6 Perkataan Penting Perlu Diajarkan Pada Anak Kecil Untuk Membentuk Peribadi Mulia

2

Assalamualaikum

Sejak Ayyash semakin belajar membina ayat daripada beberapa patah perkataan, sejak itu selalu saya ajarkan padanya untuk membina ayat yang baik-baik dalam meminta sesuatu, menyuruh sesuatu dan lain-lain. Belajar membina ayat dengan 6 perkataan penting, kelak nanti dia boleh menjadi seorang anak yang santun pekerti, seorang pemimpin yang rendah hati dan seorang hamba yang beradab dengan Rabbi.

6 Perkataan Penting Perlu Diajarkan Pada Anak Kecil Untuk Membentuk Peribadi Mulia

Perkataan Penting Pertama : TOLONG

Sangat penting untuk membiasakan anak mengucapkan perkataan ‘tolong’ setiap kali dia mahu mendapatkan bantuan kita. Dengan perkara sebegitu akan melatih anak untuk berlaku sopan ketika meminta sesuatu.

Ibubapa terlebih dahulu perlu membiasakan menyebut kalimah ini pada anak kecil, ketika mahu meminta mengambilkan sesuatu barang misalnya, Ucapkanlah dengan perkataan ‘tolong’. Si anak akan merasakan itu bukan suatu arahan dan pasti dilaksanakan dengan senang hati.

Anak-anak yang dibiasakan mengucapkan perkataan ‘tolong’  akan menjadikannya rendah hati dan tidak mudah untuk mengarah orang lain melakukan sesuatu.

Kalau anak kecil sengaja menumpahkan airnya, jangan marahkan dia. Sebutkan, “Tolong ambil kain ye, kita lap sama-sama (dengan senyuman manis diwajah ibu)”

Perkataan Penting Kedua : Terima Kasih

Kita sendiri apabila mendapat ucapan sesimple ‘terima kasih’ daripada oranglain pun terasa usaha kita dihargi, terapkanlah pula sifat menghargai itu ke dalam jiwa anak kita.

Ajarkan dia bagaimana rasanya bila orang menghargai walau sekecil usaha kita, pasti indah perasaannya bukan? Anak-anak pasti merasa sangat bangga saat ibubapa mengucapkan kalimah itu kepada mereka saat mereka selesai melakukan permintaan ibubapa biarpun hasilnya tak seberapa.

Lihatlah hasilnya selepas itu, anak-anak akan berusaha melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi !

Perkataan Penting Ketiga : Maaf

Perlu sekali ditekankan kepada anak kecil, perkataan ‘maaf’ bukan bermakna kita salah atau kita kalah. Tidak semestinya. Beritahulah pada mereka, orang yang berani meminta maaf, jujur mengakui kesalahan adalah orang yang berjiwa besar dan hebat.

Pada usia sekecil ini mungkin anak-anak masih belum memahami apa erti sebuah kemaafan pada manusia, tetapi dia akan terus belajar seiring dengan usianya yang semakin matang. Dan didikan ini akan membentuk suatu peribadi mulia didalam jiwa anak.

Perkataan Penting Keempat : Okey

Setiap kali Ayyash meminta sesuatu dengan dimulakan perkataan ‘tolong’, saya akan terus menjawab permintaanya dengan senang hati sambil menyebut, Okey ! =)

Dan hasilnya apa yang saya lihat bila kita pula membuat permintaan daripadanya dengan perkataan ‘tolong’, Ayyash mesti jawab dengan jawapan yang sangat simple tapi manis, “Okey! =)”

Cuma ada ketika Ayyash protes juga taknak buat, biasalah kan.. Namapun anak kecil. Begitulah sifatnya.. Perkataan ‘Okey’ ini banyak membantu Ayyash untuk hormat dan turut permintaan kami.

Perkataan Penting Kelima : Salam

Islam mengajar umatnya memberi salam, dan sunnah Nabi juga adalah menyebarkan salam. Salam sendiri memberi erti sebuah doa kesejahteraan buat orang yang kita cinta– saudara seaqidah kita. Biasakan anak kecil mengucapkan salam setiap kali bertemu saudaranya, setiap kali bangun tidur dan setiap kali ingin masuk ke rumah. Selain itu, salam juga merupakan sapaan untuk menghormati orang lain, terutama yang lebih tua.

Perkataan Penting Keenam : Minta Izin

Mengajarkan anak untuk selalu meminta izin orang lain adalah perkara yang cukup asas untuk melatihnya menghargai orang lain serta menjaganya agar tidak berbuat sesuka hati. Minta izin sekiranya mahu menggunakan barang orang lain, minta izin sekiranya hendak beransur dari rumah orang dan sebagainya.

Senang kan?

Mendidik anak memerlukan kita — ibubapa sebagai teladan paling hampir dan dekat dengan jiwanya. Kita yang harus memulakan setiap langkah itu terlebih dahulu, barulah diikuti oleh anak-anak kita =) Mari didik anak-anak kita akhlak dan adab yang mulia agar peribadi indah terbit menghiasi dirinya. Anak-anak kita adalah permata yang harus digilap !

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge