas tu terus konsisten dengan jadual mengepam walaupun baru lepas bagi baby susu, pam jugak walaupun sikit je yang keluar. Bila payudara kosong, dia akan hantar signal pada badan untuk rangsang lagi penghasilan susu.

Tip Keempat : Minum banyak air kosong

Ibu menyusu memang cepat dan selalu rasa dahaga. Hatta saya ni, kalau zaman anak dara dulu memang susah kemain nak minum air masak. Dah jadi mak menyusu ni tak boleh nak berenggang pun dengan air masak. Sehari 3 liter tu confirm habis 🙂

Tip Kelima : Menyusu atau mengepam lebih lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusu atau mengepam. Biarkan bayi menyusu sepuas-puasnya sebelum tukar ke payudara satu lagi. Masa pam pula, ambil masa antara 15-20 minit bagi setiap payudara. Pastikan payudara betul-betul kosong sebelum berhenti memerah.

==========================================

6 bulan menyusu anak tanpa sebarang suplemen.

Alhamdulillah. Susu meriah.

Baby pun sihat aktif.

Tapi ..

Badan dah start sakit-sakit.

Bangun pagi lesu.

Pergi kerja moody.

Balik rumah takleh buat apa. Melepek.

Semuanya berubah lepas baca cerita ni 🙂

“…actually tadi ummi sempat bersembang dengan sahabat ummi yang turut breastfeeding anak (tapi waktu keje ada top up sikit dengan formula milk)…ummi sempat ceritakan bahawa ummi mengambil beberapa supplement bagi MEMASTIKAN susu ummi kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan…

dengan erti kata lain ummi cuba memastikan susu ummi benar-benar berkualiti buat anak kesayangan ummi…sahabat ummi bertanya kepada ummi…”untuk apa perlunya supplement kerana susu ibu itu sendiri adalah yang terbaik dan telah lengkap dengan segala zat dan mineral yang di perlukan”..

tersenyum ummi mendengar soalan tersebut…ummi memang tidak menyangkal kenyataan tersebut malah mengakui kebenarannya…malahan…sahabat ummi turut menekankan bahawa “Bukankah apa yang tuhan ciptakan adalah suatu yang terbaik, mengapa pulak kita nak kena memandai2 alter benda yang asli???”…

Dengan nada yang sangat lembut ummi tanyakan semula pada sahabat ummi ini..”Mengapa agaknya kebanyakkan wanita ke pejabat atau keluar dari rumah mesti sekurang2nya memakai bedak di muka???Atau mungkin mencalitkan sedikit lipstik di bibir???”

Bukankah Allah telah menciptakan ianya begitu sempurna dan mengapa kita perlu menokok tambahnya pula…terdiam sejenak sahabat ummi ini…dan lantas berkata..”Hmmm..tu la susahnya bercakap dengan orang yg biasa berhujah dlm court ni..nak menang je…”…

Tergelak terus ummi mendengarnya sambil mohon maaf jika sahabat ummi tersinggung dan minta dia sama2 berfikir tentang kebenarannya…

Secara jujurnya, ummi rasakan jawapan yang paling tepat bg soalan di atas ialah SEMUA MANUSIA DI DUNIA INI INGINKAN KESEMPURNAAN DALAM SATU2 HAL..walaupun pada dasarnya kita tidak berniat atau cuba mengubah kejadian tuhan, tetapi kita cuma ingin melengkapkannya lagi dengan ‘aksesori’ supaya ianya lebih menawan dan sempurna…

So, begitu jugalah dengan susu ibu..pada ummi apa yg paling ummi titik beratkan untuk memastikan susu yang ummi hasilkan itu, benar2 berkualiti untuk anak ummi…Bukanlah ummi mengatakan bahawa susu ibu yang terhasil itu kurang zat (malahan ianya beribu2 kali lebih baik dr susu formula dan ini di akui sendiri oleh pakar2 berkaitan)…tetapi dalam keadaan :
1) Ummi tidak mampu makan semua makanan seimbang yang di syorkan oleh pakar pemakanan (Cth setiap hidangan perlu ada sayuran hijau, daging, ikan, telur dan lain2)…
2) Ummi tidak pasti samada masakan yang ummi beli di kedai2 semasa bekerja ada atau tidak di letakkan penambah perisa yang kebiasaannya akan sedikit sebanyak merosakkan zat2 makanan itu sendiri…
3) Kebiasaanya, zat makanan yang terdapat pada makanan telah hilang atau musnah sebahagian besar akibat cara masakan di kedai2 makan (Contoh : Sayur hijau jika di rebus terlalu lama, maka zat yang terdapat pada sayuran akan musnah)…
4) Ummi tidak mampu makan buah2an pada kadar yang banyak dalam satu hari bag mengimbangi keperluan badan seharian…
5) Ummi kerap terskip waktu makan dan menggabungkan sarapan pagi dan tengahari dalam satu masa yang jelas2 tidak memenuhi pemakanan seimbang yang di syorkan…
Lalu, dalam keadaan di atas, apa agaknya zat dan nutrisi yang tinggal dalam susu ummi???

Jika kita perhatikan :
1) Dari dalam pantang lagi, ibu mertua ummi sering berpesan jangan sesekali makan makanan yang berangin kerana anak akan kembung sebab menyusu badan…
2) Kenyataan dan fakta yang sering mengatakan bahawa apa yg kita makan akan di salurkan melalui air susu terus kepada anak…
3) Mengapa doktor menyarankan kita menjaga pemakanan seharian kerana kita masih menyusukan anak..
4) Tak boleh makan sebarangan sbb akan meninggalkan kesan kepada anak yg menyusu dgn kita..
Jadi, secara jelasnya, susu ibu itu adalah secara langsung datang dari apa yang si ibu itu makan dan ambil dalam diet pemakanan sehariannya…so, memang sgtlah penting kita memastikan susu kita kaya dengan segala zat dan nutrisi yang di perlukan untuk di salurkan pada si kecil kita…

Dan pernahkah kita terfikir mengapa agaknya semasa hamil kita di bekalkan dengan vitamin2 untuk di consume sepanjang tempoh kehamilan???Sudah pastinya untuk memastikan si kecil itu sihat dalam kandungan kita…

Dan adakah selepas di lahirkan kita terus mengabaikan pengambilan vitamin dengan alasan klinik tidak membekalkan pada kita???

Kalau menurut ummi, semasa tempoh breastfeeding inilah yang sepatutnya kita mengambil supplement bagi menjamin khasiat yang kita makan di salurkan melalui susu badan kita…

kerana ummi ibaratkan anak kecil di bawah 2 tahun “sangat fregile”…dengan sistem ketahanan badan yg sgt rapuh sedangkan mereka tidak mampu menelan sendiri vitamin2 tersebut untuk kebaikan mereka…di sinilah pengorbanan seorang ibu yang sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk anaknya…

dan ummi memilih mengamalkan supplement2 ini bukan sahaja untuk memastikan kuantiti susu ummi cukup buat anak ummi, tapi yang LEBIH PENTINGNYA SUSU UMMI BERKUALITI BUAT BEKALAN ANAK UMMI…

So, pilihan di tangan kita…kita yang lebih berhak menentukan apa yang terbaik buat anak2 kita…jika kita sentiasa memilih baju yang bagus2 untuk anak kita, membelikan permainan yg mahal2 demi melihat keseronokan dan tumbesaran anak kita berlaku dengan baik, sanggup juga membeli perhiasan seperti gelang emas dan sebagainya untuk mencantikkan anak kita, adakalanya kita sering terlupa untuk mengeluarkan sedikit wang untuk MEMASTIKAN KESIHATAN ANAK KITA TERJAMIN…

Dan, bagi diri ummi, apa yang paling penting dan membahagiakan ummi adalah apabila melihat anak2 ummi membesar dan sihat seiring dengan keperluan badannya sehari2…

Kerana itu, ummi memilih, mengamalkan SET B + ESP + PERFORMANCE DRINK + OSTEMATRIX bagi memastikan anak ummi, Qistyna yang masih menyusu sepenuhnya dengan ummi mendapatkan segala khasiat yang di perlukan olehnya…

Dan ummi memilih meal shake buat anak sulung ummi, Syasya (Syasya tak berapa lalu nak makan ESP)..juga untuk memastikan zat dan nutrien yg di perlukan olehnya lengkap…(Akan datang ummi nak cuba bagi Omega pulak kat syasya)…

Dan mengapa ummi memilih untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi membeli perkara2 di atas?????

KERANA SESUNGGUHNYA UMMI SANGAT2 SAYANGKAN MEREKA DAN KESIHATAN MEREKA ADALAH SANGAT PENTING BUAT UMMI…

BAGAIMANA DENGAN KALIAN???

TEPUK DADA TANYAKAN KEHENDAK KITA… 🙂

 

Dua tahun amalkan set menyusu ni, sangat-sangat bantu kesihatan diri dan anak-anak saya. Syukur 🙂

Hanya yang terbaik untuk mereka.

Selamat mencukupkan 2 tahun penyusuan susu ibu, salam manissss dari ummi. Apa-apa masalah meh contact ummi ye 🙂

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge