6 KEPERLUAN UTAMA DALAM NUTRISI IBU HAMIL UNTUK KEBAIKAN IBU DAN BAYI

0

Semua ibu dan bakal ibu mesti nak sediakan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak kan. Tapi masa saya hamilkan anak pertama, banyak makan processed dan fastfood. Kurma delima semua makan jugak, tapi nutrisi dan pemakanan tak jaga betul. Sedih bila teringat.

Pengalaman mengandungkan anak pertama, badan cepat letih, asyik  lesu dan sembelit pun selalu. Kejang kaki pernah kena sekali masa anak pertama, walaupun setiap hari tak pernah miss minum sekotak susu kecil DutchLady tu. Tapi Alhamdulillah .. Hb tak pernah bermasalah, itu part yang paling lega.

Bila turn anak kedua, baru kenal apa maksud nutrisi, apa dia keperluan janin, apa yang diperlukan untuk perkembangan minda dan tumbesaran janin yang sempurna dan macam-macam. Baru belajar, itupun lepas ikut kelas nutrisi kehamilan yang dibuat oleh pakar nutrisi Shaklee. Barulah angguk angguk geleng geleng. Haisshhh.

6 KEPERLUAN UTAMA DALAM NUTRISI IBU HAMIL UNTUK KEBAIKAN IBU DAN BAYI

Masa pergi kelas ni saya dah sarat pregnant 8 bulan, dan selama 8 bulan tu memang saya ambil sama macam yang pakar nutrisi ni cadangkan. Cuma banyak ilmu saya tak tahu tentang nutrisi ni, yang saya tahu apa yang saya ambil ni memang baik 🙂

Apa nutrisi yang diperlukan ibu hamil ?

 

Nutrisi ibu hamil #1 : Protein [ ESP ]

  • Ibu hamil yang tak cukup pengambilan protein akan menyebabkan baby tak membesar dengan sepatutnya.
  • Pengambilan protein yang mencukupi ketika hamil akan merangsang penghasilan susu ibu.
  • ESP mengandungi 9 asid amino yang diperlukan badan tetapi tak dapat dihasilkan oleh badan, so kita kena dapatkan daripada pemakanan.
  • Sumber tenaga yang boleh bantu ibu hamil kenyang lebih lama, sepanjang pregnant, inilah sarapan harian saya 🙂
  • Rambut cantik dan kuat juga tanda diet protein kita lengkap ! Yang masalah rambut asyik gugur tu cepat-cepat amalkan protein ni ye 😀

Nutrisi ibu hamil #2 : Folik Asid (B Complex)

  • Sebaiknya ambil folik asid ni 3 bulan sebelum plan nak pregnant untuk elakkan kecacatan pada tulang belakang bayi dan mengelakkan spina bifida.
  • Membantu memastikan pembentukan tiub neural – saraf belakang bayi berlaku dengan sempurna dan baik.
  • Lengkap dengan semua jenis Vitamin B yang diperlukan, membantu mengawal emosi ibu, membekalkan tenaga dan membantu menghilangkan mual dan loya.

Info tambahan – Ibu menyusu yang amalkan B Complex akan bantu mempercepatkan sensor motor baby.

Nutrisi ibu hamil #3 : Kalsium (Ostematrix)

  • Apabila badan kekurangan kalsium, ia boleh menyebabkan masalah pada tulang dan otot. Ibu hamil yang kurang kalsium berisiko untuk mengalami sakit-sakit tulang dan kekejangan otot.
  • Bila otot rasa cramp masa pregnant, itu signal yang badan kita hantar bahawa kalsium dalam badan kita memang dah kurang sangat.
  • Kalsium Shaklee disekalikan dengan vitamin D untuk bantu penyerapan lebih baik ke dalam tulang kita.
  • Magnesium yang terkandung didalam ostematrix ni akan bantu penyerapan air ke kolon, sekaligus akan melembutkan najis dan bantu hilangkan terus masalah sembelit ! *hepinya sembelit takde masa pregnant dan berpantang*

Info tambahan – Wanita terutamanya, sebaiknya amalkan ostematrix ni muda-muda, start umur 18 tahun pun dah bagus sebab tulang kita cepat rapuh kerana 3 perkara — period (datang haid), mengandung dan menyusukan anak.

Nutrisi ibu hamil #4 : Vitalea (Zat besi)

  • Ibu hamil mengepam lebih banyak darah ke seluruh badan. Kandungan darah ibu hamil lebih 50% dari biasa.
  • Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • Kekurangan sel darah merah menyebabkan anemia dan sangat bahaya kepada kandungan dan ibu sendiri.
  • Darah yang banyak berfungsi untuk cukupkan pengangkutan oksigen dan nutrisi kepada bayi dalam kandungan
  • Alhamdulillah, sepanjang pregnant saya amalkan vitalea, hb tak pernah bawah 11 🙂
  • Bagus diamalkan untuk elakkan tumpah darah semasa bersalin

Nutrisi ibu hamil #5 : Vitamin C

  • Vitamin C sangat penting untuk penyerapan zat besi. Walaupun ibu dah makan zat besi tapi tanpa vitamin C, ibu tetap berpotensi untuk mendapat anemia.
  • Membantu meningkatkan imun badan ibu hamil dan bayi didalam kandungan daripada jangkitan kuman
  • Membantu mengatasi kulit wajah kusam ibu semasa hamil

 Nutrisi ibu hamil #6 : Minyak Ikan (Omega)

  • Minyak ikan sudah diketahui sangat penting untuk kesihatan otak, dan juga sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sangat penting untuk tindakbalas hormon.
  • Minyak ikan Shaklee melalui proses penyulingan 3 peringkat untuk tapis segala logam berat yang ada agar selamat diambil seawal umur 1 tahun.
  • Ini kerana ikan laut dalam memakan logam berat yang boleh mengakibatkan kanser dalam badan sekiranya tidak disuling.
  • Kandungan EPA dan DHA yang terkandung dalam minyak ikan Shaklee membantu perkembangan dan pembentukan minda baby di awal kehamilan.

 

VITAMIN HAMIL

 

Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan kehamilan anak kedua ini sangat-sangat bertenaga dan lancar semuanya. Kalau masa anak pertama, badan asyik sakit dan letih je memanjang. Anak kedua ni sampaikan ada yang tegur nampak bertenaga dan makin berseri pula. 🙂

Lepas baby lahir, rasa sangat tulang  badannya kuat dan tegap. Baru hari kedua dah boleh angkat leher. Tak rugi amalkan ostematrix sepanjang kehamilan. Dan syukur juga, bersalin anak kedua tanpa guntingan dan koyakan. *banyaknya nikmatMu ya Rabb*

Buat ibu-ibu yang mahu lengkapkan nutrisi penting buat kesihatan ibu dan bayi dengan Set Nutrisi Kehamilan ini, boleh hubungi Zulaikha di talian 018-3164133 untuk tempahan dan konsultasi percuma.

Berita gembiranya sebab pembelian bulan ini (beserta pendaftaran keahlian) ibu-ibu boleh dapatkan dengan diskaun 5% daripada HARGA AHLI. Dan ibu-ibu pun layak menerima cashback bonus pada bulan berikutnya. Seronok,kan? 🙂

Ibu-ibu fikir dulu, kemudian boleh klik mana-mana button di bawah ya 🙂

P/S : harga untuk ahli termasuk pendaftaran cuma RM539.80. harga tanpa pendaftaran ialah RM582. mana lagi untung?

REGISTER —  Klik SINI

order-BUTTON

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge