7 Panduan Penjagaan Penting Untuk Kesihatan Kulit Bayi

2

Bayi memiliki kulit yang sangat sensitif. Kulit bayi memang lebih nipis dan lebih cenderung dan mudah mengalami keradangan. Oleh sebab itu, menjaga kulitnya tetap sihat merupakan salah satu hal yang penting dalam penjagaan bayi. Mungkin panduan penjagaan kesihatan kulit bayi ini membantu anda.

7 Panduan Penjagaan Penting Untuk Kesihatan Kulit Bayi

kesihatan kulit bayi

1. Jangan terlalu kerap mandikan bayi

Bayi yang dimandikan terlalu kerap akan boleh mengakibatkan kulit bayi kehilangan minyak semulajadi serta kandungan yang lain, yang berfungsi untuk memberi perlindungan terhadap bakteria.

2. Pilih produk penjagaan kulit yang sesuai

Gunakanlah sabun dan shampoo yang diformula khas untuk bayi, mendapat kelulusan pakar dan kajian klinikal. Pastikan juga produk yang digunakan untuk merawat kulit bayi sangat sedikit atau lebih baik tidak mengandung pewarna, pewangi, alkohol serta bahan kimia lainnya yang membahayakan bagi kulit bayi. Belajar membaca label atau saya sarankan untuk menggunakan produk mandian organik ini.

3. Elakkan berlebihan memakai bedak bayi

Bedak bayi merupakan salah satu produk penjagaan kulit yang sering digunakan. Akan tetapi, anda perlu hati-hati dalam menggunakannya, bahkan lebih baik tak menggunakannya kerana bedak bayi mengandung partikel yang amat halus sehingga dapat dengan mudah terhirup oleh bayi. Kesannya mungkin tidak baik untuk kesihatannya. Jika anda menggunakan bedak bayi, gunakan secara nipis pada kulit bayi anda.

4. Jaga kelembapan kulit bayi

Kulit bayi sangat rmudah kering. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu sentiasa memastikan kulit bayi agar sentiasa lembap. Salah satunya boleh memakai pelembap khusus untuk bayi. Gunakan ketika cuaca panas dan udara lembap kering.

5. Bersihkan area lipatan

Ketika menyapukan pelembap, pastikan kulit bayi tidak basah. Losyen pelembap dapat mengendap di bagian lipatan kulit yang nipis sehingga cenderung mengalami ruam. Ruam juga sering terjadi pada bayi yang menginjak usia 3 bulan ketika bayi sering menitiskan air liurnya. Untuk mencegah ruam kemerahan, bersihkan sudut bibir bayi Anda setidaknya dua kali sehari. Disarankan untuk menggunakan air bila ada susu atau makanan yang tersisa meleleh di sekitar bibir.

6. Jaga kebersihan pampers bayi

Pastikan pampers bayi  sentiasa kering. Selain itu, secepatnya atasi ruam pampers pada bayi dan berikan ubat yang tepat sesuai dengan penyebabnya.

7. Alert tanda-tanda ekzema

Ruam kemerahan yang sering terjadi pada kulit bayi salah satunya disebabkan oleh ekzema. Biasanya gejalanya berupa ruam kemerahan kering dan gatal yang sering muncul pada pipi dan dahi. Kes ekzema pada bayi berbeza mengikut keadaan dan kekuatan imun masing-masing. Segera dapatkan nasihat doktor dan boleh cuba kurangkan kegatalan dengan losyen organik ini.

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Discussion2 Comments

Leave A Reply

CommentLuv badge