8 Panduan Penting Memilih Hospital Bersalin Buat Bakal Ibu

0

Assalamualaikum

 

Teringat pengalaman pertama bersalin, masa tu agak pening juga nak decide nak bersalin di mana. Almaklumlah saya asal orang Selangor, tapi duduk di Muar. Hajat dihati nak anak ber-ic-kan kod Selangor,hihi.. Lagipun sebab nak berpantang dengan mak, itu yang nekad nak jugak bersalin kat Selangor, siap dah booked Hospital AzZ***a sebab nak dapatkan doktor perempuan.

Kita merancang, dan Allah juga punya perancangan yang lebih baik buat kita.

Allah takdirkan saya bersalin tanpa dijangka(kandungan hampir memasuki minggu ke 37), tak sempat nak pulang ke Selangor dan lahirlah mujahid sulung kami dengan mudah dan selamat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. MashaAllah. Banyak sangat hikmah kami dapat. Syukur Alhamdulillah 🙂

Jadi sebagai panduan bakal-bakal ibu, jom tengok kriteria penting untuk memilih hospital bersalin supaya apa yang kita harapkan, segalanya akan berjalan dengan mudah dan lancar. Aameen 🙂

 

8 Kriteria Penting Memilih Hospital Bersalin Buat Bakal Ibu

 

1. Sejarah kesihatan

Pemilihan tempat bersalin berkait rapat dengan faktor kesihatan anda sendiri dan kandungan juga. Sekiranya anda tergolong dalam kategori ibu hamil berisiko, lebih baik pilih hospital yang berpengalaman, mempunyai kemudahan dan peralatan perubatan lengkap agar tidak timbul masalah sepanjang proses bersalin kelak.

2. Kemudahan

Kemudahan utama yang mesti ada di hospital bersalin termasuklah wad bersalin, bilik bayi, unit rawatan rapi untuk ibu dan bayi, peralatan perubatan jika berlaku saat kecemasan. Selain itu periksa juga sama ada hospital ada atau tidak kemudahan rawatan dan alat sokongan yang lengkap jika bayi dilahirkan pramatang atau lemas sewaktu bersalin. Begitu juga dengan bank darah dan perkhidmatan doktor pakar bius bila-bila masa diperlukan. Aspek ini penting kerana kita tidak menjangkakan apa jua komplikasi yang mungkin berlaku.

3. Lokasi

Seeloknya lokasi hospital terbaik seharusnya berhampiran dengan kediaman anda. Pastikan lokasi bersalin pilihan tidak terletak di kawasan yang terkenal sesak. Ini kerana jika berlaku komplikasi atau kecemasan, anda boleh segera sampai ke hospital tanpa halangan. Selain itu jangan terpengaruh dengan tawaran pakej menarik di sesuatu hospital tetapi lokasinya terlalu jauh. Apa yang penting adalah keselamatan diri dan bayi bukan tawaran harga murah!

4. Bajet

Bukan semua wanita yang bekerja mempunyai perlindungan insurans atau majikan yang membayar kos rawatan bersalin. Jadi, anda perlu memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan bersalin. Kita sedia maklum tentang kos bersalin yang mencecah ribuan ringgit sekiranya memilih bersalin di hospital swasta.

Sebenarnya tidak salah untuk memilih perkhidmatan di hospital swasta jika anda mempunyai peruntukan bajet yang berlebihan. Bagaimanapun pastikan, anda mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej bersalin di hospital pilihan kerana kadang kala ada kos tersembunyi yang tidak dipromosikan terutama jika berlaku komplikasi dan kecemasan semasa bersalin yang pasti akan ada caj tambahan.

5. Kepakaran doktor

Ini kriteria penting yang mesti diberi perhatian! Pastikan anda tahu tentang keupayaan doktor pakar di hopital pilihan. Doktor yang bertugas seharusnya mempunyai kepakaran yang diiktiraf. Aspek ini penting dititikberatkan agar dia mampu mengendalikan proses kelahiran dengan segera jika bayi yang dikandung berhadapan dengan komplikasi tidak dijangka.

6. Kakitangan terlatih

Pastikan jururawat atau pembantu doktor di hospital pilihan adalah terlatih dan mempunyai sijil kerana mereka dapat berbuat sesuatu jika berlaku kecemasan semasa ketiadaan doktor.

7. Keselesaan

Anda perlu berasa selesa dengan apa sahaja yang ditawarkan oleh hospital pilihan. Salah satunya adalah khidmat doktor pakar yang memberikan keselesaan ketika berkomunikasi sepanjang menjalani rutin pemeriksaan antenatal. Selain itu, salah satu aspek keselesaan yang perlu dipertimbangkan adalah pemilihan doktor perempuan untuk menyambut kelahiran bayi anda.

8. Prosedur

Perlu diketahui juga sama ada hospital pilihan anda membenarkan suami menemankan isteri di bilik bersalin atau tidak. Ia amat penting suami berada di sisi isteri sepanjang proses bersalin. Jika boleh pilihlah hospital yang memberi keizinan tersebut.

 

Alhamdulillah, lepas pengalaman pertama bersalin di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, rasa jatuh cinta disitu. Suka dan seronok dengan layanan doktor, nurse, dan kemudahannya lengkap. Bayarannya pun tak mahal walaupun saya memang persendirian (tiada surat GL sebab bukan kerja kerajaan).

Semoga sedikit sebanyak dapat memberi panduan buat bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak. Ops. Bukan hospital je kena pilih baik-baik, set bersalin & berpantang pun kena pilih yang baik-baik juga. Hehe. Didoakan semuanya akan selamat, mudah dan lancar.. Aameen! 🙂

 

Ummu Ayyash | Zulaikha Ali

FB : Zulaikha Ali

FB PAGE : UmmuAyyashDotCom

018-3164133

sakieenah@yahoo.com

Pengedar Shaklee Kawasan Muar

Luar dari kawasan Muar boleh gunakan perkhidmatan POSLAJU/GDEX/CITYLINK untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge