7 JENIS MEROYAN YANG IBU PERLU TAHU

2

Asssalamualaikum

Sedih baca kisah ibu meroyan terjun bangunan akibat tertekan tak dapat susukan anak tu. Banyak komentar dan pendapat yang masyarakat MAlaysia berikan. Saya sama sekali tak berniat langsung nak debatkan isu penyusuan disitu, terpulanglah masing-masing nak nilaikan bagaimana. Bagi yang dah pernah merasa bagaimana keadaan berpantang mesti pernah juga merasa bagaimana nak fight dengan keadaan tertekan dan stress tu.

APA ITU MEROYAN?

Meroyan atau rayan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression – PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, selepas melahirkan anak. Ini boleh berlarutan dalam jangka masa yang lama dan akhirnya menyebabkan pengidapnya menjadi kurang siuman. Inilah punca utama kenapa ibu-ibu tadi tergamak membunuh anaknya.

Meroyan terjadi disebabkan tekanan perasaan yang keterlaluan dan tidak diberi perhatian. Kebanyakkan wanita suka memendamkan masalah yang dihadapinya. Bila telah sampai kepada klimaks, keadaan sudah tidak boleh dikawal yang akhirnya mengakibatkan perasaannya bercampur baur dan sukar untuk dikawal. Diwaktu inilah kelakuannya akan jadi seperti orang yang tidak siuman dan akan berakhir dengan sesuatu yang sangat tidak diingini.

Banyak punca berlakunya penyakit meroyan. Keadaan badan wanita selepas bersalin yang teramat sakit dan letih, ditambah dengan mental yang tidak kuat, perubahan waktu tidur yang terganggu, tiada sokongan suami dan keluarga, semuanya menyumbang kepada penyakit meroyan.

Ada beberapa jenis meroyan yang ibu perlu tahu.

1# Meroyan Api

Ibu akan menjadi bengis, garang, cepat marah, sehingga boleh sampai tahap menjerit-jerit dan lupa. kemarahan adalah melampau, adakalanya menyebabkan ibu tersebut menghempas atau membaling anak kecilnya yang kerap menangis.

2# Meroyan Kentung (Kertung)

Ibu enjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh, sehingga apabila berlarutan tidak dapat membezakan antara anak dan bantal.

3# Meroyan Urat

Ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga mengeraskan dirinya seperti mengalami kekejangan otot atau org utara menyebut “kediang badan”

4# Meroyan Lendir

Ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu, mata pudar dan keguguran rambut serta badan menjadi susut.

5# Meroyan Tinggal

Ibu sentiasa berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang untuk lari dari rumah. Ibu yang mengalami masalah begini mungkin tidak mahukan bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai serta dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suaminya sendiri.

6# Meroyan Bulu

Ibu sentiasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeletar kesejukan sehingga boleh menyebabkan kancing gigi. Adakalnya akan kelihatan seperti disampuk.

7# Meroyan Kulit

Ibu berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru garu seperti kelakuan kera. Akibat sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami penyakit kulit.

Penting sangat untuk ibu-ibu tahu perkara yang perlu ibu buat untuk elakkan meroyan dan bentan semasa dalam pantang. Apa yang paling penting ialah dapatkan sokongan suami dan keluarga. InshaAllah meroyan dapat dielakkan.

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

  1. wow..banyak rupanya istilah meroyan yg saya tak tahu..orang sekeliling seperti suami dan ibu kandung mungkin boleh take note dalam menangani masalah ini kerana mereka orang terdekat yg mungkin perasan perubahan yg dihadapi ibu berpantang. Sokongan ahli keluarga perlu supaya ibu berpantang dapat berehat dgn baik spanjg tempoh berpantang…
    jida recently posted…Cara mengatasi HB rendah semasa mengandungMy Profile

Leave A Reply

CommentLuv badge