7 PERKARA SIMPLE YANG SUAMI BOLEH BUAT UNTUK PIKAT HATI ISTERI

0

Assalamualaikum

Dalam kehidupan berumahtangga memang banyak liku, pahit manis yang akan kita tempuhi. Dan insan yang sanggup berkongsi segala kepayahan dengan anda wahai suami adalah isteri anda yang tercinta, wanita yang akan melakukan apa sahaja untuk membahagiakan anda.

Biasa yang selalu kita dengar, isteri kena pandai jaga suami, kena tahu kehendak suami dan perlu taatkan suami. Ya, semuanya itu memang benar, tiada yang salah. Sehinggakan Baginda saw pun bersabda,

“Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain, tentu aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya.”

(HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Tapi jangan lupa wahai suami bahawa Baginda Rasulullah juga bersabda,

“Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik bagi isterinya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kalian terhadap isteriku”

(HR At-Thirmidzi)

 

Sebenarnya tak susahpun nak pikat hati wanita yang telah anda pilih untuk bersama-sama dengan anda menempuh perjalanan dalam hidup ni. Tanyalah pada mana-mana isteripun, mereka tak minta emas permata, wanita lebih harapkan perhatian dan kasih sayang daripada suami sendiri. 🙂

 

7 PERKARA SIMPLE YANG SUAMI BOLEH BUAT UNTUK PIKAT HATI ISTERI

1# Jadilah ketua keluarga dalam segala aspek

Isteri suka bila melihat suaminya berusaha menjadi pemimpin terbaik dalam keluarganya sendiri. Memimpin dalam bab agama, solat, mendidik anak, dan sebagainya. Si isteri pasti akan menjadipembantu anda yang tebaik!

2# Melayan anak dengan baik dan penuh mesra

Tidak ada yang lebih romantis bagi seorang isteri melainkan melihat lelaki yang dicintainya ini melayan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kemesraan. Itulah terapi yang paling membahagiakan isteri ! Ambil peluang sekali sekala uruskan semua anak-anak dan berikan isteri ‘me time’ untuk isteri relaks dan tenang seketika dari kerja rutin mereka.

3# Bantulah isteri tanpa dipinta

Tidak kira isteri anda surirumah sepenuh masa atau bekerjaya, membantu isteri dalam melakukan urusan kerja-kerja rumah pasti membuat hati isteri anda tertawan. Kalau rasa tak tahu nak buat apa,tanyalah pada isteri, jangan pilih jalan untuk berdiam diri.

4# Panggil isteri dengan panggilan manja dan baik

Bagaimana keadaan kita dengan pasangan diawal pernikahan, segalanya penuh kemesraan dan cinta. Teruskanlah sentiasa memanggil panggilan sayang supaya kasih sayang akan sentiasa mekar dan bahagia. Sekali panggil isteri sayang, 10 kali isteri akan balas panggilan tu tahu? Tak percaya? Cubalah buat 🙂

5# Sentiasa memuji dan hargai kebaikan isteri

Apa sahaja perkara-perkara kecil yang isteri lakukan untuk anda dan anak-anak, pujilah ia dan hargai kebaikannya. Walaupun sebenarnya si isteri tak minta dihargai, tetapi fitrah wanita sukakan pujian. Kalaupun isteri ada berbuat silap, tegurlah secara baik dan berhemah. Kata-kata anda akan menjadi ubat atau racun kepadanya!

6#Berkatalah dengan kelembutan

Ya, tiada siapa yang sukakan kata-kata penuh kekerasan. Keras dan tegas adalah dua perkara berbeza. Jangan menengking, memaki dan meninggikan suara kepad isteri dan anak-anak. Seperti satu kata hikmah,

“Hujanlah yang menumbuhkan bunga, bukan guruh petirnya.”

Layanlah isteri anda bersembang, sebab bersembang pun antara terapi terbaik buat seorang wanita. Tak ramai suami yang tak gemar layan isteri bersembang, kalau dengan kawan-kawan bukan main lagi rancak !

7# Buat kejutan untuk isteri

Bab ni, tak perlu nak buat surprise besar-besarpun. Kalau setakat peluk dari belakang time isteri tengah masak kat dapur tu pun dah boleh buat isteri senyum lebar tahu? Silap haribulan isteri masak lagi sedap dan special sebab selalu dapat surprise gitu ^^,

 

Semua ni perkara simple je yang mungkin kadang-kadang suami terlepas pandang. Benda yang sangat simple tapi tak ramai boleh buat semua ni.. Betul tak?

Semoga bahtera pernikahan yang kita kemudi bersama dengan pasangan kita akan terus utuh dalam menempuh badai gelora dalam berumahtangga. Kalau ada masalah, duduk dan berbincanglah bersama-sama. Simpan masalah rumahtangga kita hanya sesama kita.

Inilah juga antara rahsia untuk mengekalkan kemesraan dan kehangatan dalam perhubungan didalam berumahtangga. Semoga pernikahan dan percintaan akan kekal memandu ke syurgaNya !

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge