8 Tips Membaiki Dan Meningkatkan Kewangan Anda.

0

Anda sibuk. Kami sibuk. Kita semua mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan.

Semakin lama kita membiarkan sesuatu tanpa apa-apa tindakan, lebih lama kita akan menangguhkannya. Dan perkara-perkara kecil yang sepatutnya dapat membantu kewangan dalam kehidupan kita kadang-kadang adalah perkara yang paling utama kita abaikan.

Jangan bazirkan masa anda, kalau anda mahu mari kita mulakan dari sekarang supaya lebih cepat anda menuai hasilnya nanti. 😀

Disini saya sertakan 8 tips dan cara untuk perbaiki dan meningkatkan kewangan kita.

#1 Keluarkan semua yang ada didalam dompet anda

clearkan dompet anda :)
clearkan dompet anda :)

Dompet yang bersih dan kosong akan membawa kepada pemikiran yang kosong, atau dalam ertikata yang lain tenang. Seolah-olah satu terapi permulaan pada diri kita untuk kita mula membayangkan apa yang kita mahu didalam fikiran kita.

Bayangkan apa jua yang anda mahu, angan-angan itu PERCUMA! Anda tak perlu membayarnya tetapi anda hanya perlu melaksanakannya 😀

#2 Sediakan Tabung RM 5

Tabung Umrah saya :)
Tabung Umrah saya :)

Mulai sekarang, cuba berhenti daripada menggunakan RM 5 anda yang anda terima daripada setiap wang baki, dan masukkan ke dalam Tabung RM 5 anda. Tampalkan impian anda pada luar bekas tabung anda supaya anda lebih termotivasi untuk menabung.

Selepas beberapa bulan/tahun, anda akan dapat mengumpul beratus atau beribu ringgit ! Satu pencapaian yang sangat baik

#3 Motivasikan diri anda

yummmyyyyy :P
yummmyyyyy :P

Sekiranya anda seorang yang bermasalah dalam menetapkan bajet bulanan anda, apa yang anda perlukan hanya insentif atau galakan buat diri. Cuba berikan ‘small reward’ ataupun ganjaran kecil atas usaha anda sekiranya anda berhasil capai matlamat belanjawan anda setiap bulan.

Ganjaran tak perlu benda yang besar-besar dan mahal-mahalpun, cukuplah sekadar belikan diri sendiri Red Velvet Cupcake yang lazat tu atau mungkin anda lebih suka lauk udang sambal petai sebagai ganjaran anda mampu menyimpan 10% daripada gaji bulanan anda!

4# Jauhkan semua katalog daripada penglihatan anda

tahun kerja keras bina ekonomi
tahun kerja keras bina ekonomi

Biasanya kalau setiap hari ada je katalog sales, promosi, jualan harga runtuh dan sebagainya mengisi kotak peti surat kita tu. Apa yang perlu anda buat hanyalah ambil dan terus asingkan atau simpan di tempat lain yang lebih tersorok. (kalau buang lebih buat anda tenang, jadi buanglah!)

#5 Setkan Target peribadi bulanan anda

my list of target
my list of target

Mulai sekarang, cuba juga untuk capai target bulanan anda setiap bulan. Sebagai contoh, bulan pertama anda fokuskan terhadap kesihatan anda, melakukan senaman dengan konsisten dan menjaga diet pemakanan yang seimbang, dan bulan seterusnya anda cuba pula untuk fokuskan pada kerjaya anda melalui networking dan lebih bertanggungjawab terhadap kerja.

Terus tentukan apa target anda pada bulanbulan seterusnya. Tuliskan dan mungkin juga anda boleh tampalkan ditempat yang anda mudah nampak supaya anda sentiasa dalam keadaan termotivasi.

#6 Hentikan berhutang

ss_101241422

Sebaiknya untuk anda lebih mudah merancang, membina dan membaiki kewangan anda adalah dengan melupuskan segala penggunaan kad kredit anda atau apa sahaja kad yang melibatkan hutang.

Dengan ini anda akan lebih mudah untuk menghadkan sebarang penggunaan wang untuk perbelanjaan sekaligus menyelamatkan anda daripada beban hutang!

#7 Sediakan masa untuk membaca walaupun sekejap.

ss_101695393

Walaupun kita tahu bahawa diri kita tidak mempunyai banyak masa untuk membaca setiap artikel atau buku-buku yang ada, maka hanya ambil beberapa minit sahaja untuk revise.

Luangkan beberapa minit selepas anda bersolat untuk capai apa sahaja buku ( Al Quran itu wajib baca dalam sehari), dan baca beberapa perenggan sahaja dalam masa 10 minit. Ini akan menjadikan anda tetap merasa pengetahuan anda bertambah setiap hari walaupun sedikit, buat anda rasa kaya dengan ilmu!

#8 Jaga masa anda

ss_iStock_000005900090

Seperti yang selalu sangat kita sebutkan, masa itu jauh lebih berharga daripada wang yang kita ada. Keluarkan kalendar anda dan cuba nilaikan bagaimana anda telah menghabiskan beberapa minggu yang lepas.

Tuliskan 5 perkara utama yang anda rasa anda perlukan masa lebih untuk itu, dan 5 perkara utama yang lain yang anda harap anda perlukan masa yang lebih untuk melakukannya. Cuba sesuaikan dengan masa anda selagi boleh, dan pastikan anda bawa kemana sahaja senarai ini supaya anda tidak terlupa tentangnya.

Selamat mempraktikkannya!

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia akhirat 🙂

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge