9 PERUBAHAN KULIT BIASA DIALAMI KETIKA KEHAMILAN YANG IBU MESTI TAHU

0

Assalamualaikum

Dengan izin dan pemberian Allah, dapat rasa dah 2 kali nikmat dan pengalaman hamil yang sangat berharga. Dua kali pengalaman hamil ni, memang perasan banyak berlaku perubahan kulit. Masa anak sulung, memang takjub, teruja, risau semua ada. Pengalaman pertama,kan. Hehe.

Tapi rupanya banyak perubahan tu yang sementara je dan hilang semula lepas bersalin. Cuma ibu hamil ni nak kena rajin la jugak sapu sana sapu sini dan sebagainya kalau nak jaga penampilan dan kecantikan untuk suami 😛

Ada beberapa perubahan kulit yang berlaku ketika hamil, antaranya :

1. Kesan regangan (stretchmark)

Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang. Kebiasaannya, ia berlaku di bahagian abdomen dan payu dara. Masa anak pertama dulu, memang ramai pesan sapukan minyak zaitun kat perut supaya stretchmark tu cepat hilang. Dan juga kena minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi badan dan makan makanan kaya vitamin C bagi mengekalkan kesihatan kulit.

2. Jerawat dan bintik-bintik

Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit anda anjal. Namun terlalu banyak sebum dihasilkan boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk.

Macam pengalaman saya sendiri, kehamilan kali kedua memang banyak sangat jerawat tumbuh. MAshaAllah, geram je tengok! huhu. Tapi mujur guna pencuci muka semulajadi tanpa paraben dan selamat dipakai ketika hamil, memang membantu sangat hilangkan jerawat tu.

3. Pigmentasi melampau /chloasma

Chloasma juga dikenali sebagai “topeng kehamilan”. Ia kelihatan sebagai tompok-tompok gelap pada dahi, pipi dan leher. Pada wanita yang berkulit gelap, ia muncul sebagai tompok-tompok cerah. Ia disebabkan oleh peningkatan hormon melanin iaitu hormon yang memberi warna gelap pada kulit. Hormon ini melindungi kulit daripada cahaya ultraviolet.

Pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan tompokan tersebut menjadi lebih gelap dan lebih jelas, oleh itu lindungilah kulit anda dengan krim pelindung matahari dengan SPF15

4. Varicose veins

Mungkin ada dalam kalangan ibu hamil mengalami masalah urat biru besar terutamanya di bahagian kaki yang kadang kala menyebabkan kesakitan dan pendarahan. Bagi mengurangkannya, elakkan berdiri atau duduk terlalu lama dalam satu masa, pakai stoking khusus dan tinggikan laras kaki berbanding kepala sekurang-kurangnya setengah jam setiap kali apabila berbaring.

5. Kegatalan kulit

Semakin bayi membesar, semakin perut anda akan mengembang. Ini menyebabkan kulit di bahagian berkenaan turut meregang. Keadaan ini mengakibatkan kulit menjadi kering dan juga tegang. Peningkatan tahap hormon juga membuatkan anda lebih sensitif apabila bersentuhan dengan bahan-bahan tertentu yang biasanya tidak mempunyai kesan apa-apa. Contohnya, anda mungkin lebih sensitif terhadap klorin dalam kolam mandi.

6. Kegatalan teruk di seluruh badan

Rasa gatal yang teruk pada seluruh badan, terutamanya pada waktu malam, serta gatal pada tapak tangan dan tapak kaki boleh jadi tanda satu penyakit hati yang jarang berlaku. Penyakit ini dikenali sebagai obstetric cholestasis dan hanya berlaku kepada wanita hamil. Ia biasanya berlaku dalam trimester ketiga, dari kira-kira minggu ke-28 kehamilan dan biasanya hilang dalam masa tiga minggu selepas bersalin.

7. Kulit sensitif ketika hamil

Kulit anda biasanya lebih sensitif apabila anda hamil, bukan sahaja kerana peningkatan hormon dalam badan, tetapi juga kerana ia lebih lembut dan meregang. Sabun dan bahan pencuci mungkin tiba-tiba menyebabkan kulit anda pedih dan masalah seperti ekzema menjadi lebih teruk. Kulit anda boleh jadi gatal apabila terdedah kepada cahaya matahari.

8. Melecet ketika hamil

Apabila berat badan anda bertambah, sesetengah tempat pada badan anda boleh melecet, seperti pada paha atau bawah payudara. Kulit di kawasan tersebut akan menjadi merah dan lembap, kemudian melepuh, dan mengeluarkan bau. Keadaan ini dikenali sebagai intertrigo.

9. Seri kehamilan

Perubahan ini yang paling digemari oleh wanita hamil. Ketika hamil, kulit anda menyimpan lebih banyak kelembapan, menjadikannya montok serta menghilangkan garis-garis halus dan kedut yang mungkin ada sebelum ini. Apa yang membuatkan kulit anda cerah bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan anda. Ini juga kadang-kala membuatkan anda rasa agak panas.

Apapun perubahan yang berlaku, ia berlaku disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Sama ada kita jadi berseri ataupun tak ibu-ibu yang mengandung ni sememangnya cantik. 🙂

Sebaiknya ibu memastikan nutrisi cukup dan lengkap bagi membantu kesihatan buat ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan. Selamat menikmati momen kehamilan ibu-ibu cantik !

 

Salam Sayang,

Ummu ‘Ayyash | Zulaikha Ali (ID 1075383)
 018-3164133
 sakieenah@yahoo.com
Pengedar Shaklee Kawasan Muar
 Luar dari kawasan MUAR, boleh gunakan perkhidmatan POS LAJU/GDEX untuk penghantaran

Ibu kepada 3 superheroes, work happily at home mom. Memilih Shaklee sebagai lifetime bussiness dalam mencapai financial dan time freedom. Bekas pendidik, merupakan editor Kelab Ibu Ohsem dan founder at Official FB Page Ummu Ayyash Dot Com.

Leave A Reply

CommentLuv badge