6 SIMPTOM SEMASA HAMIL YANG PERLU DIBERI PERHATIAN KERANA MEMBAHAYAKAN NYAWA

0

Assalamualaikum

Pertama sekali nak ucapkan rasa syukur yang teramat sangat sebab dua kali pengalaman hamil dan bersalin, tiada apa-apa masalah serius yang berlaku. Walaupun masa mula-mula nak buat buku merah tu nurse tegur muka pucat sangta, tapi lepas tu nurse terkejut besar. Sebab bacaan hb 13. Alhamdulillah. Takde rahsia apa, cuma ambil set hamil ni je. 🙂

 

Harini nak kongsi sedikit info tentang kehamilan. Bila seseorang wanita itu disahkan hamil, macam-macam symptom seperti muntah-muntah, pening, pitam, lemah badan dan sebagainya berlaku. Simptom-simptom ini nampak normal kerana sering terjadi kepada ibu-ibu hamil terutamanya di awal kehamilan.

 

Masa pregnant kali kedua, tak buat cek upt pun dah dapat agak ada ‘isi’ sebab rasa macam nak pitam kalau berdiri. Cek upt betul positive. Tak sangka tercapai juga hajat nak pregnant lepas ikhtiar dengan minyak borage ni.

 

 

6 Simptom Semasa Hamil Yang Perlu Diberi Perhatian Kerana Membahayakan Nyawa

1. Muntah yang melampau

 

Jika ibu-ibu muntah 2 hari berturut-turut, keracunan makanan, muntah beserta demam panas, segera dapatkan rawatan di hospital (dapatkan cecair IV).

 

2. Kesakitan yang terlampau di bahagian abdomen

Jika ibu-ibu merasa sakit ataupun kesakitan itu semakin teruk apabila kandungan semakin membesar, ia mungkin boleh bermaksud apa-apa dari kontraksi bersalin ke appendicitis.

 

3. Keputihan yang banyak ataupun kontraksi bersalin

 

Jika ibu-ibu semakin hampir ke saat bersalin, keputihan tersebut mungkin petanda air ketuban sudah pecah, maka segeralah bersedia dan pergi ke hospital. Tetapi jika anda rasa cecair banyak sebelum minggu ke-37, segera hubungi doctor kerana kemungkinan besar pundi amnion anda sudah pecah dan proses kelahiran awal mungkin berlaku.

 

4. Pendarahan

Jika pendarahan berlaku pada bila-bila masa sekalipun, segera rujuk doktor anda. Jika berlaku ketika trimester ke-2 atau ke-3, kemungkinan terdapat koyakan di plasenta atau masalah yang harus didiagnosis dengan pemeriksaan ultrabunyi.

 

5. Sakit kepala yang teruk atau bengkak seluruh badan

Jika sakit kepala berlaku secara tiba-tiba di trimester ke-2 atau ke-3, tangan dan muka membengkak dengan teruk (tidak surut), ia mungkin petanda PRA-EKLAMPSIA (tekanan darah tinggi disebabkan hamil) yang memerlukan rawatan segera!

 

6. Kurang pergerakan pada kandungan

Jika anda tidak merasakan pergerakan bayi anda selama satu jam, segeralah rujuk doktor. Kadangkala ianya tiada apa kerana mungkin bayi sengaja tidak mahu bergerak, tetapi doktor akan melakukan ujian untuk memastikan tiada masalah pada kandungan anda.

 

Apapun, tak kesahlah sekiranya ibu hamil buat kali ke 10 pun (bak kata orang dah banyak makan garam), jangan mengagak-agak bahawa ianya tidak ada apa sebab benda macam ni takleh buat main. Bahaya. Soal hidup dan mati. Jadi apa-apa berlaku terus jumpa doktor ya?

Semoga bermanfaat dan membantu ibu-ibu untuk lebih alert dengan kandungan 🙂

 

Ummu Ayyash | Zulaikha Ali

FB : Zulaikha Ali

FB PAGE : UmmuAyyashDotCom

018-3164133

sakieenah@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kawasan Muar

Luar dari kawasan Muar boleh gunakan perkhidmatan POSLAJU/GDEX/CITYLINK untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge